Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Thursday, November 8, 2012

Apa BeStNyer KonVo Nie???? BhgN: 1

Wah sudah terasa begitu lame Cik 'optometris' Anis Suzanna menyepi daripada menggarap di blog perjalanan optometri ini. Mohon maaf yer kepada yang tertunggu-tunggu 'update' kat sini. Bukan aper sudah sibuk...mase orang sudah bekerja lain sikit....walau apepun terima kasih kerana sudi bace blog ini. =)

Apa kisahnya kali ini....wahai Cik Optometris Anis Suzanna????? Hai dunia, 22 Oktober 2012 saya sudah selamat konvo. =) Alhamdulillah.... Banyak ucapan tahniah telah diterima oleh Cik Optometris Anis Suzanna. terima kasih yer semua. wah macam gaya artis gituh....dan inilah salah satu bestnyer konvo....wohooo.

Seronok sangat dengar ucapan tahniah....

Namun begitu, walaupun saat-saat Cik Optometris Anis Suzanna nak konvo sekalipun, banyak juga dugaan yang diterima. Antara kesahnya semasa ingin mengambil jubah. Nak dibuatkan cerita, semasa proses pengambilan jubah, para mahasiswa dikehendaki datang untuk mengambil jubah tersebut di UKM Bangi. Namun begitu, setelah penat menunggu kini tibalah giliran Cik Optometris Anis Suzanna untuk mengambil jubah tersebut. tapi tahukah anda Cik Optometris Anis Suzanna tidak berjaya mengambil jubah tersebut kerana tiba-tiba ada hutang pelajar. Tara..................

Apakah cubaan ini ya Allah....sedihnya apabila dapat tahu 'all of sudden' Cik Optometris Anis Suzanna ada hutang sedangkan semua rakan-rakan berjaya mengambil jubah tersebut. Yang menyedihkan lagi, Cik Optometris Anis Suzanna dimaklumkan hutang tersebut adalah yuran kolej luar semester yang boleh saya katakan ianya seperti 'yuran tersembunyi'. Apakah??? Sedangkan Cik Optometris Anis Suzanna sudah selesaikan semua bayaran tersebut sebelum keluar daripada kolej lagi. ='(

Kesedihan itu tidak berpanjangan. Setelah berhempas-pulas mendapatkan 'penyelesaian' terhadap hutang tersembunyi itu, akhirnya jubah yang sangat berharga itu telah berjaya ku miliki. terharu sangat...tiba-tiba saat itu terdetik perasaan, bersyukur yang amat sangat. tulah, walaupun benda kecil sahaja nilainya, jika kita kehilangannya, terasa seperti terganggu sangat dengan nilai benda 'kecil' tersebut. Antaranya jubah tulah. huhuhuhu....

Wah sangat hargai semua ini....susahnya nak dapat...


Wahai jubah dan goodies bag....susahnya kita mahu bersama....


Wah jubah Cik Optometris Anis Suzanna...pink kaler...

Tetapi apabila difikirkan balik....teringat pula Cik Optometris Anis Suzanna kepada video Matlutfi ini.....tajuk: Masalah.

Kita dah plan lekloh dh, tetapi tiba-tiba ada masalah terjadi. tidak guna kita buat benda bukan-bukan, baiklah kita cuba usaha selesaikan. tetapi saat-saat inilah yang dikatan 'when your emotion are fully tested'. 

Terima kasih Allah atas pertolongan-Mu, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menolong saya dalam semua hal selama ini, terima kasih matlutfi atas video ini. =) Dengan adanya masalah begini, yang menambahkan lagi 'besnyer konvo ni'.......jumpa lagi di post akan datang bahagian seterusnya...dalam siri Apa BeStNyer KonVo Nie????

Tuesday, July 3, 2012

Saat-saat AkHir MaSaku di Universiti

Senyum sokmo....

Saat-saat akhir masaku di Universiti....banyak pengisian yang telah dirancang di dalam kurikulum pembelajaran Sarjana Muda Ijazah Optometri ini. Setelah penat menjalani sesi praktikal, kini tibalah saat yang dinanti-nantikan untuk sesi ujian....sebagai salah seorang pelajar optomertri, ujian bukanlah sesuatu yang asing lagi. Boleh dikatakan setiap hari itu ibarat ujian...pelbagai pancaroba dan halangan ditempuhi untuk menempa kematangan dalam bidang ini....

