Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Tuesday, June 28, 2011

TeManLaH AyaH AnDa SeMenTaRa MeReKa MaSiH Ada...........

Assalamualaikum semua. Maaflah jika semua merindui entri yang berkaitan mata. Kelewatan entri ini semua diakibatkan anis sibuk membuat latihan industri ke sana ke mari. Dan tajuk entri kali ini pula berkaitan dengan hari bapa sebenarnya. Biarpun terlewat, anis masih ingin mengucapkan Selamat hari bapa kepada semua bapa di atas dunia ini. Anis nak tujukan juga al-fatihah kepada arwah bapa anis yang telah pulang ke rahmatullah. Inilah kali pertama anis mengucapkan hari bapa selepas ayah anis pulang ke rahmatullah pada 7 November tahun lepas.

Arwah ayah dalam kenangan.....

Entri ini pula agak sentimental kerana ianya berkaitan dengan orang yang kita sayang...iaitu bapa anda, bapa saya, bapa anda bapa kita. Apa yang anis maksudkan dengan 'teman bapa' anda di atas. Ini berkisarkan pengalaman anis sendiri setelah berlatihan industri di hospital dalam dua minggu lepas.

Ini pun perlukan bantuan ker???

Jika anda mempunyai bapa, anis meletakkan hukum 'WAJIB' untuk menemani bapa anda ke klinik mata khususnya. Anis cukup terkilan dengan sikap anak sejak kebelakangan ini yang amat sibuk dengan urusan seharian sehingga lupa akan tanggungjawab untuk menemani ayah atau bapa mereka ke klinik khususnya.

Kisahnya begini, selepas menjalani pemeriksaan mata utnuk mendapatkan kuasa kaca mata, pak cik ini diarahkan untuk berjumpa dengan doktor perubatan untuk dititiskan ubat untuk membesarkan anak mata. tujuannya adalah untuk melihat keadaan belakang mata termasuklah kanta dalam mata dan juga saraf belakang mata. Pemeriksaan mata ini amat penting khususnya utnuk golongan yang berusia yang memepunyai risiko tinggi untuk mendapatkan penyakit mata. Pendek kata, pemeriksaan mata tidak lengkaplah jika tidak menjalani ujian ini.

Pemeriksaan mata mudah dijalankan jika anak mata dapat dibesarkan dengan menggunakan sejenis ubat titis. Selaput putih pada kanta dalam mata juga senang dilihat.

Jika ayah anda mempunyai kencing manis, anda memang perlu wajib menemani beliau untuk ke klinik mata kerana mungkin doktor ingin menjalankan rawatan seperti di atas.

Namun, dengan melakukan ujian ini, pesakit akan mengalami masalah silau dan fotofobia sementara. Ini akibat daripada pembesaran anak mata yang dilakukan tadi. kesan ini cuma akan hilang dalam masa 4 jam. berbalik kepada kisah pak cik tadi, sebelum doktor menitiskan ubat mata ini, doktor akan bertanya 'adakah pak cik datang dengan ditemani oleh sesiapa???.' Ini kerana, jika pak cik tadi memandu sendiri, kesan ubat ini akan membahayakan pemanduan. pak cik itu menjawab, dia datang sendiri.

Atas sebab keselamatan, doktor bercadang utnuk tidak menitiskan ubat mata utnuk membesarkan anak mata tersebut. Doktor menunda pemeriksaan mata tersebut ke suatu tarikh akan datang yang belum tentu pak cik ini dapat datang ke tidak lagi. Alangkah sedihnya pak cik tersebut. Terpaksa pulang dengan keadaan tidak berpuas hati akibat tidak dapat menjalani pemeriksaan mata yang sepatutnya.

Pesakit akan merasai silau yang amat selepas pembesaran anak mata

Persoalannya, dimanakah anda ketika bapa anda memerlukan anda seperti di dalam situasi tadi??? Mungkin sekarang anda tidak bersetuju dengan saya. Tetapi, fikir-fikirkanlah jika anak anda lakukan perkara yang sama kepada anda, apakah perasaana anda???

Mungkin betul apa yang kita selalu dengarkan. Manusia cuma akan menghargai seseorang apabila seseorang tiada lagi di dunia ini. Jadi, pesanan saya, temanilah ayah anda ke klinik mata khususnya sementara mereka masih ada.

