Anis sedang sibuk menelaah pelajaran sambil menunggu pelanggan di pusat optometris semasa sesi latihan industri
Sebagai salah seorang pelajar optometri, latihan industri kami agak berbeza sedikit berbanding jurusan lain. Sesi latihan industri kami terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah sesi latihan industri swasta dan sesi kedua adalah sesi kerajaan. Jika di industri swasta, pelajar akan ditempatkan di kedai-kedai optikal, klinik optometris, pusat laser dan seumpamanya. Manakala, bagi sesi kerajaan, pelajar akan ditempatkan di pusat-pusat kesihatan dan hospital kerajaan. Dan sesi latihan industri ini mengambil masa lebih kurang enam minggu.
Dalam situasi anis sekarang, anis ditempatkan di Pusat Optometri Millenium Vision Optometrist di Bandar Baru Selayang untuk sesi swasta. Manakala, bagi sesi kerajaan, anis memilih untuk melakukannya di Hosptital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan. Namun, tahukah anda apa yang anis lakukan setiap hari sepanjang latihan industri di private industry ini???
Anis akan bertolak dari asrama di Titiwangsa lebih kurang pukul 10.00 pagi. Memandangkan masa perjalanan diambil lebih kurang setengah jam, anis sampai di pusat optometri tersebut pada pukul 10.30 pagi. Sesampai sahaja di sana, anis akan membantu optometri untuk membersihkan ruang kedai tersebut. Ini termasuklah mengelap almari berkaca, menyapu sampah dan sebagainya. Wah bersemangat pagi-pagi ini.
Inilah almari berkaca untuk pameran bingkai-bingkai
Kemudian, jika ada pesakit yang datang, anis akan menolong penyelia sebagai optometris di situ untuk melakukan pemeriksaan mata berkomputer menggunakan alat ini. Alat ini akan dijadikan pengesanan awal jika sesuatu rabun itu berlaku pada anda.
Mesin untuk mengesan rabun secara berkomputer
Inilah ruangan untuk pemeriksaan mata dilakukan
Set kanta cubaan yang digunakan untuk memeriksa kuasa mata pesakit
Inilah alatan pemeriksaan mata iaitu keratometer dan slit lamp
Anis belajar mengenai kanta Essilor yang hangat dijual di pasaran sekarang
Kanta sentuh yang ada dijual di sini.....
Sebagai salah seorang bakal graduan optometris, anis juga perlu mahir untuk meghasilkan kaca mata yang berkualiti. Di kesempatan inilah anis menimba banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman sendiri untuk memotong kanta yang telah ditempah oleh pesakit. Optometris di sini amat arif dalam bidang pemotongan kanta ini. Beliau amat menekankan tentang kualiti penghasilan kanta. Di sinilah anis banyak belajar mengenai sesuatu yang baru selain daripada apa yang telah diajar di dalam kelas.
Di ruangan inilah anis banyak menimba ilmu untuk memotong kanta kaca mata
Bukti ketelitian optometris di sini, semua barang tersusun rapi setelah digunakan.
Di kedai ini juga, anis banyak belajar berkomunikasi dengan pelanggan yang telah datang ke sini. Dan di kedai ini juga ada peti ais krim. Di waktu rehat, anis juga pelanggan setia ais krim ini. Maklumlah cuaca panas sekarang.
Memang lumayan jika menikmati ais krim semasa panas yang terik
Anis amat berterima kasih kepada pihak pusat optometri kerana sudi menerima anis utnuk menjalani sesi latihan industri di sana. Anis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak jabatan optometri UKm kerana memilih anis untuk ke tempat latihan industri ini. Banyak pengalaman dan illmu telah ditimba sepanjang di sini.
Terima kasih semua....=))
Syahdu sahaja saat-saat hendak mengucapkan selamat tinggal tadi. Selamat maju jaya.
wow kedai En jun
ReplyDelete