Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Tuesday, July 26, 2011

CaRa MeMaKai KanTa SenTuH

Macam mana nak pakai ni???

Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia yang sudah mencuba kanta sentuh. Malangnya tidak semua cara mengendalikan kanta sentuh yang betul. Di sini anis ada berikan cara-cara untuk memakai kanta sentuh. Antaranya:-

1) Basuh tangan setiap kali sebelum mengendalikan kanta sentuh.

2) Cuci kanta sentuh terlebih dahulu menggunakan larutan pencuci dan bilas menggunakan larutan saline. Mulakan pemakaian dengan mata kanan.

3) Letakkan kanta sentuh di hujung jari telunjuk untuk memastikan orientasi kanta sentuh adalah betul dan tidak terbalik.

Cara masukkan kanta sentuh dengan betul

4) Tarik kelopak mata atas dengan jari tengah tangan yang tidak memegang kanta sentuh dan tarik kelopak mata bawah dengan jari tengah tangan yang memegang kanta sentuh.


5) Pandang ke cermin dan masukkan kanta sentuh ke dalam mata.

Pandang ke dalam cermin dan bukannya kanta sentuh

6) Lihat ke bawah dan lepaskan kelopak mata anda secara perlahan-lahan.

Nota kaki: Penggunaan kanta sentuh pada kali pertama adalah cuma selama 4 jam sahaja. Hari kedua adalah 6 jam sahaja. Hari ketiga dan seterusnya adalah 8 jam. Jangan pakai kanta sentuh melebihi 10 jam.

Selamat beramal.

19 comments:

  1. salam. apa perbezaan di antara larutan pencuci dan larutan saline?

    ReplyDelete
  2. Wsalam. Perbezaan antara kedua-duanya adalah disebabkan kandungannya. Larutan pencuci atau larutan multipurpose mempunyai elemen yang bertindak seperti sabun untuk mencuci. Mankala bagi larutan saline, iainya adalah seperti air suling biasa tetapi digelar 'saline' kerana mempunyai kandungan garam yang bertindak menyerupai kandungan air dalam badab seperti air mata. Jadi, larutan ini sangat sesuai utnuk dijadikan larutan pembilas. Harap maklum.

    ReplyDelete
  3. oh. jadi untuk mencuci dan membilas sepatutnya guna dua larutan yg berbezalah? untuk mencuci guna larutan pencuci dan untuk membilas guna larutan saline? mcm tu ke? lepas tu larutan yg digunakan untuk simpan kanta lekap dalam bekas tu guna larutan apa pulak ye? maaflah byk tanya. sy ni beginners lagi dlm pgunaan kanta lekap ni. hehe. terima kasih sudi membantu :)

    ReplyDelete
  4. Ya..untuk mencuci dan membilas sepatutnya gunakan dua larutan yang berbeza. Mencuci dengan larutan pencuci dan membilas dengan saline. Lagipun, jika mambilas, kita menggunakan larutan yang agak banyak. jadi, jika kita gunakan larutan saline, ianya agak murah berbanding larutan lain. Jika tujuan penyimpanan/rendaman, boleh menggunakan larutan serbaguna atau multipurpose solution atau larutan pencuci tadi untuk kanta sentuh lembut. Terima kasih atas soalan daripada anda. Pengguna bijak perlu banyak bertanya. =)) Selamat mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi biasa sy selalu tgk org guna satu larutan je. org selalu guna multi purpose solution je sy tgok. boleh pulak mcm tu ke? tapi xpalah. sy mmg ada dua2 larutan tu. cuma blum tahu penggunaannya. huhu. boleh x kalau kita guna bekas contact lens yg kita beli sendiri? yg ada byk corak, yg cute2 punya bekas contact lens tu. boleh x pakai? lepas tu sy kurang faham mcm mana proses menanggalkan protein. guna larutan saline tp protein removal tablets tu apa pulak ek? blog akak ni mmg byk membantu sy :)

      Delete
  5. ya memang betul. Larutan MPS juga boleh juga digunakan untuk membilas. Ramai yang menggunakannya sebab mudah. 2 in 1 function die. Tapi seperti mana saya nyatakan diatas, disebabkan proses perlu dibuat dengan larutan yang agak banyak, jadi larutan saline adalah yang terbaik. sebab murah kosnya berbanding MPS.

    Boleh, anda boleh menggunakan bekas yang cute2 tu. Tetapi bekas yang cute2 tu juga perlu selalu dibersihkan dan ditukar setiap bulan juga.