Sekian, terima kasih. Renung-renungkanlah.


Thursday, June 9, 2011

ApaKaH KeiStiMeWaaN PuSaT OpToMeTRi MiLLenNiuM ViSioN Ini???

Bergambar di depan pusat optometri sebagai kenang-kenangan

Sebagai salah satu tanda penghargaan anis terhadap Pusat optometri Millennium Vision ini kerana menerima anis untuk membuat latihan industri, anis telah menulis entri ini. Ala-ala promosi gitu.... Anis buat entri ini berdasarkan apa yang anis belajar dan bukannya unsur komersial semata-mata. Apa yang istimewa di sini???

1. Pusat optometri ini menjual produk berkualiti seperti bingkai berjenama seperti Swatch, Bonia, dan sebgainya pada harga yang berpatutan. Silalah bertandang ke kedai ini untuk mendapatkan produk ini.

Menjual produk berkualiti

2. Mungkin ada antara kita sangat menggilai kamera berjenama iaitu Nikon. Tapi tahukah anda, Nikon juga mengeluarkan kanta kaca mata yang berkualiti tinggi untuk diguna pakai seharian. rekaannya amat eksklusif untuk memberikan penglihatan yang optimum. Dan pusat optometri ini merupakan salah sebuah kedai yang bertuah kerana menjual produk berkualiti ini. Jarang kedai biasa yang menjual kanta ini kerana ianya perlu diimport daripada negara asalnya. Cubalah!!!!!

Selain kamera, Nikon juga hebat mencipta kanta untuk kaca mata ini

3. Di pusat optometri ini juga ada menjual kanta eksklusif lain seperti Rodenstock. Mungkin jarang dijual di kedai biasa. Ini kerana harga kanta ini yang menggunakan teknologi Jerman yang jaminan kualiti yang tip-top. Lapisan anti-silaunya amat cantik. Harganya juga mahal kerana iainya dijual berdasarkan harga mata wang Euro. Jika berkesempatan, anis juga mahu mencuba nanti. Anda bila lagi?????

Nampak ke tidak??? Mutu dan kualiti kanta rodenstock.....sangat jelas

Kalau jenis boleh berubaha warna(transitions) bagi Rodenstock ini, namanya Colormatic lenses.

4. Produk lain yang dijual adalah kanta yang berpatutan harganya dan digilai ramai sekarang kerana kualitinya. Kanta ESSILOR. Kanta ini juga ada dijual di sini. Cubalah yang berkualiti, anda pasti puas hati.

Produk Essilor yang diyakini kualitinya pun ada dijual di sini juga....

5. Di sini juga ada menjual sunglasses yang menepati kehendak pelanggan dan kualiti antarabangsa. Boleh diguankan dengan pelbagai fungsi. Bertandanglah ke sini untuk membuat pilihan.

Ada yang menepati kehendak anda tidak???

6. Kanta sentuh juga banyak ditawarkan di sini. Antaranya Giordano, Igel, Johnson&Johnson dan sebagainya. Pakar optometri juga menawarkan perkhidmatan fitting kanta sentuh yang sesiau untuk mata anda.

Acuveu dan Igel juga ada dijual di sini.

Itulah antara keistimewaan yang terdapat di pusat optometri ini. Jika anda berminat, sila bertandang ke alamat ini:-
No.8, Jalan 2/12, 
Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves,
Selangor.

untuk maklumat lanjut, anda juga boleh berhubung di talian:-
03-61203119

Optometri yang bertauliah adalah Junaidi Youb Mat Jasid 
B.Optom (Hons) UKM
Optometrist/ Contact Lens Consultant


ALhaMDuLiLLaH......SeLeSai SuDaH Sesi LaTiHaN InDusTRi Di PRiVate InDusTRy

Alhamdulillah...syukur. Tiada kata lain yang mampu terucap buat kesekian kalinya setelah berhempas-pulas menjalani sesi latihan industri selama lebih kurang 3 minggu ini akhirnya anis berjaya melaksanakan dengan jayanya. Ya tanggal 9.6.2011 telah menyaksikan satu lagi detik kejayaan buat anis sebagai mahasiswi optometri dalam proses pembelajaran sebagai seorang optometri ini.

