Gambar hiasan.
Adakah anda seorang yang sering ada gangguan sakit kepala yang teruk? Serangan sakit kepala yang teruk boleh juga diikuti dengan rasa gangguan pada penglihatan. antara bentuk gangguan penglihatan yang terjadi adalah seperti penglihatan anda tersa seperti ada kilatan atau cahaya terang, ada gangguan seperti tompok-tompok hitam dan banyak lagi???
Jika ya, anda mungkin ada penyakit mata yang dikenali sebagai retinal migraine iaitu migraine pada mata. Migraine ini memang agak ketara berlaku terutamanya di kalangan remaja. Antara bentuk gangguan adalah seperti berikut:-
1. Penglihatan seperti kaca pecah. (positive scotoma)
2. Penglihatan tengah menjadi kabur. (negative scotoma)
3. Penglihatan seperti merekah. (fortification)
4. Medan penglihatan menjadi separuh. (hemianopia)
**(Sila rujuk gambar)
Kesan penglihatan akibat daripada serangan migraine.
Ini kerana, semasa serangan retinal migraine ini, mata anda kurang menerima oksigen dan salur darah ke mata semuanya menjadi kecil dan mata seolah-olah 'lemas' buat seketika. Oleh sebab itu, tahap penglihatan akan terganggu buat semetara waktu.
Lihatlah gambar belakang mata semasa serangan (gambar tengah); semua salur darah menjadi kecil.
Jika anda tanya saya, adakah ianya bahaya? Ya, jika ianya ada kaitan dengan kesakitan. Ukuran tahap bahaya adalah berdasarkan kesakitan yang dialami. Jika anda rasa terganggu dengan kerapan serangan dan kesakitan yang dialami, ini perlu menjalani pemeriksaan pakar seperti membuat MRI atau CT scan. Mungkin ada kaitan dengan otak.
Bagaimana ingin mengelakkan serangan retinal ini?? Senang sahaja, anda boleh elakkan bahan yang membawa kepada migraine ini termasuklah makanan seperti kekacang, coklat, sesetengah bahan pengawet dan sebaginya dan ianya berbeza mengikut individu. Jika tidak berjaya, doktor akan memberi segala ubat berkaitan seperti analgesic dan sebagainya. Ada juga kaedah alterbative seperti akupuntur, meditasi, biofeedback dan lain-lain.
Pesanan anis adalah, jika migraine menyerang, anda mungkin perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan menyeluruh, ini kerana setiap tanda-tanda dan gejala itu adalah kerana ada sesuatu terjadi di belakangnya. Apa yang dirisaukan adalah ketumbuhan di dalam otak atau tekanan dalam salur yang boleh mengan cam nyawa. Jangan ambil mudah...
Sekian.
Assalam, cik anis. Sy terjumpa blog ini bila membuat research berkaitan neuro surgeon dan tertarik dgn post ini. Research yg sy buat adalah utk isteri yg baru sahaja menjalani pembedahan menggantikan injap jantung. Utk makluman, penglihatannya terjejas selepas mengidap jangkitan kuman hingga menyebabkan injap jantungnya rosak. Isteri sy mengalami keadaan negative scotoma macam yg cik anis sebutkan di atas. Persoalan sy adakah keadaan ini boleh dipulihkan? Jika ya, apakah kaedah rawatannya? Isteri sgt tertekan akibat masalah ini. Terima kasih.
ReplyDelete