Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Tuesday, July 26, 2011

CaRa MeMaKai KanTa SenTuH

Macam mana nak pakai ni???

Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia yang sudah mencuba kanta sentuh. Malangnya tidak semua cara mengendalikan kanta sentuh yang betul. Di sini anis ada berikan cara-cara untuk memakai kanta sentuh. Antaranya:-

1) Basuh tangan setiap kali sebelum mengendalikan kanta sentuh.

2) Cuci kanta sentuh terlebih dahulu menggunakan larutan pencuci dan bilas menggunakan larutan saline. Mulakan pemakaian dengan mata kanan.

3) Letakkan kanta sentuh di hujung jari telunjuk untuk memastikan orientasi kanta sentuh adalah betul dan tidak terbalik.

Cara masukkan kanta sentuh dengan betul

4) Tarik kelopak mata atas dengan jari tengah tangan yang tidak memegang kanta sentuh dan tarik kelopak mata bawah dengan jari tengah tangan yang memegang kanta sentuh.


5) Pandang ke cermin dan masukkan kanta sentuh ke dalam mata.

Pandang ke dalam cermin dan bukannya kanta sentuh

6) Lihat ke bawah dan lepaskan kelopak mata anda secara perlahan-lahan.

Nota kaki: Penggunaan kanta sentuh pada kali pertama adalah cuma selama 4 jam sahaja. Hari kedua adalah 6 jam sahaja. Hari ketiga dan seterusnya adalah 8 jam. Jangan pakai kanta sentuh melebihi 10 jam.

Selamat beramal.

PeMeRiKsAaN mAtA SeBeLuM MeMaKai KanTa SenTuH

Gambar hiasan.

Berdasarkan entri yang lepas, anis ada mengatakan bahawa setiap pemakaian sentuh perlu melalui ahli penjagaan mata professional. Ini ini mereka sangat penting untuk menjalankan beberapa siri pemeriksaan mata sebelum memakai kanta sentuh yang ingin dipakai oleh anda. Antara pemeriksaan mata yang perlu dijalankan adalah seperti:-

1) Khidmat nasihat daripada ahli penjagaan mata untuk menentukan jenis kanta sentuh yang bersesuaian dengan anda. Mereka perlulah mencadangkan jenis kanta sentuh ini berdasarkan pelbagai aspek seperti bidang kerja, cara hidup anda dan sebagainya.

2) Pengukuran kelengkungan bahagian depan mata (kornea) untuk mendapatkan bentuk atau kelengkungan kanta sentuh yang sesuai dengan mata anda. Ini kerana lain individu lain bentuk di depan mata; ada yang bentuknya curam dan ada bentuknya mendatar.

Dalam beberapa keadaan tertentu, pesakit mungkin mempunyai kelengkungan depan mata yang abnormal seperti pesakit dengan keratokonus.

3) Pemeriksaan mata dengan lampu slit (alat dengan kanta pembesar untuk memeriksa struktur luaran mata). Alat ini sangat berguna terutamanya untuk memeriksa pergerakan kanta sentuh setelah dipakai pada mata. Terlalu banyak bergerak menandakan kanta sentuh itu longgar. Kurang pergerakan menandakan kanta sentuh yang melekat pada mata itu adalah ketat. Dan biasanya ahli penjagaan mata ini perlu mendapat pemasangan yang optimu iaitu tidak terlalu ketat ataupun terlalu longgar.

Ini adalah contoh lampu slit yang diguankan oleh ahli penjagaan mata professional.

4) Pemeriksaan kuasa mata iaitu ujian refraksi turut dilakukan. Ini penting untuk mendapatkan penglihatan yang terbaik semasa menggunkan kanta sentuh. Ini kerana kuasa kanta sentuh ini agak berbeza berbanding kasa mata dengan pemakaian kaca mata sahaja.

Pesakit juga mempunyai kuasa mata jenis silau yang tinggi. Ini juga akan menyebabkan penglihatan tidak jelas juga.

5) Seterusnya, pengukuran diameter permukaan depan mata atau kornea dan anak mata. Ini penting kerana, selain daripada bentuk permukaan depan mata, keluasan kawasan depan mata juga akan mempengaruhi pemakaian kanta sentuh sama ada ianya akan menjadi ketat, optimum ataupun longgar.