Namun kini adalah salah satu ujian yang besar dilanda dalam masa seminggu dua ini iaitu sesi :-
1. Ujian praktikal klinik kanta sentuh
2. Ujian klinikal klinik optometri
3. Viva bersama professor terkemuka di dunia optometri ini.
4. Presentation hasil tesis.
Anis akan berkongsi cerita di sini, satu demi satu untuk semua. Dimulai dengan....

1. Ujian praktikal Klinik Kanta sentuh

Kanta sentuh merupakan subkepakaran dalam jurusan optometri ini. Sebagaimana ubat, yang perlu dipreskripsikan oleh doktor bertauliah dan ahli farmasi, kanta sentuh juga perlu dipreskripsikan. Orang yang paling bertauliah dalam bidang ini adalah ahli optometris. Oleh sebab itu, ujian tahun akhir praktikal klinik kanta sentuh adalah penting untuk setiap pelajar optometri ini. Didalam bidang ini, terdapat 3stesen dibahagikan mengikut keperluan dalam klinik kanta sentuh ini. Semua stesen ini perlu mendapat markah minima sebanyak 10 daripada 14 markah untuk lulus. Alhamdulillah anis lulus semua ujian ini dengan jayanya. Terima kasih kepada para pensyarah......

Kenangan memilih kanta sentuh di klinik Optometri UKM....

2. Ujian klinikal Klinik optometri

Ujian ini merupakan ujian utama dalam menguji kemahiran seseorang pelajar optometri. Ujian dijalankan ke atas pesakit seperti pemeriksaan biasa dijalankan di klinik sepanjnag tahun ini. Pelajar diberikan masa selama 1jam 30 minit untuk menyiapkan semua pemeriksaan mata rutin bagi pesakit optometri. Jika semua berjalan lancar, pelajar akan lulus atas budi bicara penyelia a.k.a senior optometri yang memerhatikan setiap gerak-geri anda itu. Namun begitu, anis berasa bertuah kerana anis dapat penyelia dari dalam negara iaitu pensyarah kami juga. Tetapi ada juga kawan anis yang mendapat penyelia daripada luar negara. alhamdulillah rintangan ini juga anis lulus.

Klinik oh klinik...aku pasti merindui mu....

Setelah hampir setahun bermain di bilik ini...akhirnya segalanya berakhir...

3. Viva bersama professor terkemuka didunia optometri.

Viva ini bukanlah viva biasa. Biasanya viva adalah berkaitan kajian anda buakn?? Namun viva dalam istilah pelajar optometri adalah viva berkaitan dunia pengetahuan optometri. bak kata pensyarah anis 'the questions all under the sun'. hahahaha.....namun begitu bukan semua pelajar optometri tahun akhir terlibat. Cuma insan yang terpilih sahaja yang akan dipanggil untuk sesi viva selama 20 minit ini. Seramai 10 orang pelajar bertuah telah terpilih dalam sesi viva ini, salah seorangnya adalah ANIS....taraaa.....!!!!. Masha Allah Tuhan sahaja tahu apa perasaan ketika diumumkan itu.....namun masih dalam keadaan sedar dan waras. Macam-macam soalan yang tidak diduga telah ditanya. Semuanya bermula daripada tahun satu hinggalah ke soalan tahun 4. Banyak juga yang ditanya, tapi alhamdulillah semuanya ok.....

Sili klik SINI untuk maklumat lanjut tentang beliau....
Inilah panel viva anis...Prof. Dr. John Siderov daripada Anglia Ruskin Unversity, UK.

4. Presentation hasil tesis

Inilah saat-saat yang dinanti-nantikan sebelum penerbitan sesebuah kajian tahun akhir atau tesis itu dijilidkan. Pembentangan yang mengambil masa 15 minit ini amat menduga jiwa sebagai seorang penyelidik dan juga optometri ini. Kajian yang sebelum ini dijalankan seperti menatang minyak yang penuh akhirnya pada hari inilah ditonjolkan dan dikongsi di khalayak ramai. Sebagai penyelidik, memang jiwanya begitu. Ada yang bersetuju, dan ada juga yang mengkritik. Semuanya perlu bertabah. Alhamdulillah semua ujian ini dapat ditempuhi dengan jayanya. Alhamdulillah anis lulus.....

Alamak terbukti betapa bersemangatnya Anis Suzanna nie...hihihi

Pembentangan terakhir sebagai pelajar Optometri.

Impian jadi kenyataan...alhamdulillah. Terima kasih semua....

Setelah selesai semuanya, insha Allah, anis kini sudah hampir ke ujung menara gading. Insha Allah, walaupun anis sudah berjaya mendapat segulung ijazah, setiap ilmu yang didapati lepas ini pastinya dikongsikan di sini. Kerna perkongsian ini adalah sebuah perjalanan. Lulus bukan bermakna berhenti, lulus  bermakna bermulanya satu era perjalanan yang baru. 

p/s: Sebab itu tukar background baru, maklumlah perjalanan baru. Insha Allah semakin mantop!!!! (nada Ustaz Zamri)

Saturday, June 30, 2012

MajLis MaKan MaLam OptoMetri Terakhir Sepanjang BergeLar MahasisWa OptoMetri

Majlis Makan Malam Optometri 2012.

Majlis makan malam optometri biasanya akan diadakan setiap tahun bagi meraikan senior optometri tahun 4 yang bakal bergraduasi tidak lama lagi. Seperti tahun-tahun sebelum ini anis akan datang sebagai pelajar yang menganjurkan makan malam, taau sebagai 'tukang makan' sahaja. Nmaun untuk kali ini anis datang untuk diraikan...satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Antara yang mencuri perhatian adalah gelagat junior-junior yang membuat persembahan.

Persemabhan dalam ingatan...

Terhibur juga dengan gelagat dan pakaian yang dikenakan oleh para pensyarah ini.

Bersama Prof. Madya Dr. Haliza.

Masa ini juga tidak disia-siakan untuk dimanfaatkan untuk bergambar bersama-sama dengan junior optometri dan rakan-optometri dan juga pensyarah.

Bersama para supervisor a.k.a senior optometri.

Yang paling tidak dapat dilupakan adalah apabila anis terpilih untuk memenangi anugerah senior yang paling 'friendly'. Terima kasih semua...

Mrs friendly optometry

Untuk dinnier kali ini, anis rasakan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan selain dengan makanan yang enak yang dihidangkan di Hotel Royale Bintang, Bukit Bintang. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjurannya.

Kenangan yang diabadikan bersama rakan seperjuangan.

TemuduGa OptoMetri di Fakulti Sains Kesihatan, UKM.

Salam semua...pejam pejam celik hari ini dah hari terakhir bulan Jun. Anis perlu laju meng'update' blog yang dh bersawang ni...ini semua gara-gara projek tahun akhir dan peperiksaan akhir yang telah berlangsung sepanjang bulan Jun ni, menyebabkan anis tiada masa nak lakukan update di sini. Maaf semua.... Apa yang berlangsung sepanjang bulan Mei-Jun ini???

Banyak sangat iaitu salah satunya sesi temuduga oleh syarikat - syarikat swasta yang berkaitan dengan bidang optometri ini yang berlangsung baru-baru ini di fakulti kami. Antara syarikat swasta yang mengambil bahagian dalam sesi temuduga ini adalah termasuklah:-

1. Optimax Sdn. Bhd
2. Better Vision Optometry Sdn. Bhd
3. Utama Optometry Sdn Berhad.
4. Menara Optometry Sdn Berhad.

Salah seorang rakan semasa interview....kredit to Shaz' Ain

Disini saya sebenarnya ingin berkongsi bagaimana peluang pekerjaan yang berkaitan optometri yang senang diperolehi. Ramai yang bertanya kan senang ke nak kerja dalam bidang ini, nah inilah peluang yang datang bergolek depan mata anda. Setakat ini peluang optometri ini amat mudah diperolehi, tinggal nak buat pilihan sahaja.

