Arwah ayah dalam kenangan.....
Entri ini pula agak sentimental kerana ianya berkaitan dengan orang yang kita sayang...iaitu bapa anda, bapa saya, bapa anda bapa kita. Apa yang anis maksudkan dengan 'teman bapa' anda di atas. Ini berkisarkan pengalaman anis sendiri setelah berlatihan industri di hospital dalam dua minggu lepas.
Ini pun perlukan bantuan ker???
Jika anda mempunyai bapa, anis meletakkan hukum 'WAJIB' untuk menemani bapa anda ke klinik mata khususnya. Anis cukup terkilan dengan sikap anak sejak kebelakangan ini yang amat sibuk dengan urusan seharian sehingga lupa akan tanggungjawab untuk menemani ayah atau bapa mereka ke klinik khususnya.
Kisahnya begini, selepas menjalani pemeriksaan mata utnuk mendapatkan kuasa kaca mata, pak cik ini diarahkan untuk berjumpa dengan doktor perubatan untuk dititiskan ubat untuk membesarkan anak mata. tujuannya adalah untuk melihat keadaan belakang mata termasuklah kanta dalam mata dan juga saraf belakang mata. Pemeriksaan mata ini amat penting khususnya utnuk golongan yang berusia yang memepunyai risiko tinggi untuk mendapatkan penyakit mata. Pendek kata, pemeriksaan mata tidak lengkaplah jika tidak menjalani ujian ini.
Pemeriksaan mata mudah dijalankan jika anak mata dapat dibesarkan dengan menggunakan sejenis ubat titis. Selaput putih pada kanta dalam mata juga senang dilihat.
Jika ayah anda mempunyai kencing manis, anda memang perlu wajib menemani beliau untuk ke klinik mata kerana mungkin doktor ingin menjalankan rawatan seperti di atas.
Namun, dengan melakukan ujian ini, pesakit akan mengalami masalah silau dan fotofobia sementara. Ini akibat daripada pembesaran anak mata yang dilakukan tadi. kesan ini cuma akan hilang dalam masa 4 jam. berbalik kepada kisah pak cik tadi, sebelum doktor menitiskan ubat mata ini, doktor akan bertanya 'adakah pak cik datang dengan ditemani oleh sesiapa???.' Ini kerana, jika pak cik tadi memandu sendiri, kesan ubat ini akan membahayakan pemanduan. pak cik itu menjawab, dia datang sendiri.
Atas sebab keselamatan, doktor bercadang utnuk tidak menitiskan ubat mata utnuk membesarkan anak mata tersebut. Doktor menunda pemeriksaan mata tersebut ke suatu tarikh akan datang yang belum tentu pak cik ini dapat datang ke tidak lagi. Alangkah sedihnya pak cik tersebut. Terpaksa pulang dengan keadaan tidak berpuas hati akibat tidak dapat menjalani pemeriksaan mata yang sepatutnya.
Pesakit akan merasai silau yang amat selepas pembesaran anak mata
Persoalannya, dimanakah anda ketika bapa anda memerlukan anda seperti di dalam situasi tadi??? Mungkin sekarang anda tidak bersetuju dengan saya. Tetapi, fikir-fikirkanlah jika anak anda lakukan perkara yang sama kepada anda, apakah perasaana anda???
Mungkin betul apa yang kita selalu dengarkan. Manusia cuma akan menghargai seseorang apabila seseorang tiada lagi di dunia ini. Jadi, pesanan saya, temanilah ayah anda ke klinik mata khususnya sementara mereka masih ada.
Sekian, terima kasih. Renung-renungkanlah.
No comments:
Post a Comment