Assalamualaikum semua....diharapkan semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendakNya. Mungkin ada yang tertanya2 apakah pulak program bagi entri kali ni pulak kan?? macam biasa selagi ada kelapangan masa, saya akan kongsikan bersama pengalaman beraktiviti sebagai tanda kenang-kenangan di blog ni.
Apakah Program Jalinan Komuniti Sihat ni??? Program ini sebenarnya samalah dengan aktiviti seperti entri sy sebelum ini iaitu operasi Khidmat Masyarakat tp ape yang memmbezakannya adalah kali ni ia lebih gah kerana dapat bersama2 dengan IJN(Institut Jantung Negara) dan KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) dalam menjayakan program ni.
Apa yang saya ingin kongsikan pasal program ini adlah bukan sekadar saja2, sebenarnya saya ingin berkongsi apakah input yang sy perolehi daripada program ini. saya percaya setiap orang mesti mempunyai pengalaman berorganisasi kan?? pada masa inilah kita dapat mengenali yang manakah kawan sejati dengan kawan biasa, kita dapat bezakan yang mana kawan atau lawan. biasalah sebelum apa2 aktiviti sekalipun mesti buat perancangan dan persiapan kan?
Jumaat, 10/12/10
Kami bertolak dari UKM ni tepat pukul 10.00pagi. kami sampai di sana dalam pukul 4.30 ptg. tapi cabaran demi cabaran kami terima selepas itu. Tiba-tiba Ketua Pengurusan perumahan tersebut tidak membenarkan kami utntuk menggunakan Dewan Serbaguna yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu semasa pre-visit tempat tersebut sebelum ini. kami mengalami kesukaran untuk melakukan pemeriksaan mata jika fasiliti tidak mencukupi. tapi memang nasib baik menyebelahi kami apabila kami dibenarkan melakukan aktiviti dikawasan lain iaitu di dalam sebuah kontena dan dihadapannya terdapat banayk khemah sudah siap dipasang......alhamdulillah.
tapi satu lagi cabaran datang, rumah angkat yang kami bakal duduk adalah tidak mencukupi. penduduk di perumahan tersebut teragak2 untuk mengambil kami sebagai anak angkat memandangkan rumah yang mereka diami adalah kecil.....bagaimana ni??? ketua JKK di situ memaklumkan cuma ada 10 keluarga yang bersetuju untuk mengambil kami sebagai anak angkat tp kami ramai, 58 orang. Masalah ini berterusan sehingga Maghrib menjelma. ada yang terpaksa bertepuk tampar nyamuk di tepi jalan sebab majlis penyerahan anak angkat adalah bermula 8.30 malam. satu masa yang amat sukar untuk kami. bagi yang muslim, ada yang terpaksa menumpang di rumah berdekatan untuk bersolat.
selepas sekian waktu barulah pihak JKK mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk tersebut untuk mengambil tempat dalam program anak angkat ni. lebih 25 buah keluarga yang telah mendaftar uuntuk pengambilan anak angkat ini. alhamdulillah.....saya mendapat Cik Mah sebagai ibu angkat saya. huhuhu memang syok abes r bila Cik Mah ni rupa-rupanya terer poco-poco. huhuhu memang sporting r pendududk dekat sini.
sabtu,11/12/10
satu pagi yang indah. Kami dihidangkan dengan sarapan yang enak dan selepas itu, ada aktiviti senam pagi bersama penduduk di sini. Mak cik2 ni memang terer r berpoco-poco. kami bersenam sehingga mengeluarkan peluh sebagai persediaan streching sebelum bermulanya sesi klinikal. wah satu pengalaman yang tidak boleh digambarkan dengan kata2 apabila inilah kali pertama program yang saya lalui dan penduduk memberikan satu sambutan yang memberangsangkan. huhuhu......maklumlah selain pemeriksaan mata yang lengkap, pengunjung yang memerlukan kaca mata, pemberian kaca mata secara percuma diberikan. menarik tak???
selepas penat melakukan pemeriksaan mata, kami pula terlibat dalam aktiviti sukaneka bersama penduduk setempat. sekali lagi, satu kejutan. budak2 universiti Vs Kanak2......tapi itulah kenyataan dan pengalaman yang amat menarik untuk diingati.....petang yang amat bermakna bagi kami.
