Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, September 17, 2011

ApaKaH YaNg PeRLu DieLakKaN JiKa MeMaKai KanTa SenTuH???

Jika anda seorang yang suka memakai kanta sentuh, anda haruslah lebih berhati-hati dan prihatin terhadap risiko yang bakal dihadapi semasa memakai kantas entuh. antaranya termasuklah:-

1. Jangan sesekali menggantikan air paip sebagai larutan diinfeksi untuk penyimpanan, pembersihan atau pembilasan kanta sentuh anda. Ini kerana air paip mengandungi bakteria yang akan menyebabkan jangkitan pada mata.

Jangan tiru aksi ini. 

2. Jauhkan daripada terkena tempias air secara terus ke dalam mata, kanta sentuh dan bekas kanta sentuh anda.

3. Pastikan anda tidak terdedah kepada sebarang pencemaran daripada kolam renang atau spa. Sekiranya anda ingin  berenang, anda dikehendaki memakai swimming googles.

4. Keluarkan kanta sentuh anda terlebih dahulu sebelum mandi atau pejam mata dengan kuat semasa membasuh muka dengan pemakaian kanta sentuh.

5. Sekiranya anda memakai kanta sentuh semasa berenang, sebaik-baiknya kanta sentuh tersebut tidak diguankan lagi. Tetapi, sekiranya masih ingin menggunakannya, pastikan ia dibersihkan terlebih dahulu dan dibilas dengan baik sebelum diguankannya semula.

6. Elakkan menyimpan kanta sentuh, bekas kanta sentuh, larutan pencuci kanta sentuh anda ditempat yang berkelembapan yang tinggi seperti di dalam tandas kerana tempat ini terdapat banyak bakteria ataupun kulat yang boleh mencemarkan kanta sentuh melalui udara di persekitaran.

Walau sebersih mana pun tandas itu, elakkan meletakkan kanta sentuh di situ.

7. Pastikan larutan pencuci atau MPS ditukar selepas 3 bualn selepas dibuka botolnya. Manakala larutan saline pula perlu ditukar selepas tempoh satu bulan selepas dibuka.

8. Pastikan anda tidak membiarkan larutan saline atau MPS tidak terdedah kepada udara tanpa penutup untuk satu tempoh yang lama.

9.Jangan mengisi semula larutan saline atau MPS pada bekas larutan yang kecil.

Jangan mengisi semula larutan saline atau MPS ke botol-botol yang lebih kecil.

10. Pastikan anda memakai kanta sentuh terlebih dahulu sebelum memakai sebarang alat solekan. Sebelum membersihakan sebarang solekan, kanta sentuh haruslah dikeluarkan terlebih dahulu.

11. Sekiranya simptom masih ada, segera rujuk kepada optometris atau pengamal penjagaan mata yang lain.

11 comments:

  1. Nice info.. dah lama tak melawat awk.. Dulu Putri pakai contact lens nie.. sekarang tak pakai dh.. sejak contact lens berlipat masuk belakang mata.. sakit.. time tu takut sgt.. dah setahun lebih Putri tak pakai..

    ReplyDelete
  2. mungkin itu sedikit sebnayak telah meninggalkan kesan traumatic pada mata puteri...insha Allah lain kali jika mahu pakai lagi, sila dapatkan pemeriksaan mata yang rapi terlebih dahulu. Bukan ape, salah satu fktor kanta sentuh terlipat mungkin disebabkan oleh pemasangan yang longgar pada mata. Pemasangan yang ngam amat penting utk setiap pemakaian kanta sentuh ini..selamat mencuba...

    ReplyDelete
  3. apa effect dia kalau kta pki kanta sesentuh terkena air ketika memakainya????

    ReplyDelete
  4. itu adalah perkara biasa. Untuk mata yang sihat, maksudnya tiada luka atau seumpamanya, mata kita akan selamat jika terkena air tidak ditapis ini (air paip). Ini kerana mata kita sendiri bukanlah terlalu mudah mendapat jangkitan, ianya dilengkapi dengan sistem pertahanan yang cukup kuat. Tetapi berlainan kepada mata dengan luka atau tidak sihat atau seumpama dengannya. ini kerana seolah-olah kita telah membuka 'pintu pagar' kepada kuman air paip itu untuk masuk kedalam mata dan akhirnya akan menyebabkan jangkitan kuman...wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. o , gtu ya , tq , , , masalahnya saya kalo mengambil wuduk , ketika saya membasuh muka , air memang akan masuk ke dalam mata saya dan mengenai kanta sesentuh saya ,

      Delete
  5. o , gtu ya , tq , , , masalahnya saya kalo mengambil wuduk , ketika saya membasuh muka , air memang akan masuk ke dalam mata saya dan mengenai kanta sesentuh saya ,

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam nak tnye...klu kite brwudhuk,kene bukak lens ke??

    ReplyDelete
  8. salam nak tnye...klu kite brwudhuk,kene bukak lens ke??

    ReplyDelete
  9. Kalau terlekat kat mana tu kenapa yer saya tahan jelah dah 1hari tk dpt cabut haih

    ReplyDelete
  10. bolehkah pakai contact lens ketika snorkelling dlm laut?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...