6) Sesi kaunseling juga kan diadakan antara ahli penjagaan mata ini dengan pesakit. tujuannya utnuk menyelesaikan kekeliruan ynag biasa dialami oleh para pesakit ini semasa menggunakan kanta sentuh ini.

7) Ahli penjagaan mata juga perlu mengajar pesakit dengan kanta sentuh ini tentang kaedah pemakaian dan penanggalan kanta sentuh ini dengan betul. ini termasuklah daripada cara membersihkan kanta sehinggalah proses penyimpanan kanta.

8) Selepas pemakaian kanta sentuh untuk satu tempoh proses penyesuaian, pesakit perlu datang untuk pemeriksaan mata susulan. Ini penting unutk menjamin kesihatan mata anda juga ditahap yang optimum setelah pemakaian kanta sentuh.

Sekian, terima kasih. Selamat beramal!!!!.

SyaRat KeLayaKaN MeMaNDu Di MaLaySiA

Apakah lesen anda???

Musim cuti ini banyak yang menggunakan peluang ini untuk mengambil lesen kenderaan bermotor kan??

Jadual padat untuk latihan memandu?? Bagaimana pula status penglihatan anda???

Selain daripada belajar memandu, anda juga perlulah layak untuk memandu daripada segi penglihatan anda juga. Jadi, di sini anis ada sediakan satu jadual untuk anda semua sebagai salah satu persiapan untuk mengambil lesen. Anda perlu prihatin mengenai satus penglihatan anda. Pemanduan memerlukan tahap penglihatan yang standard.


Kelas & Jenis kenderaan
Tahap penglihatan
Medan penglihatan
Penglihatan warna
Penglihatan bagi Kelas 1
·        Kenderaan awam besar spt bas dsg.
·        Kenderaan berat barangan
·        Jentera pengankut
·        Kenderaan professional lain-lain
6/12 pada kedua-dua mata.
170° pada medan penglihatan pada horizontal
Kebolehan utnuk mengesan lampu berwarna merah, hijau dan kuning.
Penglihatan bagi Kelas 2
·        Kenderaan komersial spt trak,van, teksi, kenderaan kecemasan dsg.
·        Majoriti kenderaan persendirian
6/12 pada salah satu mata, 6/60 pada mata sebelahnya
130° dengan kedua-dua mata pada medan penglihatan pada horizontal
Tidak diperlukan utnuk diuji.
Penglihatan bagi Kelas 3
·        Pemandu yang menggunakan sebelah mata dengan efektif dan layak untuk pemanduan persendirian.
6/12 pada salah satu mata yang baik
130° dengan satu mata atau kedua-duanya pada medan penglihatan pada horizontal
Tidak diperlukan utnuk diuji.


Jika anda pasti penglihatan anda bagus, berapakah nombor di dalam bulatan di atas???


Rujuklah pakar yang terdekat jika ada sebarang masalah dan kekeliruan ya. Selamat maju jaya buat semua!!!.

ADaKaH AnDa SeORaNg YanG KuaT BeRPeLuH???

Kuatnya berpeluh....naik rimas dah saya ni...apa yang perlu dilakuakn???

Anda seorang yang kuat berpeluh?? Anda juga memakai kaca mata?? Anda mungkin ada masalah ini. Masalah apa?? Ada banyak masalah jika anda seorang yang kuat berpeluh dan berkaca mata ini. Pagi tadi, saya mendapat seorang pesakit ini yang rabun tetapi beliau juga mempunyai masalah kuat berpeluh ini. Apa yang dia alamai adalah kanta menjadi senang kotor dan rosak. Kaca mata yang dibawa hari ini penuh dengan kekotoran dan juga screw kaca mata berkarat sehingga patah. Teruknya....

Anda perlu prihatin terhadap apa yang keperluan diri anda seharian....

Kekotoran yang mungkin ada pada kaca mata anda.....

Apakah kesannya terhadap penglihatan anda???

