Keresaan akibat serangan sakit mata.
Daripada hasil perkongsian dan pemerhatian bersama salah seorang penyelia klinik yang juga optometris di UKM ini, selain kuasa mata atau power rabun juga boleh berubah jika selepas serangan sakit mata ini. Ini amat ketara jika anda seorang yang memang ada rabun jauh atau dekat. Ada juga pesakit yang mengadu selama ini tidak perlu memakai kaca mata, namun selepas jangkitan sakit mata ini, beliau perlu memakai kaca mata.
Minimakan penggunaan ubat, sila ikuti nasihat doktor mata dan jangan lengahkan rawatan.
Kesan penandaan pada kornea selepas jangkitan sakit mata.
Ini juga boleh disebabkan juga perubahan struktur yang terkena jangkitan tersebut iaitu kornea dan juga konjunctiva. Adalah baik, jika anda mendapat kepastian tentang kesihatan depan mata anda sebelum membuat kaca mata.
Komponen depan mata yang terkena jangkitan kuman sakit mata.
Jadi, pesanan saya, jika anda ada menempah kaca mata dan selepas itu anda terkena jangkitan sakit mata ini, anda dinasihatkan supaya menghubungi kedai optikal berkenaan untuk menagguhkan tempahan kanta tersebut sehingga jangkitan tersebut sembuh. Ini kerana mungkin kuasa mata anda berubah selepas sakit mata ini reda. Pesanan ini amat berguna jika anda seorang yang menempah kanta yang mahal atau 40-an dan ke atas, ini kerana sakit mata ini juga dapat menggangu kuasa mata jauh mahupun dekat juga.
Oleh itu, hindarilah daripada terkena jangkitan sakit mata ini. Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment