Gambar ini semasa di bilik urutan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.....mungkin Anis sebelum ni memang x berpeluang untuk menulis kerana terlalu sibuk dengan tugasan harian.....sempena post kali ini, anis nak kongsikan tentang lawatan kami pelajar Optometri UKM di Majlis Orang Buta Malaysia......lawatan ini berlangsung pada akhir bulan Januari lepas,sehari sebelum ulangtahun kelahiran anis..........(cewahh mcm promote lak.....)
Antara alat bantu optikal untuk pesakit penglihatan terhad.
Di bilik kedap bunyi untuk rakaman suara.
Bergambar kenangan di hadapan pintu masuk MAB.
Sebelum itu, anis nak tanya kawan2 semua adakah anda pernah menjejakkan kaki di sini? Jika tidak, saya rasa mungkin anda perlu ke sana untuk merasai sendiri bagaimana kehidupan mereka yang telah cacat penglihatan ini dalam meneruskan kehidupan mereka....jika jawapannya ya, saya pernah melawat...adakah anda melawat sahaja ataupun mendaftar dan bertindak sebagai sukarelawan....namun apapun suka saya katakan di sini...lawatan ini bukan lawatan biasa malah sebenarnya satu "lawatan" yang membawa seribu satu pengajaran kepada saya untuk memahami lebih dekat lagi suka duka hidup sebagai OKU penglihatan ini...
8.30 pagi(26/1/2011)
Di saat anis dan kawan2 menjejakkan kaki ke kaunter pertanyaan, anis cukup terkesima apabila receptionist yang bertugas di kaunter tersebut adalah salah seorang yang cacat penglihatan. Ya Allah....Maha Kaya ya Tuhan menjadikan dia walaupun buta pada fizikalnya tapi celik mata hati mereka.....butang2 telefon ditekan seolah2 mereka "melihat".....tiba2 anis dikejutkan dengan pintu pintu pejabat pengurusan belakang dibuka.....seperti orang biasa, orang yang cacat penglihatan ini, berjalan pantas ke pintu lobi lalu membukanya....mereka tidak bertongkat dan tombol pintu itu disambar seolah2 mereka nampak apa yang selalu lakukan...itulah 'first impression' anis semasa di sana....
9.00 pagi (26/1/2011)
Kami kemudiannya dibawa ke bilik mesyuarat di atas untuk mendengarkan sedikit taklimat. Taklimat ini sedikit sebanyak mengenai persatuan ini dan MAB ini, alangkah terperanjat sekali lagi apabila kami diberi taklimat oleh salah seorang OKU penglihatan juga. penceramah tersebut mempunyai masalah mata dengan keadaan matanya yang amat*****(nauzubillah) yang selalu dilihat melalui buku2 yang kami pelajari selama ini. inilah saat dikala hati aku merintih, syukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan penglihatan yang baik setakat ini. apa yang lebih menyayat hati apabila mendengar beliau berkata,'insiden OKU penglihatan di negara ini saban tahun meningkat berlipat kali ganda. Mereka di luar sana tidak reti menghargai apa nikmat penglihatan yang diberiNya'. antara punca insidens kebutaan ini adalah kemalangan di tempat kerja. kurangnya kesedaran orang celik seperti kita ini.
10.00 pagi (26/1/2011)
Kemudian selesai taklimat, kami dibawa melawat seluruh tempat di persatuan ini. Antaranya makmal siber, bilik latihan urutan, bilik braille,bilik penglihatan terhad dan bilik kafe siber. Satu pengalaman yang amat menarik apabila dapat mengetahui tentang kehidupan sebenar golongan OKU penglihatan ini. antara yang menarik adalah bilik urutan. mereka masing2 ingin menunjkkan kemahiran mengurut masing2. wah lega sangat apabila badan dibelai oleh mereka selepas penat berjalan2. selain itu, anis amat menarik apabila melihat bagaimana mereka belajar braille. Kami dimaklumkan bahawa setiap yang disahkan telah kehilangan deria penglihatan ini, mereka akan datang ke sini untuk proses pemulihan(rehabilitation) dan setelah menjalani kursus selama 5 bulan barulah mereka mula diterapkan dengan bidang yang diminati. antaranya urutan, operator talian, IT, dsb.