    Untuk penjagaan harian, anda perlu mencuci kanta sentuh dengan larutan pencuci. Semasa proses pembersihan, protein yang terbentu dikanta akan digosok dan ditanggalkan. Jadi, semasa proses pembilasan, saline akan bertindak akan mengalirkan kekotoran yang tertanggal itu tadi. Namun begitu, bagi penjagaan mingguan bagi kanta sentuh disposable bulanan, anda boleh menggunakan protein tablet untuk menanggalkan protein'degil' yang mendap di kanta setelah diguanakan berminggu-minggu itu. Kiranya bezanya adalah proses penjagaan la, samada harian atau mingguan.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. protein tablet tu ada jual ke kak? maaflah sebab sy ni pengguna contact lens yg xda doktornya. hehe. mcm mana pulak kalau nak buang contact lens yg dah habis tamat tempoh nya? buang dalam tong sampah mcm tu je ke? terima kasih lah sy ucapkan kat kakak sebab sudi membalas semua pertanyaan saya. semoga kakak boleh menjadi optometris yg berjaya di dunia mahupun di akhirat. amin :)

      Delete
  6. yer...protein tablet tu boleh didapati di farmasi-farmasi. Jika ingin kepastian, saya nasihatkan anda bertemu dengan optometris berhampiran dengan tempat anda.

    Berhubung dengan kanta sentuh yang telah tamat tempoh, anda boleh buang kanta sentuh tersebut di dalam tong sampah seperti sampah biasa.

    Sama-sama. Terima kasih atas doa anda juga. Insha Allah....semoga berjaya.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Tahniah Anis kerana telah memberikan informasi tentang kanta sentuh kepada pengguna. Saya baru terserempak dgn blog Anis ni. Ramai peminat nampaknya. Congrats for the effort and continue writing. May Allah bless you for your good deeds. Amin.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam Prof. Bariah,

    Terima kasih prof. Insha Allah saya akan terus menulis dan cuba pertingkatkan kandungan penulisan dari semasa ke semasa. Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas semua ilmu yang dicurahkan selama ini dan terima kasih juga kerana sudi mengunjungi blog saya. Semoga doa prof dimakbulkan. Amin.

    ReplyDelete
  9. Salam... Cik Anis...terima kasih atas info2 yang diberikan... banyak pengetahuan baru yang saya dapat... Untuk pengetahuan Cik Anis, saya baru saja menggunakan kanta lekap ni... kadang2 takut jugak ada bakteria.. harini adalah hari ke-5 saya pakai contact lense ini... Harini saya tengok mata saya ada urat macam salur darah. Jadi saya terus tangggalkan kanta lekap ni.. Saya nak tanya macamana nak tau sama ada mata kita betul2 dijangkiti bakteria atau pun tidak selain berjumpa dengan doktor? harap Cik Anis dapat menjawab pertanyaan ini.. TQ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Terima kasih kerana sudi melawat di sini. Untuk pengetahuan cik Spora Comel, keperluan yang paling utama jika menggunakan kanta sentuh adalah faktor kebersihan dan disiplin. Salur darah yang cik lihat itu mungkin salah satu reaksi mata terhadap kanta sentuh terbabit. Sbb mata sekarang dah ada kesan kanta sentuh itu seperti 'bendasing'. Ianya perlukan masa untuk beradaptasi. Tetapi ada juga kes, pembesaran salur darah ini akibat pemakaian kanta sentuh lebih masa. Pastikan anda berdisiplin dalam bab masa pemakaian ini. Tapi ianya tidak semestinya jangkitan bakteria. Jika ingin mengetahui ianya jangkitan kuman atau tidak, cik perlu ambil kira sama ada ianya ada kesan sakit atau tidak selesa. Jika ada, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Sekian.

      Delete
  10. slm cik anis... sy nk ty ni... contac lens ni ada ke yg jenis permanent? yg blh dipakai xperlu ditanggalkn selama sebulan?

    ReplyDelete
  11. wsalam. ya ada jenis permanent seperti saudari maksudkan. tapi biasanya walaupun manufacturer claimed that x perlu ditanggalkan selama sebulan, tapi biasanya anda dinasihatkan untuk membersihkannya selalu.

    ReplyDelete
  12. Salam.
    Ada pertanyaan, boleh ke kanta lekap ni dipakai Ketika seseorang itu mengalami ketumbit dikelopak matanya?

    ReplyDelete
  13. salam, saya baru sahaja hendak memakai contact lens. tetapi saya mempunyai masalah silau. saya diberitahu ada contact lens yg ada silau tapi agak mahal. so org kedai spek tu naikkan power lens saya di mata kiri saya. katanya untuk mengurangkan silau. betulkah begitu?

    ReplyDelete
  14. salam kak, biasa harga larutan saline kat kedai cermin mata berapa ringgit?

    ReplyDelete
  15. Artikel yang menarik dan berguna mengenai teknik memakai kanta sentuh.
    Bila seseorang itu memakai kanta sentuh, dia harus mengetahui risiko yang boleh berlaku sekiranya teknik penjagaan kanta sentuh tidak diamalkan dengan betul. Selain itu, sebaik-baiknya kita membeli kanta sentuh dan pencuci kanta sentuh yang berkualiti bagi memastikan mata kita tidak mengalami sebarang alahan terhadap kanta sentuh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...