Anis sedang sibuk menelaah pelajaran sambil menunggu pelanggan di pusat optometris semasa sesi latihan industri

Latihan industri memang amat sinonim dalam kalangan pelajar UKM. Latihan industri ini juga amat dikenali sebagai posting, praktikal, dan seumpama dengannya. Namun, fungsinya sama iaitu untuk mendedahkan bakal graduan tentang realiti sebenar mereka dalam kerjaya masing-masing.

Sebagai salah seorang pelajar optometri, latihan industri kami agak berbeza sedikit berbanding jurusan lain. Sesi latihan industri kami terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah sesi latihan industri swasta dan sesi kedua adalah sesi kerajaan. Jika di industri swasta, pelajar akan ditempatkan di kedai-kedai optikal, klinik optometris, pusat laser dan seumpamanya. Manakala, bagi sesi kerajaan, pelajar akan ditempatkan di pusat-pusat kesihatan dan hospital kerajaan. Dan sesi latihan industri ini mengambil masa lebih kurang enam minggu.

Dalam situasi anis sekarang, anis ditempatkan di Pusat Optometri Millenium Vision Optometrist di Bandar Baru Selayang untuk sesi swasta. Manakala, bagi sesi kerajaan, anis memilih untuk melakukannya di Hosptital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan. Namun, tahukah anda apa yang anis lakukan setiap hari sepanjang latihan industri di private industry ini???

Anis akan bertolak dari asrama di Titiwangsa lebih kurang pukul 10.00 pagi. Memandangkan masa perjalanan diambil lebih kurang setengah jam, anis sampai di pusat optometri tersebut pada pukul 10.30 pagi. Sesampai sahaja di sana, anis akan membantu optometri untuk membersihkan ruang kedai tersebut. Ini termasuklah mengelap almari berkaca, menyapu sampah dan sebagainya. Wah bersemangat pagi-pagi ini.

Inilah almari berkaca untuk pameran bingkai-bingkai

Kemudian, jika ada pesakit yang datang, anis akan menolong penyelia sebagai optometris di situ untuk melakukan pemeriksaan mata berkomputer menggunakan alat ini. Alat ini akan dijadikan pengesanan awal jika sesuatu rabun itu berlaku pada anda.

Mesin untuk mengesan rabun secara berkomputer

Kemudian, anis melakukan pemerhatian terhadap proses pemeriksaan mata selanjutnya yang dilakukan oleh optometris di sini. Jika pesakit yang datang agak ramai, anis berkesempatan utnuk melakukan juga pemeriksaan mata terhadap pesakit. Ini termasuklah menggunakan kanta cubaan kuasa mata yang selalu digunakan, keratometer, slit lamp dan sebagainya.

Inilah ruangan untuk pemeriksaan mata dilakukan

Set kanta cubaan yang digunakan untuk memeriksa kuasa mata pesakit

Inilah alatan pemeriksaan mata iaitu keratometer dan slit lamp

Pada masa yang terluang, anis akan manfaatkan masa untuk belajar tentang produk-produk yang berada di pasaran terkini berkaitan dengan alat bantuan optikal ini termasuklah kanta bagi kaca mata, kanta sentuh dan sebagainya.

Anis belajar mengenai kanta Essilor yang hangat dijual di pasaran sekarang

Kanta sentuh yang ada dijual di sini.....

Sebagai salah seorang bakal graduan optometris, anis juga perlu mahir untuk meghasilkan kaca mata yang berkualiti. Di kesempatan inilah anis menimba banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman sendiri untuk memotong kanta yang telah ditempah oleh pesakit. Optometris di sini amat arif dalam bidang pemotongan kanta ini. Beliau amat menekankan tentang kualiti penghasilan kanta. Di sinilah anis banyak belajar mengenai sesuatu yang baru selain daripada apa yang telah diajar di dalam kelas.

Di ruangan inilah anis banyak menimba ilmu untuk memotong kanta kaca mata

Bukti ketelitian optometris di sini, semua barang tersusun rapi setelah digunakan.