Mungkin anda tertanya2 bagaimana mereka menggunakan kemudahan teknologi masa kini. ya...mereka sangat cekap. Di sini, mereka diajarkan untuk menggunakan komputer seperti kita tetapi menggunakan perisian JAWS untuk memudahkan mereka menggunakannya. Wah hebat sungguh mereka ini. Kecekalan dalam mendalami ilmu ini harus dipuji kerana ia adalah bukannya sesuatu yang senang. komputer yang mereka ini tidak ubah seperti sebuah komputer yang boleh bercakap. seronoknya.
11.00 pagi(26/1/2011)
kemudian kami dibawa melawat ker perpustakaan MAB. anis amat terpegun apabila melihat semua buku dalam cetakan braille di sini tersusun rapi. kami dimaklumkan kebanyakan cetakan buku ini disumbangkan oleh Amerika Syarikat. Saya mendekati seorang penuntut di sini. dia senang khusyuk menelaah pelajaran. Kami juga dibawa melawat ke bilik2 lain di dalam perpustakaan ini termasuklah bilik kedap bunyi untuk rakaman suara, dan bilik percetakan bahan bacaan. sekali lagi saya terpegun melihat bagaimana seorang yang hilang upaya penglihatan ini sedang menjilidkan novel Ombak Rindu dalam versi Braille.
beliau memaklumkan kepada saya bahawa untuk novel setebal novel itu, buku Braille perlu dicetak lebih kurang 6 jilid. Subhanallah......sekarang baru saya sedar. kecacatan bukanlah penghalang segalanya. Saya amat tersentuh melihat daya dan usaha mereka yang buta ataupun penglihatan terhad ini dalam membaca bahan2 bacaan. Jadi pengajaran untuk kali ini adalah, rajin2lah baca buku dengan penglihatan yang Tuhan bagi setakat ini, sedangkan mereka yang OKU penglihatan juga berusaha sedaya upaya untuk membaca. Sesungguhnya turunnya ayat pertama Al-Quran itulah adalah perintah Allah untuk membaca.
11.30 pagi(26/1/2011)
di bilik penglihatan terhad ini, kami didedahkan dengan pelbagai alat bantu penglihatan untuk golongan yang low vision ini. Alatan ini termasuklah yang optikal mahupun yang bukan optikal. Bukan senang untuk mendapat peluang melihat semua alatan low vision macam ni kerana kosnya yang amat mahal. wah seronoknya mencuba pelbagai alatan ini.
dan akhir sekali, kami ke kafe siber, di sini pelajar di sini cuba menggunakan perisian yang telah diajar untuk memahirkan kemahiran mereka itu. apa yang amat mencuri perhatian saya adalah kebanyakan tenaga pengajar di sini adalah kebanyakannya adalah terdiri daripada golongan yang OKU penglihatan juga. dan antara pesanan terakhir mereka adalah, jika ada peluang bantulah mereka untuk mendaftar sebagai salah seorang daripada sukarelawan di sana.
insya Allah ...................
Konklusinya, jika ada ada kesempatan ini lawatilah mereka. Jika tidak mapu dari segi kewangan, jadilah sebagai salah seorang sukarelawan di sini. dan paling penting, apa yang terpanggil anis untuk menulis catatan lawatan ini adalah utnuk mengingati diri anis anda anda semua tentang kepentingan untuk menjaga, menghargai dan melindungi mata kita selagi mana kita masih diberi kesempatan untuk melihat alam yang fana ini.......
gud job~
ReplyDelete