Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, September 17, 2011

PeMeRiKsAaN mAtA SuSuLaN SeLePas MeMaKai KanTa SenTuH

Ramai yang berminat untuk memakai kanta sentuh. Namun tahukah anda apa yang terjadi kepada mata anda selepas memakai kanta sentuh. jika anda seseorang yang amat menyayangi mata anda, hadirilah pemeriksaan mata susulan selepas pemakaian kanta sentuh. Pemeriksaan ini haruslah dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan kesihatan mata anda masih di tahap yang optimum selepas pemakaian kanta sentuh.

Rasa ingin tahu akan status kesihatan mata selepas memakai kanta sentuh???

Tahukah anda, pemeriksaan susulan mata selepas memakai kanta sentuh adalah mandatori dan WAJIB dihadiri. Jadual dibawah menerangkan masa yang sesuai untuk menemui optometris untuk melakukan pemeriksaan mata berdasarkan jenis kanta sentuh yang dipakai.

Jadual pemeriksaan susulan seperti yang disyorkan berdasarkan jenis kanta sentuh yang dipakai

Antara tujuan pemeriksaan mata adalah untuk memastikan mata sihat dan kanta sentuh juga masih baik utnuk penglihatan dan selamat untuk dipakai. Perlu diingatkan bahawa menghadiri pemeriksaan susulan walaupun tiada sebarang masalah dihadapi semasa pemakaian kanta sentuh.

Sayangilah mata anda. Hadirilah pemeriksaan susulan mata selepas pemakaian kanta sentuh.

2 comments:

  1. salam saya CT...
    saya nak tanya kalau nak buat pemeriksaan mata susulan kita perlu pergi kemana ye??
    thanks

    ReplyDelete
  2. Wsalam CT. Maaf sebab lambat reply. Akak sangat sibuk sekarang. Jika ingin melakukan pemeriksaan mata susulan, anda boleh ke mana-mana outlet optometris yg dilengkapi dengan alat pemeriksaan mata seperti lampu slit biomikroskopi dll. Selain itu, anda boleh berhubung terus di klinik kami di UKM ini untuk temujanji tersebut. Harap maklum terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...