Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, May 15, 2010

1st National Conference of Malaysian Student Optometry


salam.....untuk pengetahuan semua, konferens sulung ini diadakan pada 11-12 Mei 2010 yng bertempat di kampus UiTM cawangan Puncak Alam. namun begitu perjalanan kami bermula seawal 10 aribulan. ini kerana kami terpaksa bertolak awal memndangkan kawasan UiTM itu sendiri yg agak pedalamn dan jauh dari kampus kami. walawei......bertolak pada pukul 3.30 ptg, hanya mega petang yg menjadi saksi kepenatan kami melalui liku-liku ke kampus cawangan UiTM tersebut.....namun, kepenatan kami seakan terubat apabila kami tiba di pondok keselamatan tersebut. kami disambut dengan iringin pengawal peronda...wah terharu rasenyer.....apatah lagi sekali pandang, xsangka dalam kedamaian hutan yang melambai, dengan iringin felda Sime darby, nun terdapat sebuah menara gading yang indah seperti ini.

pada hari pertama kami diserikan dengan majlis perasmian yang gilang-gemilang oleh Timbalan Menteri kesihatan. alangkah girangnyer hati apabila disajikan dengan juadah yang istimewa. selepas itu, kami berkonferens dengan jayanya. banyak pengalaman yang ditimba. ilmu demi ilmu ditimba dan dikongsikan bersama dengan senior lecturers yang tidak asing lagi dalam kalangan mahasiswa optometri UKM. antara konferns yang berjaya mencuri tumpuan para hadirin adalah pasal sejarah Optometri dan penubuhannnya di Malaysia yang diberikan oleh Prof. Norhani Mohidin, bekas dekan Fakulti Sains Kesihatan Brsekutu, UKM. antara konferens lain yang mengambil tempat adalah berkaitan kerjaya optometri, masa depan dan hala tuju Optometri dan sebagainya. antara fakta menarik yang saya ingin kongsi disini adalah berkaitan statistik yang diberikan oleh Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Mutalib. beliau mengatakan bahawa kerjaya optometri ini amat menarik selaras dengan keperluan tenaga kerja semasa dan dijangkakan kerjaya ini hanya akan mulai mencapai takat tepu dan mencapai pengangguran adalah pada tahun 2028. ini adalah amat memberikan harapan dan menjamin masa depan yg cerah bagi saya dan rakan2 yang lain.....alhamdulillah...aku tercampak mengambil kursus dalam bidang ini.

pada sebelah malam pula, diadakan sesi berbeque dalam kalangan pelajar2 yang menyertai konferns ini termasuklah dari IPTA dan IPTS. amat menyeronokkan apabila setiap universiti ini diwajibkan untuk menyediakan satu permainan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar2 optometri ini. antara permainan yang mencuri perhatian adalah permainan paya-pantai oleh pelajar UIA dan sebagainya. huh selepas penat menjamu selera dan bermain, akhirnya kami balik ke asrama dengan girangnya.

pada hari yang kedua, pelbagai program mengisi tentatif pada hari kedua ini....antaranya.. pertandingan debat dalam kalangan pelajar Optometri daripada setiap ipt termasuklah UIA, UiTM, THONEH, dan MSU. antara program lain adalah pertandingan poster dan bengkel oleh pembekal alatan optik dan kanta tamsilnya HOYA dari Jepun, Essilor dari Perancis, Paragon dari Amerika Syarikat dan Oculus dari German. pelbagai perkongsian ilmu telah berjalan dan para pelajar amat berpus=as hati dengan bengkel yang diadakan. makan tengahari yang dinanti2kan telaqh tiba. hidangan nasi minayak amat meuaskan selera hadirin yang hadir. selepas berehat sebentar, pelajar2 telah mengikuti satu sesi bersama semua ketua jabatan daripada setiap ipt termasuklah UiTM, UKM, SEGI university, MSU, THONEH, dan UIA. sesi ini amat menarik dengan diserikan oleh dialog antara para pelajar dan ketua jabatan2. ini bertambah menarik apabila ada yang sudi melontarkan pandangan dan buah fikiran yang bermanfaat untuk bidang optometri ini. akhir sekali, sesi konferens ini diakhiri dengan sesi penutup. saya percaya pada detik inilah peserta debat begitu gementar untuk mengetahui keputusan masing -masing. tmabahan pula, peserta poster juga ada juga mengambil tempat. saat manis ini dikongsikan oleh seluruh pelajar UKM apabila diumumkan antara pelajar teramai yang memenangi anugerah poster terbaik.

konferens ini amat bermanfaat dana menjanjikan seribu satu kenangan dalam kalangan pelajar dan pensyarah yang terlibat. apa yang pentingf adalah matlamat utama serta objektif tercapai iaitu perkongsian imu dan pendapat dapat bertunas disini. Diharapkan satu bentuk program seperti dapat dijalankan pada masa-masa yang akan datang selaras dengan kata2 presiden HOPC iaitu "satumalaysia, satu Optometri"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...