Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, May 15, 2010

cerita kegemaran!!!

"http://topotato.com/2010/04/21/rasa-macam-nak-kawen-je-bila-tengok-cerita-adamaya/"

PrOgRaM bAkTiSiSwA AnJuRaN JAKSA Kolej Tun Syed Nasir UKM(KL)
















salam satu Malaysia.........cuti semester telah bermula....segala perancangan program untuk pengisian sempena cuti semester ini telah pon dirancang dengan rapi. setelah setelah selesai bengkel pemudah cara kolej iaitu 1-3 dan 4-5 aribulan Mei ini, kini tibalah giliran untuk meyertai satu ag program amal yang dikenali sebagai program Baktisiswa. Program ini bermula selama 7-8 aribulan 5. namun begitu, saya dan beberapa orang rakan yang lain yang sempat dan berpeluang untuk meluangkan masa selama dua hari di sana. selebihnya, para peserta ini hanya libat selama sehari sahaja.





program diatur dengan begitu padat. antara slot yang diberikan mandat untuk saya jalankan adlah slot dari hati ke hati dan slot senam robik. dengan berbekalkan niat, doa dan semangat...saya dan bersama 4 lagi teman seperjuangan meneruskan perjuangan ke sebuah Asrama anak yatim yang terletak di Kuang, Selangor. Asrama Damai nama diberi. bertepatan dengan nama yang diberi, setibanya kami disana kami diceriakan dengan bunyi anak2 yang masih bersekolah agama sesi petang. langkah kami seakan dipermudahkan, kami meneruskan perjalanan yang semakin hampir ini ke asrama yang menempatkan warga satu malaysia yang kurang bernasib baik ini. di sini, kami berkenalan dengan beberapa orang saudari yang bermastautin di sini sejak pemergian atau kehilangan tempat bergantung. keadaan amat memilukan, sesaat bersama mereka bagaikan titik2 sayu dan hiba. tambah2 lagi bila saudari A sudi berkongsi cerita dengan kami akan peristiwa dan titik hitam yang membawa A ke tempat ini. perasaanku berbaur. disinilah baru kita menyedari, tatkala kita gembira, ramai lagi yang masih berduka di luar sna. jadi bersyukurlah dengan apa yang ada.





dengan masa yang berlalu, seakan2 sekejap bagi kami untuk merasakan saat yang lama bersama mereka. kami bergegas untuk mempersiapkan diri untuk turun ke surau yang berhampiran untuk program solat berjemaah bersama penghuni asrama ini dan disusuli dengan program hati ke hati. sambutan daripada penghuni asrama ini amat memberangsangkan. ini petanda baik bagi program kami yang akan berjalan pada keesokan harinya.malam yang hening ini, akhirnya disudahi dengn game nyanyian yang amat mencabar fokus dan minda iaitu permainan rumput yang panjang..........





tatkala penghuni asrama ini enak dibuai mimpi, kami jawatan kuasa yang berketumbukan seramai 15 org ini mengambil bahagian dalam membuat persiapan menjelang program pada pagi besok. antara persiapan yang dibuat termasuklah memasukkan air ke dalam belon, meniup belon, latihan senam robik dan persiapan sarapan pagi. walaupun malam yang sunyi mencengkam, semanagt berpasukan kian terserlah dengan setiap individu masing2 menunjukkan komitment yang padu dalam memastikan program ini bejalan dengan lancar. antara kengan yang terpahat di ingatan adalah latihan senam robik yang baru sahaja diajarkan oleh salah seorang ralkan sebaya. pelbagai gaya diajarkan tanpa jemu....tarian ini dinamakan sempena lagu tema senam robik ini iaitu lagu dari Ayumi Hamasaki dan Jai-ho daripada cerita Slumdog Millionaire. kami masing2 tidur dan melelapkan mata pada pukul 4 pg.





keesokan pagi kami bagun seawal 5 pg.....dingin embun kini jelas mencengkam dan ramai dalam kalangan kawan2 yang masih liat untuk bangun...maklumlah baru tdur x sampai sejam pon,,,namun berbekalkan semangat, kami bangkit dan terus mandi. apa yang menarik di asrama ini adalah mereka semua mandi dalam sebuah bilik air besar iaitu denganair kolah yang sgt besar. kami amat terpukau dengan kesejukan air yang keringat sampai ke tulang itu. selesai bersolat subuh, kami semua bergegas ke dataran di depan surau untuk menyediakan peralatan untuk program pd pg itu......masya Allah....dataran yang amat selesa untuk beraktiviti....kami dengan krew teknikal amat bekerja keras dalam menyediakan alatan teknikal termasuklah mike dan sebagainya. sesudah sarapan, kami bersenam robik dan bermain permainan pecah belon dan paint ball. amat mengagumkan, ada pelbagai karenah yang terpaksa kami layan dalam kalangan adik2 ini termasuklah lelaki dan juga perempuan.





selepas itu, program diteruskan dengan acara perasmian dan disusuli dengan sesi explorasi. semasa sesi ini, para pelajar dibahagikan dalam kumpulan dan bergerak mengiktu check point yang ditetapkan. saya dan rakan2 bersiap siaga di check point ke-3 iaitu booth klinikal Optometri. antara pemeriksaan mata yang dijalankan adalah termasuklah ujian entrans yang diuji ke atas setiap peserta eksplorasi tang bernasib baik. namun, kami cukup berpuas hati kerana dalam kalangan pelajar itu, kami telah berjaya mengenal pasti beberapa simptom dan tanda bahawa pelajar tersebut ada gejala rabun warna dan sebagainya. ini amat mencapai matlamat program iaitu mengetahui status kesihatan pelajar di rumah asrama anak yatim tersebut.





akhir sekali majlis penutup dan para pemenang diagihkan hadiah. pada pendapat saya, program ini berjaya mencapai matlamat dan objektif. dan diharapkan program ini dapat dijalankan pada masa yang akan datang dengan pelbagai pembaharuan.

