Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Monday, January 16, 2012

Terperangkap di dalam lif semasa menuju ke peperiksaan akhir kanta sentuh...


Pengakhiran yang amat mendebarkan untuk semester ketujuh ini sebagai pelajar optometri. Apa yang terjadi petang tadi masih menyebabkan trauma yang amat mendalam buat anis dan rakan-rakan. Sehingga sekarang ini anis masih terasa menggigil dan masih dalam keadaan terkejut. Terperangkap di dalam lif semasa menuju ke peperiksaan akhir kanta sentuh. Ianya kedengaran biasa, namun apa yang terjadi sebenarnya kepada anis dan rakan-rakan??? Begini kronologi ceritanya...

Petang ini peperiksaan akhir semester untuk subjek kanta sentuh akan bermula pada pukul 3.30 petang. Anis dan rakan-rakan bercadang akan bertolak ke tempat peperiksaan pada pukul 2.30 petang. Malang tidak berbau. Setelah menjejakkan kaki ke dalam elevator, butang tingkat 1 ditekan. Tanpa semena-mena kami dalam kegelapan. Lampu kecemasan sahaja yang kelihatan menerangi saat kecemasan kami sewaktu itu. Tiada perkataan yang terucap pada masa itu melainkan istigfar dan kami hanya mampu terdiam dan membatukan diri masing-masing pada masa itu. Rupa-rupanya bangunan rumah kami telah pun terputus bekalan elektrik ataupun 'black out' pada masa itu. Jam telah menunjukkan pukul 2.40 petang. Kami berasa lega apabila butang kecemasan yang kami tekan kedengaran nyaring berbunyi di luar lif. Kami bersangka baik kerana mungkin ada yang akan datang membantu. Namun sangkaan kami adalah meleset. Butang yang disangka 'penyelamat' pada masa itu sudah tidak kedengaran lagi. Saat cemas kami bermula. Handphone ditenung lesu screenya apabila tiada network coverage di dalam lif ini. Buntu. Anis memandang tepat muka rakan-rakan di dalam lif tersebut. Suasana panas dan lemas sudah mula menyelebungi kami. Kami cuba bertenang. Kali ini anis nekad untuk menjerit meminta pertolongan. Pelbagai ingatan datang dalam kotak pemikiran masa ini. Teringat cerita black out la, saat cemas di dalam lif, cerita hantu dark water and Ju-On la dan macam-macam lagi...ada kaitan ker??!@#$%.

Situasi sebijik macam dalam filem...

Pada saat itu, tekak terasa semakin haus. Air liur ditenguk tanda cemas menguasai diri kini. Anis cuba menjerit sekuat hati untuk meminta pertolongan. Ianya berhasil. Kedengaran suara dari luar. Wah nampaknya lif kami berhenti di kawasan yang selamat mungkin. Anis mengagak. Anis nekad untuk menarik sekuat hati pintu lif yang tertutup rapi tadi. Kelihatan cahaya cerah diluar. Anis cuba membuka lagi pintu lif tersebut dan kami mampu keluar dari situ.


Tiada kata-kata lain yang mampu terucap melainkan syukur alhamdulillah. Apabila ditoleh ke belakang, kami amat bernasib baik kerana lif kami naiki ter'berhenti' di kawasan yang cuma tingginya 10 inchi daripada lantai tingkat 19 sahaja.


Namun cabaran kami bukan terhenti di situ. Jam ditangan sudah menunjukkan kami kesuntukan masa. Keadaan ini seakan memaksa kami untuk bertindak pantas. Kami nekad untuk menuruni tangga dari tingkat 19. Pintu kecemasan dibuka dan kami menuruni tangga dengan tergesa-gesa. Ianya bukan mudah. Tangga yang digunakan cuma hingga ke tingkat 7 sahaja iaitu sehingga kawasan parking sahaja. Kami mahu turun kebawah lagi, namun pintu dikunci dari bahagian dalam. Perasaan marah dan cemas menyebabkan darah anis mula menyirau hingga ke muka. 'Peperiksaan masih menunggu di dewan sana, perjalanan perlu diteruskan', jerit hati kecilku menenangkan diri. Bagaimana ini?? Tanpa berlengah, kami meneruskan perjalanan dengan melalui jalan yang dilalui oleh kenderaan bermotor ini sudah pasti menjanjikan sebuah perjalanan yang semakin jauh berbanding dengan menggunakan tangga. Disinilah ketabahan teruji. Berkat ketabahan inilah, anis dan rakan-rakan berjaya juga sampai ke dewan peperiksaan tepat pada masanya juga.
Daripada kejadian ini, anis ada belajar sesuatu dan ada pengajaran sebenarnya.

1. Persediaan awal dan bertolak awal ke sesuatu tempat yang ingin dituju adalah penting. Anis agak bernasib baik kerana siap awal dan bertolak awal ke dewan peperiksaan tadi. Dengan pelbagai ujian melanda, kami berjaya juga sampai ke situ tepat pada masanya.
2. Dalam keadaan cemas, pemikiran seakan buntu. Belajar untuk bertenang dan pada masa inilah mungkin idea bernas akan muncul.
3. Di dalam keadaan kecemasan, pintu-pintu utama tidak perlulah berkunci kerana ini amat membahayakan keselamatan nyawa.
4. Pengajaran yang paling utama hari ini ialah 'pepriksaan bertulis cuma ujian berbentuk soalan, namun begitu untuk menuju ke dewan peperiksaan, itulah ujian sebenarnya'......

Semoga kisah ini boleh dijadikan ikhtibar untuk semua.

7 comments:

  1. takut jugak ye anis~~~

    huuuu,nasib baik korang sempat pi exam~

    ReplyDelete
  2. huhu... alhamdulillah smpat.
    adui... kne bgtau kt pihak plaza rah ni.. next time kalau blackout diorg kne bukak pintu tangga kecemasan tu.. uhh.. mesti sungguh2 mengah smpai bawah plaza. alhamdulillah on time smpai exam

    ReplyDelete
  3. omo!serius scarry...dah macam cite csi pun ade gak.waaaa...anis n adik2ku yg lain..msti still trauma...anis lau online chat tegur kak ikin ok!huhu

    ReplyDelete
  4. Jangan lupa bace doa semasa menaiki lif yer...anis semakin ok sekarang. Memang semput pon sampai kat bawah, sekarang masih sakit kaki lagi...yer alhamdulillah sempat juga sampai on-time utk exam tuh...syukur. Think positive now...=))

    ReplyDelete
    Replies
    1. bgus la anis..bru kesempatan tuk bce blog anis..menakutkan la..huhu...kte pn jd cm anis..cme kte xsempat naek lif..kte pn trun tangga tp apakan daya tangga cmpai tngkat 7 n gelap..dah la sorg aje..takuttttt....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...