Anda akan berasa tidak selesa dan akan menjejaskan penampilan anda sedikit sebanyak. Jika anda menggunakan bingkai dan kanta yang bagus sekalipun, anda tidak dapat lari daripada dilemma ini.

Apa yang perlu dilakukan oleh anda jika mempunyai masalah yang sama seperti ini???

1) Anda boleh berkunjung ke kedai optikal atau pusat optometri yang terdekat untuk membersihkan kaca mata. Tugas rutin anda adalah membersihkan kanta ini, tapi jika tidak yakin akan kebersihannya silalah berjumpa pakar untuk membersihkan kaca mata dengan mesin ultrasonik khas.

Inilah rupanya mesin pembersih ultrasonik tersebut

2) Anda juga boleh menggunakan kanta yang agak mahal dan bermutu tinggi sedikit. Ini bagi mengelakkan masalah yang anda alami sekarang daripada berlaku dengan lebih kerap lagi. Antaranya anda perlu memilih kanta yang lengkap untuk menghalang daripada masalah kesan air peluh pada kanta, kesan cap jari, calar, refleksi dan juga masalah habuk.

Apabila anda ada peluh, anda cuba mengelapnya. Disitulah adanya tanda cap jari...

Kesan peluh akan menyebabkan kanta senang melekat habuk.....

Apabila terlampau lap, kesannya pula akan mencalarkan kanta. 

Selamat mencuba!!. Sekian. terima kasih.

Monday, July 25, 2011

Bacteria in counterfeit CIBA Vision contact lenses

Bacteria in counterfeit CIBA Vision contact lenses

DON'T GO BLIND TO LOOK BEAUTIFUL

Apakah senario ini semakin sinonim dengan masyarakat kita??? Membeli kanta sentuh daripada internet.

Ramai yang bertanya kepada saya, adakah kanta sentuh yang dijual di internet itu boleh dipakai ataupun tidak???  Jawapannya tidak, sama sekali. Ini kerana ianya adalah salah di sisi undang-undang, membahayakan mata anda dan boleh menyebabkan kebutaan.

Walaupun kanta sentuh mempunyai kebolehan untuk mengubah penampilan anda, ini tidak bermakna matlamat akan menghalalkan cara anda utnuk mendapatkannya.


Apa yang nak dikata.....

Nasihat saya untuk anda di luar sana, jangan menggunakan sama sekali kanta sentuh yang dijual oleh bukan ahli penjagaan mata yang professional. Selain daripada internet, kanta sentuh sekarang banyak juga di dapati di butik-butik kecantikan, kedai gunting rambut, kedai runcit, dan juga stesen minyak dan juga pasar malam. Fenomena apakah ini??? Mungkin inilah jadinya jika semua ingin cantik tapi dalam masa yang sama kedekut untuk membeli kanta sentuh daripada ahli penjagaan mata yang professional.

Nasihat daripada optometris sebagai salah satu ahli penjagaan mata professional

Masalah yang biasa dialami oleh si pemakai kanta sentuh yang salah ini termasuklah jangkitan kuman daripada kanta sentuh seperti penyakit daripada kulat dan ulser pada mata. Ada juga yang mempunyai kecederaan kekal pada mata seperti parut dan seterusnya kan menyebabkan kebutaan pada mata. Jadi nasihat saya pada hari ini ialah:-

  • Pastikan setiap pemakaian kanta sentuh itu hendaklah bersesuai dan sepadan dengan mata anda
  • Jangan membeli kanta sentuh bukan daripada bukan ahli penjagaan mata yang professional
  • Jangan berkongsi kanta sentuh
  • Penjagaan kebersihan kanta sentuh perlulah diutamakan sebelum menyimpannya
  • Jangan pakai kanta sentuh melebihi masa yang ditetapkan
  • Jangan tidur dengan kanta sentuh
  • Jangan memakai kanta sentuh yang telah luput tarikh pemakaian, kanta sentuh yang sudah koyak, yang sudah lusuh warnanya, dan juga kanta sentuh yang sudah calar-balar.
Sekian, terima kasih.

Counterfeit coloured contact lenses sold at shops - Channel NewsAsia

Counterfeit coloured contact lenses sold at shops - Channel NewsAsia

Cert-ain way to get right lenses

Cert-ain way to get right lenses

Sunday, July 24, 2011

PeSaKiT PeRtaMa Di HosPitaL: JaHiTaN KeTat...

Gambar hiasan

Entri kali ini berkaitan dengan pesakit yang datang ke Jabatan Oftalmologi, Hospital Raja Perempuan Zainab (II), Kota Bharu Kelantan iaitu semasa anis praktikal di sana baru-baru ini.

Pesakit kali ini datang dengan komplen bahawa dia masih berasa kabur selepas pemebedahan membuang selaput ataupun katarak baru-baru ini. Selepas meneliti fail pesakit, pesakit ini rupa-rupa baru menjalani pembedahan membuang selaput jenis extracapsular cataract extraction (ECCE) iaitu pembedahan untuk membuang selaput dalam mata yang telah matang.

Beginilah pembedahan jenis ECCe untuk membuang selaput yang terbentuk di dalam mata

Apakah punca pak cik ini komplen penglihatan dia masih kabur walaupun sudah menjalani pembedahan katarak selepas sebulan. Beberapa siri ujian telah dijalankan. Antaranya menguji kelengkungan depan mata dan menentukan kuasa mata. Memang tidak disangkal lagi, pak cik ini mengalami rabun silau yang teruk sehingga menjejaskan penglihatan. Berdasarkan nilai bacaan kelengkungan depan mata beliau, ianya berpunca daripada jahitan pada mata yang ketat. Owh jahitan ketat rupanya...

Beginilah rupa daripada depan mata selepas pembedahan kaedah ECCE

Masalah jahitan ketat ini biasa berlaku untuk pembedahan jenis ECCE ini. Ini kerana pemebedahan jenis ini memerlukan jahitan berbanding dengan teknik yang satu lagi iaitu phacoemulsification. Oleh sebab itulah, saya nasihatkan supaya pembedahan membuang selaput ini dilakukan semasa ianya belum matang bagi mengelakkan perkara ini berlaku apabila menggunakan teknik ini. Ini kerana kaedah phaco akan digunakan untuk selaput yang belum matang dan kaedah ECCE pula akan digunakan untuk selaput yang sudah matang.

Kaedah ECCE ini akan mengeluarkan kanta mata dan selaput ini sekali gus melalui bukaan yang besar manakala bagu kaedah phaco emulsification ini pula kanta mata dan selaput akan dipecahkan sebelum disedut keluar melalui bukaan yang kecil.

Oleh itu, tindakan seterusnya adalah dirujuk kembali ke bahagian pakar bedah untuk melonggarkan kembali jahitan yang telah dibuat pada pembedahan lalu. Proses ini perlu dilakukan secepat mungkin ini bagi mengelakkan jahitan pesakit ini sembuh sepenuhnya dan akan meninggalkan kesan yang kekal dan tidak dapat diperbaiki lagi.

Jahitan pada bukaan pembedahan itu perlulah dirujuk untuk dilonggarkan sedikit

Pesanan optometri di sini, jika anda berasa tidak selesa selepas pembedahan dan penglihatan masih kabur, anda hendaklah berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Anda mungkin mengalami masalah yang sama dengan pak cik tersenut. Sekian, terima kasih.

Friday, July 22, 2011

ALah BiSa TeGaR BiaSa....

Kejadian Kuala Lumpur 0907 

'Alah bisa tegar biasa'.....Mungkin inilah peribahasa yang paling sesuai untuk mereka yang nekad untuk turun membuat demonstrasi BERSIH pada tanggal 9 Julai lepas. Entri kali ini bukan niat untuk menimbulkan kontroversi apa-apa. Tapi ianya pasti berkaitan dengan mata. Apalagi kalau bukan mengenai....jeng jeng jeng pasal gas pemedih mata atau dalam bahasa inggerisnya tear gas lah.

Aisey...apa pula kaitan rusuhan dengan bawang ni???

Bawang oh bawang.....kau pun nak merusuh jugak ker???