Tengah kusyuk isi borang interview nie...

Jadi nasihat saya, jika anda ingin menceburi diri dalam bidang ini janganlah takur berkaitan soal pekerjaan. Peluang itu datang dengan mudah sekali. Siap ada interbiu di tempat anda kerja lagi, x perlu susah ke pesta kerjaya untuk mencari pekerjaan. Selamat mencuba =)

Wednesday, May 23, 2012

ReKaHaN Di RumaHKu....Masih SeLamat LaGi Ke??

Pada Sabtu yang lepas, satu kejadian yang tidak dapat dilupakan berlaku kepada kami serumah. Sedang asyik bersembang, tiba-tiba kedengaran seperti permulaan rekahan, seakan-akan seperti keadaan yang digambarkan di dalam cerita 2012.

Bunyi yang disangkakan daripada lantai itu kedengaran semakin kuat bunyi. Ini mencetuskan satu keadaan yang panik. Tanpa berfikir panjang, kami terus mencapai kunci dan keperluan yang lain untuk menyelamatkan diri. Tanpa berlengah, kami lari ke arah lif berdekatan. Memandangkan rumah saya terletak di tingkat 21, lif mengambil masa agak lama sedikit.

Setelah memanggil pegawai keselamatan rumah kami, kami memberanikan diri untuk membua pintu. Kami bergerak perlahan-lahan ke arah ruang tamu tempat bunyi tadi. Alangkah terkejutnya kami mendapati lantai rumah kami telah menjadi begini.




Kmai dinasihatkan untuk mengosongkan ruangan ini. Sehingga kini, terdapat lagi retakan susulan. Semoga tiada apa-apa yang teruk akan berlaku. Menurut pegawai tersebut, ini terjadi disebabkan jubin di rumah kami merekah akibat terlalu panas sekarang. Pemasangnnya juga agak rapat.

Doakan kami semua selamat ya. Terima kasih.


MaLaYSiaN OPtoMetRy StudenTs SeMinAR 2012 @ UIA Kuantan

Pelajar tahun akhir optometri 2012 daripada UKM.

Di Dwan Utama UIA Kuantan.

Pada 12 Mei yang lalu, kami pelajar tahun 4 optometri 2012 telah menghadiri satu seminar di UIA Kuantan. Antara aktiviti yang diisi semasa konferens ini adalah ceramah oleh pensyarah dari Cardiff University, United Kingdom, pertandingan poster kajian dan persembahan oral wakil setiap universiti. Oleh sebab aktiviti bermula seawal 8.00 pagi, kami bertolak ke Kuantan pada petang Jumaat. Kami telah menempah salah sebuah hotel di bandar Kuantan.

Berkumpul untuk bertolak ke Kuantan.

Konferens ini mungkin kelihatan lain sedikit kerana pelajar bukan Islam diminta untuk menutup sebahagian mereka juga. Memang sporting habislah classmate anis ni...lihatlah gelagat mereka.

Meminta rakan memakaikan selendang untuk beliau.

Kawan saya Wei Sia dan Patricia manis mengenakan selendang.

Aktiviti berlangsung di Dewan Utama, Universiti Islam Antarabangsa Kuantan. Kami semua dirai dengan penuh kemesraan. Bermula dengan pendaftaran, kami amat teruja untuk mendengar ceramah yang akan diberikan. Tajuk cerah adalah berkaitan dengan Glaukoma dan cara mengesannya yang disampaikan oleh pensyarah jemputan Dr. NJL Sheen daripada Cardiff University.

Mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr. NJL Sheen.

Tidak melepaskan peluang untuk bertanya soalan kepada penceramah.

Setelah mendengar ceramah yang diberikan. Debaran seterusnya adalah pembentangan poster kajian. Dalam aktiviti ini anis mengambil bahagian. Dan panel penilainya adalah Dr. NJL Sheen sendiri. wah bertapa berdebarnya saya...alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun tidak memenangi hadiah pembentang terbaik, namun tiada apa yang dapat digambarkan dengan pengalaman yang diterima semasa, sebelum dan selepas pembentangan poster tersebut. Kajian anis adalah berkaitan dengan pergerakan mata di kalangan pelajar sekolah normal.

