Selepas mengambil sejarah ataupun riwayat pesakit, anis lega sbb pesakit ni cuma datang nak check mata macam biasa dan bukannya ade simptom ape2. Selepas itu, semua ujian seperti ujian penglihatan (baca huruf tu) diambil. Memang pesakit ini tiada masalah. tiada masalah ngan juling dan sebagaimya. anis dan partner jalankan pemeriksaan macam biasalah iaitu untuk memeriksa keadaan mata daripada hadapan mata sehinggalah belakang mata.
Kesihatan depan mata iaitu kornea dan sebagainya adalah sihat. ini memainkan peranan penting sebab jika pesakit ada kelumumur pada bulu mata, ada ketumbit ker ataupun ada sejarah jatuh and berparut. namun nasib baik pesakit semuanya normal. sehinggalah kami melihat keadaan belakang mata dengan satu alat yang dinamakan oftalmoskopi direk. masha Allah, anis amat teruja apabila pesakit mempunyai nisbah diska optik yang besar, lebih kurang 0.6. Apakah diska optik? Diska optik adalah struktur dalam mata yang tempat segala saraf daripada keluar untuk dihubungkan kepada otak.
Diska Optik Normal
Biasanya pesakit dengan tanda ini, mereka ada potensi mendapat penyakit glaucoma. Tanpa berlengah anis membuat ujian tekanan dalam mata. Pesakit menunjukkan tekanan masih dalan julat normal iaitu 17,18,17mmHg untuk kedua-dua mata. Ah lega sikit ble dapat tahu risiko glaukoma itu tdiak ada. namun anis masih tertanya-tanya apakah penyebab kepada kedaan diska optik yang besar ini?? Selepas diperiksa, pesakit didapati normal sahaja. tahukah kenapa?? sebab ada sesetengah manusia dilahirkan dengan saraf yang agak besar. apa langkah yang dapat kami lakuakn adalah cuma dengan menasihatkan pesakit supaya selalu membuat pemeriksaan mata selama setahun sekali dan jika ada peluang, bawa adik beradik dan ibu bapa untuk pemeriksaan mata. ini untuk memastikan keadaan ini adalah faktor genetik dan bukannya sebab patologi.(penyakit)
walawehh~
ReplyDeletehaha hai awak. sye 1st time conteng2 kat blog awk ni. hik hik gud job bebeh!
nnt ade mase singgah la kat blog sye.
plazarahtingkat21 blogsepot
^^
haha peace (^-^)V
even saya xtahu sape awak.....tapi mungkin saya dapat teka sape "silent reader" saya ni....btw tq ya....huhuhu
ReplyDeletesy ske bc blog awk sbb sy amat bminat utk furthr dlm bdng optometry nih.!`
ReplyDeletekeep on writing!~
terima kasih. teruskan membaca, insya Allah semoga awak dapat mencapai cita-cita sebagai pelajar optometri itu....
ReplyDeleteAssalamualaikum..blh ke saya tahu berapa bacaan nisbah diska optik yg bagi mata yg normal?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. nisbah dari 0.2 hingga 0.4. Sila rujuk sini http://www.iovs.org/content/9/6/425.full.pdf
ReplyDelete