Ramai yang bertanya, bahayakah gas pemedih mata ini?? Jawapan saya tidaklah bahaya sehinggakan membawa kepada kematian. Ianya cuma bersifat sementara. Mungkin disebabkan berkaitan dengan saraf, sebab itulah rasanya agak tidak selesa semasa terkena gas ini.

Gambar bawang di atas ini sekadar hiasan sahaja untuk menerangkan bahawa mekanisme gas pemedih mata ini bertindak sebenarnya sama sahaja dengan bawang tersebut. Anda pernah mengupas bawang kan?? Begitulah juga rasanya seperti gas pemedih mata ini jika terkena mata.

Pedihnya mata.....tapi kenapa mata??? Bukannya mulut dan sebagainya....

Bagaimana mata boleh terasa pedih dengan gas pemedih mata ini???

Begini ceritanya. Gas pemedih mata ini sebenarnya debu asid seakan-akan berbentuk gas. Sebenarnya ianya ialah seperti debu berasid. Debu in bersifat agen lakrimatori iaitu agen bukan membawa kematian dan cuma bertindak untuk meransang saraf terutamanya di mata untuk menghasilkan air mata yang banyak, pedih, sakit dan kabur buat semetara waktu.

Kesan gas pemedih mata adalah mata berair, bersin dan batuk.

Selain daripada mata, kesannya turut dirasai di dalam hidung, mulut dan juga paru-paru iaitu organ manusia dimana terdapatnya selaput yang menghasilkan lendir (mucous membrane) di dalam badan. Gas ini akan menghasilkan kesan mata berair seperti menangis, batuk, bersin dan sakit mata. Tetapi, mata antara organ yang paling cepat menerima kesannya berbanding lain-lain organ, kerana mata mempunyai banyak saraf terbuka yang akan terdedah kepada udara sekeliling kita. Oleh sebab itu, gas ini diberi nama gas pemedih mata dan bukannya gas pemedih mulut, gas pemedih hidung atau gas pemedih paru-paru..hahahaha.

Inilah gambar bahagian depan mata.....

Beginilah rupa bentuk saraf di depan mata jika boleh dilihat. Semuanya padat-padat dan sangat sensitif terhadap sebarang agen yang terdapat disekeliling kita....

Oleh sebab kebolehan gas ini menghuru-harakan sesiapa yang terkenanya, gas pemedih mata ini memang cukup popular bagi meleraikan rusuhan dan juga demonstrasi jalanan. Orang kata, jika kita dah selalu kupas bawang, lama-kelamaan mata seakan-akan sudah 'immune' dengan kesan pedih mata ini. Namun, untuk gas pemedih mata ini, saya tidak pasti kesahihan pernyataan di atas ini. Sebab itulah saya katakan, 'alah bisa tegar biasa'. Mungkin perusuh ini sudah terbiasa terkena gas pemedih mata agaknya, disebabkan itulah mereka tegar untuk tetap melakukan rusuhan. wallahualam.....

Tu dia...mula-mula tembak gas....

Debu mula berterbangan di udara, lalu masuk ke mata...untuk memberikan kesan pedih pada mata.

Boleh juga leraikan perusuh dengan kaedah semburan begini...untuk pecahkan kumpulan besar perusuh...


Tapi, jangan risau. Kesan pemedih mata ini cukup senang utnuk hilang. Oleh sebab sifatnya yang bersaid. Anda cuma perlu mengambil antiasid yang cuma perlu diletakkan di bawah lidah untuk meghilangkan rasa kesan gas pemedih mata ini yang boleh dibeli di farmasi-farmasi berhampiran seperti ubat Maalox,Alka-Seltzer dan sebagainya.

Ni dalam bentuk pil, ade jugak jenis ubat titis.

Itulah sedikit sebanyak mengenai gas pemedih mata. Sedikit sebanyak coretan yang mungkin berinformasi utnuk anda. Tiada niat lain melainkan untuk berkongsi maklumat sahaja. Selamat membaca.

Wednesday, July 20, 2011

PeNgaLaMaN PeRTaMa Di DaLaM BiLiK PeMBeDaHaN Mata

6.15 a.m
Bertolak daripada rumah di Tanah Merah ke Kota Bharu. Bertolak awal untuk persiapan ke bilik bedah. Apalah agaknya pengalaman kali pertama ini. Kami membawa pakaian bersih bersama-sama untuk dipakai di dalam bilik bedah nanti.