Penerangan demi penerangan diberikan...kelihatan panel tertunduk sedikit, rendahnya saya....

Hahahaha...langsung tertuduk panel penilai ini...alahai rendahnya saya...

Selain daripada panel penilai, anis juga berpeluang untuk menjawab soalan berkaitan kajian ini oleh pengunjung yang bertandang ke ruangan poster anis. Alahamdulillah walaupun dihujani dengan pelbagai soalan yang di dalam atau dilaur kotak pemikiran, anis dapat menjawabnya.

Pengunjung di ruangan poster anis...

Banyak juga soalan yang diluar jangkaan diajukan...

Setelah poster dibentangkan, kini tibalah aktiviti pembentangan oral bagi setiap wakil universiti pula. untuk wakil UKM, kami diwakili oleh raan seperjuangan iaitu saudari Jaclyn Thye Jia Ying yang melakukan kajian berkaitan dengan kanta sentuh. Kami berbangga dengan pembentangan yang telah diberikan dengan jayanya. atara universiti lain ang mengambil bahagian adalah UIA dan juga Twintech.

Jaclyn membentangkan oral berkaitan kajian tahun akhir beliau.

Ini merupakan tajuk pembentangan beliau.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Semoga konferens seperti ini dapat dilakukan pada masa-masa yang akan datang. Selain dapat berkongsi pengetahuan, kami semua dapat juga pengalaman baru di tempat baru. contohnya kami dpaat mengenali UIA Kuantan ini.

Pemandangan sekitar bangunan di UIA Kuantan ini.

Bergambar sebelum bertolak pulang.

Kami dapat menggondol tempat pertama pembentangan poster. Semoga dengan perkongsian maklumat ini dapat mengembangkan lagi ilmu optometri di bumi Mlaysia ini.

Pemenang tempat pertama pembentangan poster dari UKM.

Semoga kejuaran ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Sekian terima kasih.

SuntiKan RuBella SanGat PenTinG UntuK Mata

Post ini adalah berkaitan dnegan salah seorang pesakit anis yang telah mendapat masalah penglihatan terhad kerana ibu beliau telah dijangkiti penyakit rubella semasa mengandungkan beliau. Oleh sebab itu, nasihat saya, sebelum mengandung, anda perlu memriksa tahap imunisasi dalam diri anda. jika perlu, dapatkan vaksin rubella sebelum kehamilan.

Gambar hiasan.

Apakah kesan jika anda dijangkiti rubella ketika hamil??

Virus tersebut memang menyerang tidak lama, namun kesannya teruk menyerang kandungan anda. Antaranya boleh menyebabkan masalah pada otak, kebutaan (akibat katarak dan lain-lain), pekak dan banyak lagi komplikasi lain.

uam pada kulit pada pesakit yang dijangkiti dengan penyakit rubella.

Anak yang dilahirkan nanti juga akan mendapat sindrom bayi rubella iaitu mempunyai masalah mata seperti katarak dan juga masalah otak.

Beginilah keadaan mata pesakit jika dijangkiti rubella semasa di dalam kandungan ibu.

Antara komplikasi sindrome rubella pada bayi.

Oleh itu, pemeriksaan imunisasi dan suntikan vaksin amat penting sebelum anda hamil untuk mengelakkan jangkitan virus ini semasa mengandung kelak.

Harap maklum, selamat mencegah. Mencegah lebih baik daripada mengubati.


SinDroM Duane PaDa Mata

Apakah sindrom Duane?

Sindrom Duane ini adalah penyakit sejak kelahiran berkaitan dengan pergerakan mata akibat daripada penyambungan saraf yang salah pada  otot-otot pada mata.

Sindrom ini merupakan sindrom yang berkaitan dengan mata. Tidak seperti Sindrom Down, sindrom ini memang tidak popular di kalangan masyarakat kita. Sindrom ini cuma berkaitan dnegan mata. Sekali pandang, pesakit dengan sindrom ini adalah seperti normal sahaja. Namun begitu, jika diteliti dengan baik, pergerakan matanya memang banyak bezanya dengan keadaan yang normal.