Di kedai ini juga, anis banyak belajar berkomunikasi dengan pelanggan yang telah datang ke sini. Dan di kedai ini juga ada peti ais krim. Di waktu rehat, anis juga pelanggan setia ais krim ini. Maklumlah cuaca panas sekarang.

Memang lumayan jika menikmati ais krim semasa panas yang terik

Anis amat berterima kasih kepada pihak pusat optometri kerana sudi menerima anis utnuk menjalani sesi latihan industri di sana. Anis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak jabatan optometri UKm kerana memilih anis untuk ke tempat latihan industri ini. Banyak pengalaman dan illmu telah ditimba sepanjang di sini. 

Terima kasih semua....=))

Syahdu sahaja saat-saat hendak mengucapkan selamat tinggal tadi. Selamat maju jaya.


Tuesday, June 7, 2011

PaNDanGaN MaSYaRaKat TeRHaDaP KeRJaYa OpToMeTRi

Optometri ni lower kelas berbanding medic?????

Optometri ini bukan bidang yang glamour macam medical, dentistry, farmasi dan sebagainya. Optometri juga sering disalah anggap sebagai bidang yang mudah berbanding medic dan kursus kesihatan yang lain. Namun begitu, optometri juga merupakan satu bidang yang agak kritikal. Bacalah artikel dibawah ini:-


Malaysia alami kekurangan ahli optometri, kata Menteri Pengajian Tinggi
JUMAAT, 01 OKTOBER 2010 20:18
E-mailCetakPDF
Oleh Shahfizal Musa
KUALA LUMPUR, 1 Okt. 2010 - Malaysia mengalami kekurangan hampir 3,000 ahli optometri kiranya mahu menepati kehendak nisbah seorang pakar mata bagi setiap 7,000 orang penduduk.
Kini terdapat hanya 834 pakar itu yang berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia, termasuk 736 lulusan UKM, berbanding dengan kehendak seramai 3,600 yang diperlukan sekarang.
Maka itu usaha hendaklah dilakukan untuk mengeluarkan lulusan optometri bagi memenuhi keperluan itu. Ini adalah bertepatan dengan peralihan fokus rancangan Malaysia ke 10 yang menekankan perkembangan modal insan berbanding dengan pembangunan fisikal sebelum ini.
Demikian kata Menteri Pelajaran Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika melancarkan Hari Optimetri Malaysia di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan semalam.
Beliau berkata: “Peralihan fokus ini amat penting dan cukup signifikan kerana sebagai sebuah negara yang sedang berada dalam proses transformasi untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, ia perlu disokong dan didukung dengan sumber modal insan yang berkualiti dan bakat yang diperlukan dalam pelbagai sektor”.
Beliau melahirkan kekhuatiran akan ujud fenomena kehilangan atau penghijrahan pakar itu ke luar negara hingga memburukkan lagi keadaan kekurangan kepakaran ahli optometri itu hingga akan menjejas pemindahan kepakaran kepada generasi akan datang.
“Meskipun isu penghijrahan pakar (brain drain) tidak begitu ketara dalam bidang optometri, langkah proaktif hendaklah di fikirkan bagi memastikan semua lulusan bidang ini akan berkhidmat di dalam negara,” kata Datuk Seri Khaled.
UKM merupakan IPT pertama di rantau Asia Tenggara mengadakan program sarjana muda optometri. Kini terdapat beberapa lulusan itu bertugas di luar negara seperti Singapura dan Australia.
Timbalan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr Mohamad Abdul Razak, Dekan dan Professor Toksikologi, Dr Salman H. Inayat Hussain, pensyarah dan pegawai kanan fakulti serta wakil dari pusat pengajian tinggi lain turut hadir.
Tarikh 15 Ogos telah dipilih sebagai Hari Optometri Semalaysia kerana ia adalah tarikh UKM melahirkan tujuh orang optometri pertama di Malaysia. Mereka ini kemudian telah membangunkan bidang pengajian optometri di Malaysia.



Wah begitu, rupanya....namun tidak kurang juga yang menganggap optometri tiada masa depan. Optometri cuma peluang untuk buka kedai spect sahaja ke?? Masa depan kita, Allah sudah tentukan. Tinggal kita usaha sahaja. Belajar dahulu optometri ini, insya Allah kerjaya akan datang. Jika anda tidak dapat melanjutkan pelajaran di IPTA, kita terdapat juga IPTS untuk melanjutkan pelajaran dalam optometri ini, Kata kunci utama adalah minat. Semoga dipermudahkan....=))

Msu antara IPTS yang menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam optometri ini.