7.15 a.m
Tiba di hospital. Membuat persiapan ke bilik bedah. Kami menukar pakaian seperti dalam bilik pembedahan. Semuanya untuk kebersihan yang optimum. Wah berbaju biru dan berseluar biru. Namun para pakar bedah lengkap berpakaian hijau untuk memulakan pembedahan.

Pakar bedah mata ataupun oftalmologis sedang membuat pembedahan...segak mengenakan baju hijau...

8.00 a.m
Pembedahan bermula dengan saat persiapan untuk ubat bius. Pesakit perlu dibius terlebih dahulu sebelum dibedah matanya. Bukannya dipukau ya.....nauzubillah. Ubat bius pula terbahagi kepada dua jenis mengikut kesesuaian iaitu setempat (local) ataupun am (general). Untuk pesakit pertama ini, beliau akan menjalani          pembedahan katarak iaitu pembedahan untuk membuang selaput yang berlaku pada kanta di dalam mata. Teknik pembedahan yang bakal digunakan adalah phacoemulsification. Tapi pesakit ini diberikan ubat bius setempat sahaja. Pembedahan ini mengambil masa lebih kurang sejam. Sungguh pakar dalam pembedahan pembuangan selaput ini.

Doktor bertungkus-lumus untuk membuang selaput di dalam mata....

9.15 a.m
Pembedahan kedua ini pula melibatkan penyakit katarak ataupun selaput juga. Namun pembedahan kali ini menggunakan teknik yang berlainan yang lebih rumit iaitu dipanggil sebagai extracapsular cataract extraction. Kaedah ini dipilh biasanya disebabkan oleh selaput di belakang mata yang sudah matang dan mulai mengeras. Jadi ambillah pengajaran bahawa jangan biarkan lama-lama selaput yang tumbuh di dalam mata. Ianya perlulah dibedah pada keadaan sebelum matang.

Gambar atas: immature cataract/ selaput tidak matang
Gambar bawah: mature cataract/ selaput matang

10.45 a.m
Satu lagi pembedahan bermula. Kali ini melibatkan pesakit kencing manis yang mempunyai kegagalan buah pinggang, ada tekanan bola mata yang tinggi dan juga mempunyai pendarahn di dalam mata. Pembedahan yang bakal dijalankan adalah trans pars plana vitrectomy (TPPV). 

Inilah salah satu pembedahan mikro yang dijalankan semasa pembedahan TPPV ini.

Mula-mula kami melihat bagaimana pakar menyambungkan alat penyedut melalui bebola mata. Kemuadian, darah berserta gelemaca disedut ke luar bebola mata. Nah, nampaklah bagaimana keadaan belakang mata pesakit. Namun penglihatan menerusi kamera tidaklah begitu baik kerana pesakit juga mempunyai masalah selaput di depan mata. Pembedahan vitrectomy ditangguhkan buat sementara waktu untuk membuat pembedahan katarak dahulu. Pembedahan katarak menggunakan kaedah phacoemulsifikasi. Setelah selesai pembedahan, pesakit perlulah dilaser bekang matanya untuk mematikan salur darah baru yang tumbuh di belakang mata akibat kencing manis ini. Pembedahan ini amat rumit. Bebola mata akhirnya diisi dengan gas utnuk menggantikan gelemaca yang telah dibuang. Sebelum itu, keadaan belakang mata difreeze dahulu untuk memberhentikan pendarahan.

Bebola mata diisi gas bagi menggantikan gelemaca yang telah dibuang.

2.00 p.m
Kami menyaksikan sekali lagi pembedahan phacoemulsifikasi utnuk membuang selaput di dalam mata. pembedahan ini agak ringkas kerana pesakit dibius setempat sahaja. Lagipun selaput pada mata belum matang lagi. 