Baru-baru ini, anis berpeluang untuk merawat pesakit dengan sindrom yang telah datang ke klinik kami. Sindrom ini kebanyakannya dikesan di kalangan kanak-kanak. Oleh sebab itu, keprihatinan ibu bapa dan guru amat penting dalam mengesan tanda-tanda penyakit ini.

Ini merupakan gambar yang sempat dirakam semasa sesi ujian mata pesakit dengan sindrom ini yang telah diedit.

Ujian pergerakan mata pada pesakit dengan sindrom Duane.

Antara tanda-tanda yang dapat diperhatikan pada pesakit dengan sindrom ini adalah:-
1. Mata susah bergerak ke arah telinga. (limitation on abduction)
2. Bukaan mata kan menjadi kecil jika cuba menggerakkan mata ke arah hidung. (narrowing palpebral fissure when attempt adduction)
3. Bukaan mata akan menjadi semakin besar dan terbonjol keluar semasa mencuba melihat ke arah telinga (protrusion and widening palpebral fissure on abduction)
4. Masalah kepala menjadi ketelengan (Marked abnormal head posture)
5. Masalah mata juling. (Strabismus)
6. Masalah mata malas (Amblyopia)

Masalah ini merupakan masalah sejak kelahiran dan ianya adalah kekal. Namun begitu, bagi masalah seperti rabun, juling dan mata malas, rawatan perlulah dimulakan seawal yang mungkin. Dengan rawatan ini sekurang-kurangnya kita dapat membantu sedikit sebanyak masalah penglihatan bagi pesakit dengan penyakit sindrom ini.

Sekian, terima kasih.

Friday, April 27, 2012

PeSaNan UnTuK PemAkai KanTa SenTuh UntUk MaJLiS MakaN MaLam

Saban tahun, pelajar-pelajar tahun akhir ini akan dihidangkan dengan pelbagai stress dan lambakan kerja. Maka majlis makan malam diadakan untuk meraikan pelajar tahun akhir ini yang kuat dan gigih belajar demi segulung ijazah ini. Anis tertarik untuk komen mengenai pemakaian yang berkaitan dengan kanta sentuh semasa ke majlis makan malam. 

Kenangan makan malam.

Tidak dinafikan, mata perlulah tampil yakin pada malam tersebut.

Cadangan make-up pada mata.

1. Waktu pemakaian kanta sentuh. 

Rancang masa pemakaian kanta sentuh anda.

Jika ingin memakai kanta sentuh semasa makan malam ini, anda mestilah merancang jadual pemakaian berdasarkan kanta sentuh yang anda pakai. Contohnya, jika kanta sentuh anda jenis berwarna, anda tidak digalakkan untuk memakainya selama lebih 8 jam. Jadi, jika makan malam anda bermula jam 8 malam sehingga 12 tengahmalam, anda perlulah pakai kanta sentuh tersebut pada waktu petang dan bukannya daripada pagi. Ini penting untuk mengelakkan kejadian overwear kanta sentuh dan mata kurangnya oksigen.

2. Cara pemakaian kanta sentuh.

Anda dinasihatkan untuk memakai kanta sentuh sebelum memakai kanta sentuh. Ini utnuk mengelakkan sebarang bentuk mekap utnuk melekat apda kanta sentuh semasa dipakaikan ke mata. Tapi jika make-up anda daripada jenis alcohol atau mudah larut air, sila pakai sebelum memasukkan kanta sentuh ke mata. 
.: Jika make-up oil based (basuh tangan--> kanta sentuh--> make-up)
.: Jika make-up alcohol based (make-up--> basuh tangan --> kanta sentuh)

Kebanyakan make-up adalah creme atau oil based, jadi pakai selepas memakai kanta sentuh.

Pelbagai semburan adalah alcohol based, jadi pakai sebelum memakai kanta sentuh.

Untuk pelajar yang akan ke makan malam, ingat pesan di atas yer. Dan yang paling penting adalah BASUH TANGAN SETIAP KALI MENGENDALIKAN KANTA SENTUH. Selamat berseronok di makan malam semua.

Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...