Apa yang saya ingin perkatakan pada post kali ini adalah seperti post-post yang lepas jugak; iaitu berkaitan dengan aktiviti yang saya hadiri. Ini adalah berkaitan dengan aktiviti wawancara bersama Dekan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) pada malam Selasa yang lepas iaitu 25/01/2011. Antara isi kandungan yang amat menarik sehingga saya ingin berkongsi di sini adalah berkaitan dengan strategi kebiasaan yang boleh memacu kepada kejayaan iaitu lingkaran pengaruh ataupun ‘cicle of influence’. Sebaik sahaja balik daripada wawancara tersebut, saya terus menarik untuk mencari apakah yang beliau maksudkan.
Owh sekarang baru saya tahu, sebenarnya lingkaran ini telah disebut dalam salah satu buah buku yang dikarang oleh Stephen Covey.
Salah satu daripada petikan dalam buku ini adalah seperti berikut:
Of all the good suggestions in The 7 Habits of Highly Effective People, "Habit 1: Be Proactive" is particularly useful when you feel powerless against life's forces. Covey recommends you examine what you can do instead of focusing on worries over which you have no real control. First notice all your concerns.Then, among those concerns, determine where you can take action.
Maksudnya, salah satu cadangan yang diutarakan oleh Stephen Covey adalah untuk kita menjadi proaktif. Ini lebih mudah diterangkan daripada gambarajah.
Dalam lingkaran hidup kita ini, terdapat dua elemen yang boleh membawa kepada fokus terhadap kita. Pertama ialah lingkaran pengaruh dan kedua lingkaran kebimbangan. Untuk pengetahuan semua, lingkaran pengaruh adalah kebiasaan yang boleh diubah oleh diri kita sendiri manakala untuk lingkaran kebimbangan, kebiasaan kita yang boleh diubah oleh oarang atau keadaan sekeliling.
Untuk fokus yang proaktif, lingkaran pengaruh adalah lebih besar berbanding lingkaran kebimbangan. Sebagai contoh yang telah diberikan oleh Dekan FSKB adalah berkaitan bangun pagi. Apakah kebiasaan yang memaksa ada bangun pada setiap pagi? Situasi (1): Adakah sebab memang diri kamu hendak bangun pagi dan sembahyang subuh?, ataupun situasi (2): anda bangun pagi sebab takut terlewat ke kelas dan takut dimalukan oleh pensyarah?. Situasi(1) itu adalah sebenarnya lingkaran pengaruh. Situasi (2) pula adalah lingkaran kebimbangan. Jika anda bangun selalu terlambat setiap pagi, mungkin anda banyak pada lingkaran kedua. Ini kerana berdasrkan petikan Covey di atas, which you have no real control. Ia adalah luar kawalan sebenar. Fikir-fikirkanlah.
Jika anda fikirkan sesuatu yang berkaitan fokus yang proaktif, maka lingkaran pengaruh adalah lebih besar berbandingkan lingkaran kebimbangan. Ini berbeza dengan fokus yang reaktif iaitu lingkaran kebimbangan adalah lebih besar berbanding lingkaran pengaruh. Jadi apakah penyelesaian jika anda berada dalam situsi kedua ni iaitu fokus reaktif?
Jadi Covey mencadangkan, jika anda berhadapan dengan masalah yang membawa kepada anda menjadi lemah semangat dan sebagainya, anda perlu jadi proaktif. Anggaplah lingkaran pengaruh ini untuk menjdai senjata kepada anda. Anda perlu fikir untuk menjadikan anda itu perlu jadi sebahagian daripada penyelesaian berbanding anda bukan sebahagian daripada masalah.
"Being proactive is about taking responsibility for your life. You can't keep blaming everything on your parents or grandparents. Proactive people recognize that they are "response-able." They don't blame genetics, circumstances, conditions, or conditioning for their behavior. They know they choose their behavior.
Jadi kesimpulan yang ingin disampaikan oleh Dekan FSKB adalah, anda tidak mungkin untuk ubah sistem yang telah ditetapkan untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan (lingkaran kebimbangan). Apa yang sebaliknya yang boleh dilakukan adalah dengan belajar bersungguh-sungguh (lingakaran pengaruh) iaitu mengubah diri kita sendiri.
No comments:
Post a Comment