3.00 p.m
Kami keluar daripada bilik bedah Intan di HRPZII ini dnegan perasan yang teruja dan seronok. Memang terdapat banyak pembedahan yang banyak boleh dilihat menerusi video di youtube dan sebagainya. Ianya tidak sama dengan pengalaman hari ini. Kami menyaksikan video di skrin, namun kali ini kami mendengar sendiri guntingan dan hirisan yang telah dibuat oleh pakar terhadap pesakit. Suatu pengalaman yang julung kali dapat diperolehi. Apa yang paling tidak dapat dilupakan adalah kenangan perlu berdiri di bilik bedah daripada 8.00 pagi sehingga 3.00 petang.






Pentingnya Kaca Mata yang Betul.....

Semua orang tahu kegunaan kaca mata. Ianya diperlukan sebagai salah satu alat bantuan penglihatan untuk sesiapa yang mempunyai rabun. Samaada ianya untuk si rabun jauh atau rabun dekat. Rabun atau kabur penglihatan ini boleh terjadi pada jauh ataupun dekat.

Anda mungkin mengalami rabun jauh.

Anda juga mungkin mengalami masalah rabun dekat.

Jadi untuk mengatasi masalah ini, ramai yang memilih kaca mata sebagai penyelesaiannya. Kaca mata dapat memperbaiki masalah ini. Bagi seseorang yang rabun dekat, anda perlu menggunakan kanta cembung untuk mengatasi masalah ini. Manakala bagi seseorang yang rabun jauh pula, anda memerlukan kanta cekung untuk memperbaiki masalah ini.

Kanta cembung diperlukan untuk memperbaiki masalah rabun dekat.

Kanta cekung diperlukan untuk memperbaiki masalah rabun jauh.

Namun sejauh manakah anda pasti kaca mata anda dapat memperbaiki masalah rabun anda ini?? Ada orang mengatakan pemakaian kanta sentuh dengan tidak betul, banyak bahayanya. Tetapi adakah anda tahu, pemakaian kaca mata yang tidak betul juga mendatangkan kesan buruk juga.

Bagaimana ianya berlaku???

Gambarajah keratan rentas kanta cekung

Jika anda perhatikan gambar rajah kanta cekung diatas, ianya adalah seperti gabungan daripada dua buah prisma yang dicantumkan pada satu titik pusat.  Titik inilah yang menjadikan titik tengah bagi sistem optikal tersebut.

Pusat optikal kanta perlu diselaraskan dengan kedudukan tengah anak mata seseorang pemakai kaca mata tersebut.

Titik tengah ini pula perlu diselaraskan dengan titik tengah anak mata si pemakai kaca mata tersebut. Di dalam contoh ini, adalah kanta cekung.

Apakah kesannya jika dipakai kaca mata yang tersalah dipotong ini buat satu jangka masa yang lama?

Anda mungkin akan mendapat juling. Ini kerana, mata anda telah terbiasa bekerja lebih untuk sesuatu yang dilihat. Kerja lebih ini akan menyebabkan mata akan bergerak ke arah hidung, ini terhasillah juling.
Itulah kesannya.
Gambar A: Pemotongan kanta cekung yang sepatutnya.
Gambar B: Pemotongan yang salah. Menyebabkan anda merasai aruhan prisma. Ini akan menyebabkan mata akan bergerak masuk ke dalam sedikit kesan akibat daripada pemakaian yang kaca mata yang tersalah potong.

Mata akan mendapat sedikit juling jika pembetulan tidak dilakuakn dengan cepat.

Apakah yang anda sedar sekarang peri pentingnya kaca mata yang betul??? 

Harga soal nombor dua. Apa yang penting anda perlu mendapatkan preskripsi kaca mata anda daripada mereka yang bertauliah. Ini kerana anugerah yang paling tidak ternilai adalah mahkota penglihatan. Hargailah ia sebaiknya.

Bagaimana anda tahu, kaca mata anda mungkin salah pemotongannya???

1. Anda tidak dapat menyesuaikan kaca mata baru anda dalam masa 2 minggu.
2. Mata anda merasa cepat penat selepas melakukan sedikit kerja.
3. Merasa pening dan sakit sekitar mata.
4. Anda rasa mengantuk dengan menggunakan kaca mata.

Jika gejala ini muncul dengan kaca mata anda, segeralah berjumpa dengan pakar yang terdekat. Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...