Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Wednesday, July 20, 2011

PeRi Pentingnya Penglihatan Menggunakan Kedua-dua Belah Mata

Pernahkah anda terfikir mengapa Tuhan mencipatakan manusia dan haiwan sekeliling bermata dua. Dan bukannya tiga ataupun satu??? Kenapa dua??? Begini ceritanya. Sebenarnya penglihatan dengan menggunakan dua mata ataupun pengliahtan binokular ini penting untuk kita melihat objek sekeliling kita dalan bentuk tiga dimensi ataupun 3D. Tahukah anda, jika salah satu mata anda tidak berfungsi dengan sempurna, anda tidak dapat melihat filem 3D seperti apa yang dilihat oleh insan normal yang lain.

Bagaimana penglihatan 3D ini terhasil daripada penglihatan dengan menggunakan dua mata???

Salah satu contoh gambarjah bagaimana penglihatan 3D terhasil oleh penglihatan dua mata.

Penglihatan tiga dimensi merupakan gabungan antara penglihatan yang dilihat dengan menggunakan kedua-dua belah mata. Cuba perhatikan gambar rajah di atas. Apabila mata memandangsebuah silinder yang mempunyai kesan pencahayaan di sebelah kanan. Maka mata kanan akan meklihat silinder tersebut lebih banyak kawasan yang lebih cerah berbanding kawasan yang ada bayang. Namun begitu, jika mata melihat menggunakan mata kiri pula, silinder yang dilihat mempunyai banyak bayang-bayang berbanding bahagian yang mempunyai cahaya. Jika digabungkan kedua-dua imej yang dilihat ini, rupa-rupa bayang -bayang adalah separuh daripada silinder yang disinari lampu. dan separuh lagi adalah kawasan yang bercahaya, dan imej inilah yang menghasilkan bentuk bagi sesebuah objek itu.

Inilah peri pentingnya penglihatan kedua-dua belah mata. Hargailah penglihatan kedu-dua belah mata yang dikurniakan oleh Tuhan oini. Gunakanlah mereka sebaiknya. Bayangkan, jika seseorang itu mempunyai juling, mereka cuma menggunakan salah satu mata untuk melihat. Inilah menyebabkan mereka tidak mempunyai penglihatan 3D. Pada mereka, mereka cuma melihat objek ini mengikut 2 dimensi sahaja. Mereka sebenarnya melihat filem seperti Avatar dan sebagainya tidak seperti apa yang dilihat oleh kita.

Mereka yang juling cuma menggunakan salah satu mata sebagai penglihatan, mereka cuma menggunakan penglihatan monokular.

Jika anda belum pasti dengan kebolehan mata anda, anda boleh memriksa sendiri kebolehan kedua-dua mata anda utnuk melihat 3D dengan melihat gambar rajah magic eye seperti di bawah. Jika mata anda berfungsi dengan sempurna kedua-dua mata, maka anda akan melihat objek 3D di dalm setiap gambar yang dilihat. Imej 3D ini sama ada terapung semakin jauh ke dalam gambar ataupun timbul. Selamat mencuba.

Magic eye 1: Anda nampak gambar apa yang terapung di atas gambar ini??

Magic eye 2: Adakah imej lain yang timbul di atas gambar ini???

Magic eye 3: Apa yang anda perasan dalam gambar ini??

Magic eye 4: Sudahkah anda berputus asa???

Magic eye 5: apa yang anda dapati dalam gambar di atas???

1 comment:

  1. Jawapan bagi gambar magic eye 1: lesung batu (ke dalam)
    magic eye 2: hati/ love (ke dalam)
    migic eye 3: palang pagar (ke dalam)
    magic eye 4: orang berdiri terkangkang (ke dalam)
    magic eye 5: latai terangkat tinggi ke atas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...