1st National Conference of Malaysian Student Optometry


salam.....untuk pengetahuan semua, konferens sulung ini diadakan pada 11-12 Mei 2010 yng bertempat di kampus UiTM cawangan Puncak Alam. namun begitu perjalanan kami bermula seawal 10 aribulan. ini kerana kami terpaksa bertolak awal memndangkan kawasan UiTM itu sendiri yg agak pedalamn dan jauh dari kampus kami. walawei......bertolak pada pukul 3.30 ptg, hanya mega petang yg menjadi saksi kepenatan kami melalui liku-liku ke kampus cawangan UiTM tersebut.....namun, kepenatan kami seakan terubat apabila kami tiba di pondok keselamatan tersebut. kami disambut dengan iringin pengawal peronda...wah terharu rasenyer.....apatah lagi sekali pandang, xsangka dalam kedamaian hutan yang melambai, dengan iringin felda Sime darby, nun terdapat sebuah menara gading yang indah seperti ini.

pada hari pertama kami diserikan dengan majlis perasmian yang gilang-gemilang oleh Timbalan Menteri kesihatan. alangkah girangnyer hati apabila disajikan dengan juadah yang istimewa. selepas itu, kami berkonferens dengan jayanya. banyak pengalaman yang ditimba. ilmu demi ilmu ditimba dan dikongsikan bersama dengan senior lecturers yang tidak asing lagi dalam kalangan mahasiswa optometri UKM. antara konferns yang berjaya mencuri tumpuan para hadirin adalah pasal sejarah Optometri dan penubuhannnya di Malaysia yang diberikan oleh Prof. Norhani Mohidin, bekas dekan Fakulti Sains Kesihatan Brsekutu, UKM. antara konferens lain yang mengambil tempat adalah berkaitan kerjaya optometri, masa depan dan hala tuju Optometri dan sebagainya. antara fakta menarik yang saya ingin kongsi disini adalah berkaitan statistik yang diberikan oleh Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Mutalib. beliau mengatakan bahawa kerjaya optometri ini amat menarik selaras dengan keperluan tenaga kerja semasa dan dijangkakan kerjaya ini hanya akan mulai mencapai takat tepu dan mencapai pengangguran adalah pada tahun 2028. ini adalah amat memberikan harapan dan menjamin masa depan yg cerah bagi saya dan rakan2 yang lain.....alhamdulillah...aku tercampak mengambil kursus dalam bidang ini.

pada sebelah malam pula, diadakan sesi berbeque dalam kalangan pelajar2 yang menyertai konferns ini termasuklah dari IPTA dan IPTS. amat menyeronokkan apabila setiap universiti ini diwajibkan untuk menyediakan satu permainan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar2 optometri ini. antara permainan yang mencuri perhatian adalah permainan paya-pantai oleh pelajar UIA dan sebagainya. huh selepas penat menjamu selera dan bermain, akhirnya kami balik ke asrama dengan girangnya.

pada hari yang kedua, pelbagai program mengisi tentatif pada hari kedua ini....antaranya.. pertandingan debat dalam kalangan pelajar Optometri daripada setiap ipt termasuklah UIA, UiTM, THONEH, dan MSU. antara program lain adalah pertandingan poster dan bengkel oleh pembekal alatan optik dan kanta tamsilnya HOYA dari Jepun, Essilor dari Perancis, Paragon dari Amerika Syarikat dan Oculus dari German. pelbagai perkongsian ilmu telah berjalan dan para pelajar amat berpus=as hati dengan bengkel yang diadakan. makan tengahari yang dinanti2kan telaqh tiba. hidangan nasi minayak amat meuaskan selera hadirin yang hadir. selepas berehat sebentar, pelajar2 telah mengikuti satu sesi bersama semua ketua jabatan daripada setiap ipt termasuklah UiTM, UKM, SEGI university, MSU, THONEH, dan UIA. sesi ini amat menarik dengan diserikan oleh dialog antara para pelajar dan ketua jabatan2. ini bertambah menarik apabila ada yang sudi melontarkan pandangan dan buah fikiran yang bermanfaat untuk bidang optometri ini. akhir sekali, sesi konferens ini diakhiri dengan sesi penutup. saya percaya pada detik inilah peserta debat begitu gementar untuk mengetahui keputusan masing -masing. tmabahan pula, peserta poster juga ada juga mengambil tempat. saat manis ini dikongsikan oleh seluruh pelajar UKM apabila diumumkan antara pelajar teramai yang memenangi anugerah poster terbaik.

konferens ini amat bermanfaat dana menjanjikan seribu satu kenangan dalam kalangan pelajar dan pensyarah yang terlibat. apa yang pentingf adalah matlamat utama serta objektif tercapai iaitu perkongsian imu dan pendapat dapat bertunas disini. Diharapkan satu bentuk program seperti dapat dijalankan pada masa-masa yang akan datang selaras dengan kata2 presiden HOPC iaitu "satumalaysia, satu Optometri"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...