Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Tuesday, January 3, 2012

NoCtuRNaL MyOpiA A.K.A RaBuN JauH MaLaM

Selamat tahun baru semua rakan optometri. Tidak terlambat lagi rasanya untuk ucapan itu. Anis kini sibuk sedikit dengan ujian akhir semester. Semasa ulangkaji, anis teringin berkongsi mengenai tajuk masalah nocturnal myopia atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai rabun jauh malam.

Kesukaran memandu pada waktu malam...itulah tanda awalnya

Apakah itu rabun jauh malam???
Rabun jauh malam adalah kabur penglihatan apabila melihat jauh yang berlaku pada waktu malam. Kuasa bagi rabun jauh ini tidak lebih daripada 50 hingga 100. Rabun jauh jenis ini memang tidak menjadi masalah jika keadaan siang hari, namun masalahnya cuma akan timbul jika anda memandu pada waktu malam.

Bagaimanakah rabun jauh ini berlaku???
Ada 2 pendapat tentang kejadian rabun ini. Antaranya ialah (1)Disebabkan oleh kekurangan cahaya pada waktu malam dan (2) adalah disebabkan oleh saiz anak mata ynag mengembang dalam keadaan gelap.

Sebenarnya kebanyakan mata manusia memang akan menjadi semakin rabun jauh jika di dalam keadaan kekurangan cahaya. Ini kerana, di dalam keadaan yang gelap, mata kita akan kekurangan ransangan untuk sistem fokus di dalam mata kita. ini kerana untuk sistem fokus ini berkerja sepenuhnya, seseorang itu perlu melihat sesuatu objek yang cerah dan jelas. Jika sesuatu objek tidak jelas, sistem fokus ini seolah-olah 'tergantung' fungsinya. Inilah menyebabkan mata kita seolah-olah seperti rabun jauh.

ada juga kajian lain mengatakan bahawa rabun jauh pada waktu malam ini juga dikaitkan dengan saiz anak mata. Jika di dalam keadaan gelap, anak mata kita akan menjadi besar. Inilah yang menyebabkan peningkatan aberasi sferikal atau erti kata lain peningkatan kuasa rabun jauh mata kita.

Dapatkan kaca mata untuk memandu malam.

Jika anda mempunyai masalah memandu pada waktu malam, anda mungkin ada rabun jenis ini. Nasihat saya, sila berjumpa dengan optometris berhampiran anda untuk mendapatkan sepasang kaca mata untuk digunakan pada waktu malam. Insha Allah masalah dapat diselesaikan. Namun, jika selepas memakai kaca mata, anda masih ada masalah semasa memandu malam, anda mungkin ada masalah mata lain seperti katarak, keratokonus, retinitis pigmentosa dan sebagainya.

Harap maklum.=))

Salah satu penyakit lain yang juga menyumbang kepada kesukaran memandu pada waktu malam....

5 comments:

  1. salam anis, nak mintak pendapat..anak akak sekarang umur 5 thaun, last saturday pie cek mata kat kpj ipoh, result 500 dan 450 power. soalan kat mana kat ipoh ni ada optometrists yang diiktiraf untuk buat spec bdk2 yek? tq in advance anis

    ReplyDelete
  2. wsalam. memang agak tinggi power tuh, anis cdgkan supaya berjumpa dengan my senior, Rizal optometris. Semoga berjumpa dengan secepat mungkin....=))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, boleh tahu dkt mana boleh buat spec untuk rabun malam? Saya tinggal di kuala kangsar,perak. Baru2 ni saya dah tambah power spec mata & saya dah terang condition saya dkt optometris yg saya ada masalah utk melihat pada waktu mlm juga. Tapi dia hanya suggest tambah power utk silau saje. Selepas itu saya masih xdapat melihat dgn jelas pada waktu malam (blur). tq.

      Delete
  3. salam.. saya pelajar IT Ukm.. program executive.. saya tgh wat kajian tentang interface computer untuk golongan yang ader masalah mata (khas).. just nak tanye awak puan ader tak maklumat or gmbr tentang perbezaan ape yang di lihat oleh golongan normal n golongan yang mempunyai masalh..lagi satu kalau lah ada maklumat apa yang diharapkan oleh pesakit2 khas ini untuk menambahbaik visual dala penggunaan komputer.. tq dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah ade maklumat tentang semua tu. Tapi agak panjang utk dikongsikan di sini. boleh berhubung melalui email kepada saya di anis.suzanna@yahoo.com. nanti saya jawab dalam email yer soalan pasal penambah baikan tuh. tq.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...