Jika betul optometri ini lower dan tidak sesusah medic, nah sekarang ini tajaan MARA juga dibuka untuk kursus ini di luar negara. MARA terkenal dengan perancang masa depan untuk anak bumiputra. Jadi, daripada kita mempersoalkan kredibiliti kursus ini, apa kata sam-sama kita anak melayu menyahut cabaran ini untuk belajar bidang kesihatan seperti optometri ini. Tiada istilah double standard dalam belajar ini. Semua pelajaran adalah susah. Memetik kata arwah ayahanda, 'Jika senang bukan ilmu, jika senang bukan harta'. Bukalah minda, luaskan pandangan. tidak salah jika memilih, tapi ianya salah jika kita salah memilih. Fikir-fikirlah. 

Sunday, June 5, 2011

JoM SoKonG UsaHaWaN BuMiPuTRa.....

Tempat latihan industri di sektor swasta.

Sekarang merupakan sesi latihan industri yang dijalankan di kedai optikal. Ini bertujuan mendedahkan para pelajar mengenai kehidupan sebenar optometri jika bekerja di kedai optikal kelak. Memang saat di sini amat diguankan sepenuhnya utnuk menimba ilmu pengetahuan dan juga pengalaman berkaitan bidang optometri ini. Memang tidak dapat disangkal lagi, bidang optometri ini memang satu bidang yang nagus utnuk sesiapa yang bercita-cita untuk menjadi usahawan ini.

Demi menyahut seruan negara, semakin banyak usahawan bumiputra ini dilahirkan, makan marilah sam-sama kita menyokong usaha usahawan bumiputra ini untuk menaikkan taraf ekonomi penduduk pribumi ini. Cewahh....ayat kencang je. Mungkin mereka setanding dengan rakan seperniagaan yang lain juga. Buktinya.......

Di kedai ini juga terdapat jualan kanta antarabangsa yang tidak ramai yang menjualnya di Malaysia ini. Sesiapa yang terasa nak pakai kanta dari Nikon, silalah berkunjung ke Kedai Usahawan Bumiputra ini....

Lokasi juga strategik iaitu berhadapan stadium MBS. Sebaris dengan deretan kedai usahawan bangsa lain juga. 

Kanta sentuh juga ada dijual di sini.....

Sepanjang anis berLI di sana, pelbagai perubahan ke arah ke amjuan yang dilakuakan, antaranya menukar signboard perniagaannya.

Ruang dalaman kedai juga dicat baru dan diperbaharui.....

Pemilik yang Anis maksudkan adalah En. junaidi. Beliau seorang usahawan bumiputra melayu yang gigih yang patut dicontohi oleh belia sekarang. Beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu tentang pengalaman dan sebagainya.

Sekian....=)).






SiApA YaNg TiDaK SeSuAi PaKai CoNtaCt LeNses???

Kanta sentuh bukan untuk semua????

Kanta sentuh bukan sesuai untuk semua orang. Ada yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan mata yang menyebabkan anda tidak sesuai memakai kanta sentuh. Adakah anda salah seorang dalam kalangan tersebut?????

Siapakah yang dikecualikan daripada pemakaian kanta sentuh ianlah:-

1. Anda yang mempunyai masalah mata kering yang amat ketara. Ini kerana laipsan air mata yang berkurang akan menyebabkan pemakaian kanta sentuh menjadi tidak selesa dan penglihatan akan semakin kabur.

Mata kering yang teruk.

2. Anda yang sedang mengalami masalah mata merah ataupun sakit mata. Pesakit mata merah ini dijangkiti kuman yang akan melekat pada kanta sentuh. Ini akan menyebabkan sakit mata akan berulang jika anda memakai kanta sentuh semasa mendapat sakit mata ini. Jadi, anda dikecualikan.

Sakit mata reda baru boleh pakai kembali kanta sentuh ini.

3. Anda yang mengalami demam juga dikecualikan daripada memakai kanta sentuh. Ini kerana, kuman yang menjangkiti salur pernafasan juga boleh merebak ke ruang mata dan seterusnya akan melekat di kanta sentuh yang dipakai. Demam akan kembali berulang jika anda memakai kanta sentuh yang mempunyai kuman tersebut. Kantas sentuh yang dipakai ketika demam akan bertindak seperti hos untuk kuman ini melekat.

Jangan pakai kanta sentuh semasa demam atau selsema.

4. Anda yang mempunyai masalah diabetes. ini kerana, dalam kalangan pesakit diabetes ini, mereka mempunyai masalah pada sensitiviti sarafnya. Jika pesakit dengan diabetes ini memakai kanta sentuh, meraka mungkin terdedah dengan risiko tidak perasan jika kanta sentuh tersebut telah melukakan mata mereka. Ini kerana saraf di depan mata mereka adalah kurang sensitif.

Pesakit dibetes yang senang mengalami luka dan permukaan depan mata pula kurang sensitif.

5. Ibu di awal kehamilan juga tidak digalakkan untuk memakai kanta sentuh ini. ini kerana pada fasa ini, para ibu akan mengalami masalah penglihatan kabur akibat pembengkakan sel di depan mata.

Awal kehamilan menyebabkan sel depan mata menjadi bengkak.

Oleh itu, sebelum memakai kanta sentuh, anda perlu berjumpa dengan pakar kanta sentuh seperti optometris utnuk melakukan pemeriksaan mata sebelum memakainya. Ingat!!!!!!. Sayangi mata anda.

TeRiMa KaSiH OBeSiti.....KiNi SaYa MuFLis...

Apakah bahan-bahan yang telah membina badan anda???

Wah...macam terbalik saja bunyinyer. ye memang sebaliknya. Tiada perkataan paling sesuai untuk menggambarkan dilemma seseorang yang berbadan saiz XXXXXXXL ni. Maklumlah, kesihatan adalah segalanya. Apa gunanya wang berkepuk jika kesihatan semuanya lingkup. Tidak melampau jika anis katakan bahawa jika anda berdepan dengan masalah obese ini anda ibarat 'muflis' dari segi kesihatan ini. Anda 'muflis' kerana melalui obesiti inilah yang akan membuka satu jalan ke arah semua jenis penyakit yang melibatkan organ-organ dalam badan kita termasuklah mata. Bagaimanakah obesiti dapat me'muflis'kan kesihatan mata anda??

Mata anda juga boleh mengalami kebuluran?????........

1. Seperti perut yang akan berasa lapar, begitu juga dengan mata, mata juga akan mengalami kebuluran jika anda menghadapi masalah obesiti ini. Oleh sebab badan mendapat ketidakseimbangan zat akibat obesiti ini, seperti organ yang lain, mata juga akan mengalami kekurangan nutrisi tertentu. keadaan ini akan mengakibatkan mata mengalami masalah denegerasi makular. Makular adalah salah satu struktur yang berada di belakang mata.

Keadaan lapisan belakang mata yang normal (atas) dan yang mengalami makular degenerasi(bawah).

2. Jika anda mempunyai masalah obesiti, mata anda juga mungkin berisiko untuk mendapat katarak berkaitan umur.

Komplikasi kegemukan terhadap mata adalah katarak.

Penyakit dengan kanta dalam mata yang mempunyai katarak.

Bagaimanakahsemua ini berlaku??? Menurut kajian yang dijalankan oleh pakar, lemak yang berkumpul ini akan bertindak untuk menyerap nutrisi yang penting kepada mata termasuklah lutein dan zeaxanthin. Kedua-dua nutrisi ini penting kepada mata sebagai nutrisi utnuk melindungi mata kerana ianya bersifat antioksidan. Jika badan banyak lemak, lutein dan zeaxanthin berkurang, kesihatan mata juga menurun. Timbullah beberapa gejala pada mata seperti ini.

Anda mungkin akan mengalami masalah penglihatan sebegini kesan akibat daripada mata yang tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya.

Jadi, sama-salah kita menjaga berat badan kita supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang obesiti dan yang 'muflis' kesihatannya. Penduduk Malaysia bijak, kawal berat badan untuk prestasi penglihatan mata anda. Yeah!!!!!. (^___^)p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...