Malam sudah tiba. Aktiviti yang sepatutnya berlangsung adalah ceramah perpaduan daripada sebuah agensi kerajaan. Namun, keluarga angkat saya mengambil keputusan untuk membawa kami sekeluarga makan di Snibong. wah inilah kali pertama aku ke sana.....apakah yang special kat situ???? Pada malam tersebut cik Mah belanja saya makan tom yam seafood, ketam black paper, sotong celup tepung, satar, kelapa jeli dan jus carrot.....alhamdulillah perut aku sangat bahagia pada malam itu......kemudian kami pergi utnuk ceramah tersebut (lewat sikit......hahahahaha)
Ahad,12/12/10
cuaca pagi ini amat cerah seolah-olah membenarkan program ini berjalan dengan lancar. kami sekeluarga bersarapan bersama dan pada pagi ini, semua berasa teruja kerana pada pagi inilah majlis perasmian akan diadakan oleh Dato' Seri Khaled Nordin menteri kementerian pengajian Tnggi Malaysia. tapi pada pagi ini saya dan rakan2 ada misi lain yang harus diselesaikan iaitu program untuk kanak2. kami berkumpul di perkarangan tapak karnival seawal 7.30pagi untuk pendaftaran dan pertandingan mewarna dan jigsaw puzzle dijalankan. satu sambutan yang amat tidak dijangka, seramai 49 orang kanak2 daripada kwasan perumahan tersebut yang mengambil bahagian. memang tidak menang tangan kami sebagai pihak penganjur. pengalaman ini memang amat berguna apatah lagi untuk mengendalikan klinik kanak2 (pediatrik) pada semester ini. dalam masa yang sama, sesi klinikal iaitu pemeriksaan mata dan kesihatan oleh IJN sedang berlangsung. Dato' Khaled sempat juga singgah di tapak pameran kami untuk melihat perkembangan sepanjang aktiviti ini.
pada sesi petang pula, kali ini kami terlibat pula dengan aktiviti pertandingan bola jaring dengan futsal....sekali lagi pelajar Uni Vs penduduk setempat....kami amat seronok kerana daripada aktiviti seperti inilah hubungan kami menjadi semakin rapat. satu pengalaman yang susah dilupakan kerana inilah kenangan dalam bersosial dengan komuniti khususnya amat berguna sebagai persediaan untuk berkerja kelak...insyaAllah..
malam menjelang, majlis penutup pula dijalankan. suasana amat meriah apabila kami dihidangkan dengan Tarian 1Malaysia oleh kanak2 daripada Pasir Gudang. Kami juga turut melakukan persembahan koir pada malam tersebut. semua keluarga mengambil kesempatan ini untuk bergambar dengan anak angkat masing2 untuk mengabadikan kenangan bersama.
Isnin, 13/12/10
Cik Mah tidak mengejutkan aku pada pagi ini. aku mengerti apa yang die rasai. mungkin dia berat unutk melepaskan kami sebagai salah seorang daripada keluarganya sekarang. kelibat ibu bapa angkat ada yang menarik beg dan menemani anak2 masing2 untuk berkumpul. Bas UKM telah pun menunggu. Satu situasi yang mat sayu. Kami amat hargai setiap saat bersama semasa itu. penduduk perumahan berbaris untuk bersalam-salaman dan ucapkan selamat tinggal. jangan tidak percaya kalau saya katakan semua penduduk dan pelajar Optometri UkM pada masa itu bergelangan air mata sambil berpelukan (mcm dalam jejak kasih...)....mereka melambai2kan kami sehingga bas tidak kelihatan lagi. satu perasan terharu tapi kami berasa puas hati kerana dapat menjalankan karnival ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran pada awalnya......syabas semua!!!!!!