Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, September 17, 2011

PenJaGaaN KanTa SenTuH YaNg BeTuL

Umum mengetahui, kanta sentuh merupakan alat bantu penglihatan dan juga fungsinya utnuk nilai kosmetik. Tapi tahukah anda cara yang betul dalam menjaganya. Kanta sentuh menjadi selamat dan sihat utnuk dipakai jika anda sanggup mengamalkan amalan seperti yang disarankan dibawah.

Penjagaan kanta sentuh ini meliputi prosedur utnuk harian dan juga mingguan. Penjagaan ini pula bergantung kepada jenis kanta sentuh yang diguanakan. Prosedur ini dapat diringkaskan seperti di dalam gambar di bawah.

Setiap kategori di dalam ini akan diterangkan di bawah mengikut kategori.

Prosedur harian (untuk kanta sentuh lembut jenis pakai buang)
1. Cuci kanta sentuh dengan mengguankan cecair MPS (multipurpose solution) seperti yang disarankan oleh optometris anda. Gosok kedua-dua permukaan kanta sentuh dnegan jari telunjuk.
2. Bilas kanta sentuh dnegan MPS yang sama ataupun dengan larutan saline.
3. Rendam kanta sentuh di dalam MPS semalaman ataupun 4 jam sebelum dipakai semula. Pastikan aras MPS mencukupi di dalam bekas rendaman untuk merendam kanta sentuh.
4. Sekiranya anda tidak memakai kanta sentuh untuk beberapa hari, MPS di dalam bekas rendaman perlu ditukar setiap malam.

Prosedur harian (untuk kanta sentuh lembut dan separa keras jenis tetap) 
1. Cuci kanta sentuh dengan menggunakan larutan pencuci (cleaner) yang disarankan oleh optometris anda. Gosok kedua-dua permukaan kanta sentuh dengan jari telunjuk agar kanta sentuh bersih.
2. Bilas kanta sentuh dnegan MPS ataupun larutan saline.
3. Rendam kanta sentuh di dalam MPS ataupun conditioning solution semalaman ataupun 4 jam sekurang-kurangnya sebelum dipakai semula. Pastikan aras MPS atau conditioning solution mencukupi di dlam bekas rendaman.
4. Sekiranya anda tidak memakai kanta sentuh untuk beberapa hari, MPS di dalam bekas rendaman perlu ditukar setiap malam.

Prosedur mingguan (untuk menanggalkan protein untuk kanta sentuh lembut atau separa keras jenis tetap)
1. Cuci kanta sentuh dengan menggunakan larutan pencuci (cleaner) yang disarankan oleh optometris anda. Gosok kedua-dua permukaan kanta sentuh dengan jari telunjuk agar kanta sentuh bersih.
2. Bilas kanta sentuh dnegan MPS ataupun larutan saline.
3. Rendamkan kanta sentuh jenis lembut dengan protein removal tablet dalam larutan MPS selama beberapa jam. Manakala bagi kanta sentuh separa keras, kanta direndam di dalam protein removal tablet di dalam larutan saline untuk beberapa jam.
(p/s: sila rujuk label setiap produk yang diguankan; ini kerana setiap produk mempunyai cara yang berbeza.)
4. Selepas langkah (2) di atas, bersihkan kanta sentuh dengan cleaner sekali lagi dan rendamkan kanta sentuh lembut di dalam larutan MPS atupun bagi kanta sentuh separa keras di dalam larutan cinditioning solution sekurang-kurangnya selama 2 jam sebelum digunakan.

Prosedur mingguan (bagi bekas penyimpanan kanta sentuh dan aksesori kanta sentuh yang lain)

Antara aksesori kanta sentuh termasuklah berus, penyepit, bekas rendaman dan sebagainya.

1. Bersihkan bekas kanta sentuh, penyepit dan aksesori penjagaan yang lain dengan berus yang khas.

Bersihkan bekas kanta sentuh dengan berus khas.

2. Rendamkan semua aksesori tersebut di dalam air panas selama 10 minit.

Air didih diguanakn utnuk merendamkan semua latan aksesori kanta sentuh.

3. Keringkan semua aksesori yang telah direndam dengan tisu dan didedahkan kepada udara.

Semua aksesori yang telah direndam kemuadiannya dikeringkan dengan udara.

Selamat mencuba =))

8 comments:

  1. kalo x tukar MPS setiap malam ade effect ke kak? :)

    ReplyDelete
  2. yup2. MPS yang tidak ditukar akan menjadi 'rumah' kepada bakteria. Kandungan di dalam larutan MPS itu terdapat nutrient yang digemari oleh bakteria. cucilah bekas kanta sentuh sehingga bersih dan tukarlah larutan itu sekurang-kurangnya sekali sehari.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Saya nk tnya. Larutan pencuci (cleaner) tue penting ke untuk pemakai contact lence tetap (1 year)? Sebab optometris saya x cakap pape pn...

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam. Ya cleaner itu penting jika anda merupakan pemakai kanta sentuh jenis tetap. Boleh sahaja jika anda ingin pakai kanta larutan MPS biasa, namun kesannya mungkin kurang berkesan berbanding cleaner tuh. Ianya ibarat seperti anda menggunakan shampu rambut juga. Rambut akan lebih cantik jika nada menggunakan shampoo + conditioner + rawatan minyak. Kesannya berbeza dengan shampu 3 in 1 kan??? haaa....begitulah juga analogi kepada penggunaan cleaner utk contact lense ini...

    ReplyDelete
  5. Salam Akak Anis,,, sy mohon share info yg saya dapat di sini mngenai kanta lekap.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan. terima kasih buat nurrul sbb share =)

      Delete
    2. salam. akak, nk ty, ada effect x kalau MPS yang diguna tu untuk kanta lengkap lembut, tp digunakan utk jenis kanta yang lain?

      Delete
  6. Mana nak dapat pengepit lens ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...