Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, January 8, 2011

Apabila Badan Ramping Menyembunyikan Rahsia Yang Membawa Maut





Mungkin anda pernah terdengar orang mengatakan overweight adalah tidak sihat. dan masa itulah anda sibuk mengira berat ideal ataupun BMI anda. Anda juga selalu mendengar juga mereka dikaitkan dengan bentuk badan tidak ubah seperti apel ataupun pear. Mereka juga selalu dikaitkan dengan risiko untuk mendapat serangan jantung. Namun saya akan membuka mata anda sekarang supaya anda berfikir semula.........

Kim, bukan nama sebenar adalah berumur 43 tahun. Beliau dikenalpasti mempunyai serangan jantung. Namun begitu, beliau merupakan seorang yang kurus ramping, selalu membuat senaman dan mengamalkan gaya hidup sihat. Pada suatu hari, beliau mengadu sakit dada, dan beliau beranggapan bahawa sakit itu adalah disebabkan sistem penghadaman ataupun kesan ubatan. Namun, apabila berjumpa dengan doktor, doktor mengesahkan bahawa mempunyai jantungnya adalah tersumbat. Beliau sangat terkejut kerana beliau adalah atlet dan juga mempunyai Bmi yang normal tetapi mengapa salur darahnya tersumbat?.

Apabila berjumpa dengan pakar, sekarang barulah dia menyedari bahawa BMI adalah bukan petanda yang tepat sebenarnya sebagai penanda diri anda dalam keadaan yang baik. Lemak setiap individu adalah berkumpul secara berlainan cara. Ada di antara kita yang akan berkumpul lemak di peha dan pinngul yang menjdikan mereka seolah-olah berbentuk pear. Untuk yang lain, contohnya dalam situasi Kim ini, lemak pada badannya berkumpul dan membalut pada organ dalaman seperti hati dan jantung. Oleh sebab itulah, walaupun beliau kelihatan kurus dan ramping, namun hakikatnya beliau mempunya profil metabolik seperti orang obese.

Untuk pengetahuan semua, lemak pada badan kita bertindak seolah-olah seperti salah satu organ juga. Lemak ini akan berubah-ubah. Lemak mempunyai metabolisme yang sangat aktif dan ia kan menghantar hormon untuk funsi tertentu pada badan. Lemak ini terbahagi kepada tiga jenis:-

1) Subcutaneous- lemak yang tersimpan di bawah kulit.

2) Visceral- lemak yang terdapat di sekitar abdoman dan organ dalaman.

3) Kolesterol- lemak dalam darah yang dimetabolismekan di hati. Kolesterol jenis LDL akan menyebabkan pembentukan plag dan menyumbatkan salur darah.

Justeru itu, satu tag line yang bagus untuk dikongsi di sini adalah berkaitan “TOFI”-“Thin on the Outside but Fat Inside”. Dalam bahasa lebih kurang begini, kurus di luar, gemuk di dalam. Ini dikaikan dengan lemak dalam bentuk visceral tadi. Mungkin lemak ini cuma beberapa kilogram daripada jumlah berat badan, namun kehadirannya amat memberi kesan ketara untuk meningkatkan risiko mendapatkan serangan jantung, strok,dan dabetes.

Dalam situasi sebaliknya, ada satu golongan lagi yang digelar “fat and fit” iaitu di luar nampak besar tapi mereka adalh sihat disebabkan selalu bersenaman. Daripada kajian Amerika Syarikat tahun lepas, menunjukkan betapa salahnya pandangan kita apabila mengatakan mengenai lemak dan kesihatan. Kajian ini menunjukkan bahawa 51% daripada golongan dewasa yang berat badan berlebihan ini mempunyai tekanan darah, cholesterol, gula dalam darah, dan trigeliseride yang normal.

Selain itu,para pengkaji ini berpendapat bahawa kandungan lemak memang tidak dapat dikira dalam badan. Namun, kita penting untuk mengetahui dimanakah ianya disimpan dan ini cuma dapat dilakukan dengan teknik pengimejan yang ada pada masa kini. BMI adalah cuma berkaitan nisbah berat kepada tinggi sahaja, namun ianya tidak mengambil kira faktor lain seperti etnik, kecergasan, taburan lemak dan komposisi badan.

Berdasarkan fakta di atas, ini bukan bermakna kegemukan dan obesiti itu adalah sihat. Obesiti memang susah terang-terangan menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit termasuklah kanser, asthma, osteoarthitis, gallstones, sleep apnoea and masalah psikologikal. Jadi, pilihlah cara terbaik untuk kehidupan anda. Lakukanlah pemeriksaan kesihatan yang kerap terutamanya jika anda ada mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai serangan jantung, strok atau diabetes.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...