Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, February 26, 2011

PeSaKiT KeEmPaT: AnTiMeTRoPiA

Antimetropia      

      Pesakit kali ni plak special sket, sebab die merupakan salah seorang pelajar perubatan yang balik tempoh hari kerana rusuhan. Daripada pemerhatian luar sahaja, dia kelihatan normal sahaja. Daripada sejarah pesakit, dia menyatakan mata kirinya kabur tapi apabila mata muka kedua-duanya penglihatan jelas. apabila ujian tahap penglihatan dibuat, memang penglihatan mata kiri kabur. dia cuma dapat membaca carta huruf yang paling besar sahaja pada jarak jauh.

      Apa yang berlaku ni??? mungkin sebab apa yer?? sebab pesakit kata dia mula perasan keadaan ini sejak tingkatan satu lagi. lama dh tuh....dia sekarang dah tahun 5 perubatan. apapun pemeriksaan mata perlu dijalankan. apabila dilakukan ujian untuk mendapatkan kuasa mata pesakit, sekarang baru saya sedar, rupa-rupanya pesakit ini mempunyai rabun jauh pada mata kiri dan mata kanannya ada rabun dekat. Subhanallah macam mana tuh?? yer....perkara ini boleh berlaku tapi jarang sekali.

       macam mane pesakit saya ini boleh menjalani kehidupan selama ini dengan penglihatan macam ni selama ini?? sedangkan daripada sejarah juga, dia tidak pernah memakai cermin mata. ini amat hebat. setelah menjalani ujian 3D(3 dimensi) yang pakai spek macam google wayang 3D tuh, saya mendapati pesakit ini tidak dapat melihat objek seperti ita lihat dalam 3D dah. maksudnya pesakit telah hilang sistem penglihatan yang menggunakan dua mata atau binocular vision(BV) beliau. Pesakit tanpa 3D ini amat susah untuk menganggar jarak sebenarnya. Terutamanya untuk parking dan sebagainya.

alat untuk ujian kebolehan mata melihat 3D

        Owh...sekarang baru saya faham. Cantik sungguh kejadian yang Tuhan bagi dekat orang yang mempunyai masalah penglihatan seperti ini. Patut la pesakit ini menyatakan bahawa dia tidak mempunyai masalah penglihatan pada jarak dekat dan jauh semasa membuka mata dia. ini kerana pesakit ini telah menggunakan penglihatan monovision. otaknya telah mendapat ransangan iaitu:

  •  dia akan menggunakan mata kanan (rabun dekat) untuk melihat jauh=>penglihatan jauh jelas tapi mata kiri tidak berfungsi pada masa ini.
  • dia akan menggunakan mata kiri (rabun jauh) untuk melihat objek dekat=> penglihatan dekat jelas tapi mata kanan tidak berfungsi pada masa ini.

keadaan mata kiri pesakit
keadaan mata kanan pesakit
     Apabila diberi kuasa mata seperti yang diperolehi, pesakit mula merasa pening sebab saiz imej yang dihasilkan oleh kedua-dua kanta yang berbeza untuk kedua-dua mata(mata kanan=kanta cembung,mata kiri=kanta cekung). Tambahan lagi, pesakit tidak pernah memakai kaca mata sejak dulu, jadi proses adaptasi terhadap kaca mata adalah amat sukar. Jadi penyelesaian terbaik adalah dengan menggunakan kanta sentuh (contact lenses). pesakit dirujuk ke Klinik Kanta sentuh untuk temujanji seterusnya.
                    
kanta sentuh untuk mata kiri sahaja adalah terbaik

       Moral of the story: kalau ada rasa masa x selesa ataupun kabur tuh, sila jumpa dengan optometrist ataupun doktor terus. ini bagi mengelakkan masalh seperti pesakit di atas ini.

4 comments:

  1. Salam,

    Saya baru2 ni ada cek mata di pesta konvo ukm under fakulti kesihatan berseketu. Hasil pemeriksaan mendapati mata kiri saya ok, tiada masalah cuma mata kanan saya ada masalah. Pemeriksaan rabun menunjukkan mata kanan saya ada rabun jauh dan dekat sekali, saya juga ada juling dekat/pendam, jadi apakah masalah mata saya?memang bila saya tutup mata kiri saya tak boleh nampak jelas baik dekat ataupun jauh. dan sekarang saya pakai cermin mata yg mana sebelah kanan utk rabun dekat dan kiri tiada power. jadi apa pendapat akak ye?saya pelajar ukm kampus bangi

    ReplyDelete
  2. Wsalam.
    Alhamdulillah adik dh berjaya ke program screening tersebut. berdasarkan apa yang adik terangkan di atas, saya tidak boleh membuat diagnosis atau tafsiran daripada masalah adik alami tersebut melainkan cuma dengan pemeriksaan dengan teliti. Pada hari tersebut cuma dijalankan saringan sahaja. Nasihat saya, buat mase sekarang, adik perlu datang ke klinik kami di UKMKL untuk periksaan secara menyeluruh dan percuma untuk mengetahui punca, jenis masalah mata dan juga penyelesaian untuk masalah ini....untuk temujanji, bolehlah hubungi klinik untuk pemeriksaan tersebut di talian 03-9289 7000. =)

    ReplyDelete
  3. Oh ok, terima kasih..tp nak buat temujanji tu lama ke?ada sampai berbulan2 ke baru dapat turn?huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya x sampai berbulan-bulan. apepun ianya berdasarkan perjalanan jadual temujanji...mungkin boleh berhubung terus dgn kaunter. saya kurang pasti....selamat mencuba..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...