Cantiknya mata yang diciptakan oleh Allah....subhanallah...
Tapi apa yang anis hendak kaitkan kali ini adalah kejadian yang menggemparkan manusia jagat kini yang sikap melebihi binatang. Mereka sanggup membunuh bagi yang lahir di luar nikah ini termasuklah dengan apa cara sekalipun termasuklah dengan mencampakkan bayi dari tingkat atas pangsa puri.
Perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.
Mata yang sudah bengkak akibat lama terendam di dalam air paya.
Apabila diamati gambar mayat bayi tersebut, bayi malang ini dilahairkan dengan cukup sihat. Apabila kepalanya pecah, menunjukkan soket mata bayi ini juga normal. Kejamnya.
Tahukah anda, kejadian mata itu sendiri bukan senang. Tiada lagi kepakaran manusia dapat menghasilkan mata secara makmal walaupun di zaman canggih ini. Mata bayi terbentuk sejak 22 hari sewaktu dalam kandungan. Kejadiannya bermula daripada satu lapisan tiub saraf (neural tube) janin tersebut.
Kejadian mata daripada hari ke 22 kandungan....
Lapisan saraf (Neural folds) inilah yang akan melapisi bebola mata yang akan terbentuk. Diikuti dengan pembentukan permukaan belakang saraf untuk membentuk kanta mata (lens placode). Kemudian saraf penghubung (optic disk) antara mata dengan otak pula terbentuk. Maklumlah satu-satunya organ yang terus berhubung dengan otak adalah mata.
Mata mula menampakkan bentuknya....
Kemudian lapisan saraf yang melapisi belakang mata pula terbentuk. Diikuti dengan penutupan lapisan luar (Choroidal fissure) bebola mata ini. Kemudian mata akan membesar sepanjang proses kehamilan. Mata akan matang sebaik sahaja dilahirkan. Amat susah untuk menerangkan kejadian mata ini. Oleh itu, hargailah kejadian mata anda.
No comments:
Post a Comment