Sindrom Duane ini adalah penyakit sejak kelahiran berkaitan dengan pergerakan mata akibat daripada penyambungan saraf yang salah pada otot-otot pada mata.
Sindrom ini merupakan sindrom yang berkaitan dengan mata. Tidak seperti Sindrom Down, sindrom ini memang tidak popular di kalangan masyarakat kita. Sindrom ini cuma berkaitan dnegan mata. Sekali pandang, pesakit dengan sindrom ini adalah seperti normal sahaja. Namun begitu, jika diteliti dengan baik, pergerakan matanya memang banyak bezanya dengan keadaan yang normal.
Baru-baru ini, anis berpeluang untuk merawat pesakit dengan sindrom yang telah datang ke klinik kami. Sindrom ini kebanyakannya dikesan di kalangan kanak-kanak. Oleh sebab itu, keprihatinan ibu bapa dan guru amat penting dalam mengesan tanda-tanda penyakit ini.
Ini merupakan gambar yang sempat dirakam semasa sesi ujian mata pesakit dengan sindrom ini yang telah diedit.
Ujian pergerakan mata pada pesakit dengan sindrom Duane.
1. Mata susah bergerak ke arah telinga. (limitation on abduction)
2. Bukaan mata kan menjadi kecil jika cuba menggerakkan mata ke arah hidung. (narrowing palpebral fissure when attempt adduction)
3. Bukaan mata akan menjadi semakin besar dan terbonjol keluar semasa mencuba melihat ke arah telinga (protrusion and widening palpebral fissure on abduction)
4. Masalah kepala menjadi ketelengan (Marked abnormal head posture)
5. Masalah mata juling. (Strabismus)
6. Masalah mata malas (Amblyopia)
Masalah ini merupakan masalah sejak kelahiran dan ianya adalah kekal. Namun begitu, bagi masalah seperti rabun, juling dan mata malas, rawatan perlulah dimulakan seawal yang mungkin. Dengan rawatan ini sekurang-kurangnya kita dapat membantu sedikit sebanyak masalah penglihatan bagi pesakit dengan penyakit sindrom ini.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment