Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Thursday, December 24, 2009

KeNanGan OpKoM kE-xviii



























tinggal sebumbung dengan keluarga angkat yang 'sporting'






apalagi jika rakan yang serumah pula merupakan dalam kalangan senior yang selama ini sangat jarang berjumpa dan bemesra......








































kemudian sesi klinikal telah bermula.....pelbagai aktiviti yang berlangsung...antaranya termasuklah pemeriksaan mata serta konsultasi tentang kesihatan mata. pemberian kanta dan bingkai secara PERCUMA juga ada diadakan.....pelbagai masalah berkaitan dengan masalah refraksi mata atau rabun dapat dikenalpasti.....amat menyeronokkan......




ad pelbagai lagi aktiviti yg menarik lain termasuklah aktiviti bersama keluarga angkat dan memancing......




OpKoM KaLi Ke-xvii


assalamualaikum......

kepada semua yang ingin mengetahui apakah itu OPKOM.....OPKOM merupakan singkatan kepada majlis tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Optometri UKM iaitu Operasi Khidmat Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia. program ini merupakan program berjalan seperti biasa saban tahun. namun pada tahun ini saya agak bertuah kerana terpilih untuk menyertai program ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah yang teramat kepada senior Optometri kerana berjaya merencana program ini sehingga dapat meneruskan program ini dengan jayanya. huhuhu...bukan senang tuh....apalagi disusuli dengan pelbagai cabaran yang dapat diatasi dengan cemerlang. syabas semuanya......

Sunday, July 12, 2009

disebalik akibat berkasih sayang.............

assalamualaikum semua..............
tajuk sahaja telah menggambarkan sesatu yang menarik untuk anda teruskan membaca blog @ luahan rasa saya sebagai Pemudah cara ktsn sesi 2009/2010. untuk saudara dan saudari yang tidak tahu atau tidak ada kene mengena ten tang hal ini memg akan tertnya2 tentg apa yang saya ingin sampaikan.
blog luahan ini memg semata2 ditulis untuk memperbetulkan hal atau kes junior kita sesi 2009/2010 ini mengikut persepsi saya sebagai PC. amat perit untuk menceritakan tentang sedikit sebanyak tentang hal ini kerana banyak cerita dan dakyah yang terpaksa dilalui oleh PC tahun ini. untuk PC yang sudi membaca blog ini, saya amat berbangga dapat bekerjasam dengan kalian. yang bukan PC pula diharapkan dengan tertulisnya blog ini dapat saya menyedarkan anda semua tentang isu skang.
1. ada pihak mempersoalkan pendekatan baru PC pada tahun nini iaitu pendekatan berkasih sayang. hal ini dicetuskan oleh pihak PC sendiri kerana berdasarkan pengalaman kami yang lepas2. ape yang cukup menitiskan air mata sya adalah bila ada pihak cakap2 belakang tentang keburukan dasar ini. kononnya kami, akibat pihak PC lah yang menyebabkan adik2 KTSN kita ni menjadi 'kurang ajar'. apakah salah kami sebenarnye sampai begitu skali dituduh dan dihina begini...??????????????
2. apa yang membuatkan tangisan saya menjadi sedu-sedan apabila dimomok-momokkan bahawa kamilah batch PC 'terbaek'.........tapi bayak junior yang masih menimbulkan masalah seprti :
1) tidak beratur semasa menaiki bas
2) memotong barisan untuk menaiki bas
3) tidak tos baju semasa menyidainya.
apalah naseb aku menjadi PC tahun ni. aku digelar sebagai pemudahcara untuk minggu mesra pelajar......tapi kini aku buntu kerana ada segelintir cakap2 belakang seolah2 semua kesalahn junior adalah sb didikan kami.
tujuan saya menulis blog ini bukan untuk meminta simpati tapi ingin berkongsi masalah dan dilemma yang dialami oleh saya. sewaktu menulis blog ini, saya memg menangis kerana terasa dengan pihak tertentu yang yang menyumpah2 kredibiliti kami sebagi seorang PC.
saya ingin bertanya kepada saudari/saudara.............apakah persaan anda jika status pengkritik itu dalam ym adalah berbunyi berikut??????
'benggong, xprofessional, memng bodoh'
itulah antara ayat dalam episod yang amat menekan jiwa saya.
saya bukan insan sempurna. saya bukan Pc yang bagus. mahupun JAKSA yang bagus........tp kami adalah pc2, adalah manusia biasa, ad perasaaan....................................dan bukannya salah kami dalam mendidik para pelajar.
dengan nama Tuhan, saya adalah antara PC yang bertanggungjwab untuk memesan kepada2 adik2 KTSN untuk membuat 3 perkara di atas itu. terpulanglah kepada pelajar tersebut untuk mengikutinya ataupun tidak.
agak melampau kalau kami PC2 di lobi begini. saya amat berharap supaya sape2 yang telah mengkritik kami itu balik ke pangkal jalan dan bertaubat.......kami mohon sangat supaya saudara/saudari mengkaji balik ape yang telah diwar2kan dengan teliti sebelum menuduh kami pc2 ni seratus peratus salah ats kesalahn yang dilakukan oleh adik2 KTSN.
mungkin dalam hal ini saudari/saudara amat geram sehinggakan menyumpah2 dengan cara interaktif. saya sama sekali x menafikan kebolehan saudari itu.....tp apakah lagi elok untuk saudara/saudari menegur sendiri junior yang amat biadap dengan saudari/saudara itu.
betulkan ye kalo saya tersalah:
iman kuat tegur dengan suara, .......................................dan selemah2 iman tegur dalam hati.
(maaflah teguran ikut prospek agama ni kurang lengkap sb mgkin saya x sekolah aliran agama)
xpelah....at least saya tahu.........dan saya insya Allah buat.
saya ingin dedahkan aktiviti sepanjang MMP ini:
  1. pelajar tidor awal dan berkumpul pkol 6.15 pg setiap hari
  2. amalan tunduk telah dimansuhkan
  3. pelajar cuma makan sarapan sahaja yang buffet, yang laen sume tapau
  4. ada pA system yang menggunakan mike dan bukannya heller
  5. pelajar banyak aktiviti dalam kumpulan (LDK)
  6. diharamkan penggunaan perkataan 'lari..................' untuk menaiki/turun dar bas
  7. sorakan yang lebih pelbagai........tiada lagi cheer' kuat dan tahan lasak tu'
  8. penggunaan istilah pc bagi menggantikan perkataan akak dan abg.........
  9. dan banyak lagi.....................................................................................x cye tyalah junior.
yang menyebabkan saya amat terkilan adalah kerana individu yang menjadi 'penyumpah online' ini adalah dari kategori merak kayangan dan bukannya gagak di rimba.......eh macam lagu rock kapak/ jiwa cintan plak. tp itulah hakikatnya.............................................
ah ada lagi.................................harap dapat sama2 tegurlah junior anda jika mereka tidak dapat memuaskan hati saudara/saudari sekalian. jangan harapkan ajaran PC pada minggu MMp sahaj kerna sesungguhnya kami juga pernah mendapat pengalaman yang sama dengan saudara/saudari.............isu kurang ajar memang amat meruncing sekarang. tapi amat kesal bagi saya jika ada pihak yang menyalahkan pihak PC.
antara kejadian sendiri yang dialami oleh PC2 akibat kebiadapan adik2 KTSN adalah :
  1. pernah ditanya berasal dari kampung/ bandar........(dengan nada yang kerek)
  2. pernah dikatakan lembab dan bengap
  3. diejek bila disuruh sambung barisan sewaktu mahu ke DECTAR
  4. tidak mahu mengikut arahan sorakan apabila disuruh sewaktu di dalam DECTAR
  5. dan banyak lagi.................................................temasuklah laki dan perempuan.
apelagi yang ingin dipersoalkan apabila pihak kami sendiri berdepan dengan masalah ini semasa sepanjang MMP di Bangi dan juga KTSN. ish4x...................................jiwa tau ktorang dibuatnye.....PC pun dah jadi zombi untuk jaga diorang, boleh plak die perlakukan begini pada ktorang. memg xpatut........tp kami bersabar je.
bwat pe nak gle2 suruh diorang bwat sume adat2 ni sedangkan diorang sendiri memang lemah. denda berat2..........jangan le mimpi. semalam semasa dinner pun ada yang pengsan, inikan pula suruh tunduk2......(nampaknye satu KTSN le masuk wad kot)........hahahaha
ni pun korang nak salahkan ktorang ke?????????????
ari pertama pun dah macam ape.......korang nk tau diorang ni suruh makan duduk atas tar pun xnk tau...........ni pun korang nak salahkan ktorang ke?????????
huhu......ape yang paling kelakar gle ble ktorang bagi denda le. ktorang kasih sayang pun, denda tetap denda tau......ktorang denda student baru ni supaya ketuk ketampi tau sebab lambat..................korang tau x ape impaknye?????????
ada yang kejang kaki sampai tamat MMP.........................................
yang ni masalah saper????????????????????????????????????????????
huhu.....MMP2 apalah ko ni....datang dah le kne mohon dapat plajar plajar plak banyak yang masalah...........yang x puas ati plak jugak banyak masalah
setakat ini sahaja saya berceloteh bagi pihak diri saya .........arap maaf daripada pihak yang terasa tu.
ape yang pentig....'KERJASAMA'
SEKIAN.................................................................

Tuesday, April 21, 2009

PUISI UNTUK xx














mawar berduri.



indah sungguh kelopak bungamu,



secantik bahasa dan gerak gerimu,



Sopan ditiup sang bayu,



batang dan dahanmu tetap tunduk malu.






mawar berduri.



kelopakmu tetap dipelihara,



daripada kumbang yang membinasa,



duri didahanmu tetap tersedia,



mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa.






mawar berduri.



kau tetap sentiasa berdiri,



menahan cabaran yang diberi,



tetap tidak pernah hilang harga diri,



dirimu indah sukar untuk didekati,



walaupun dipujuk,dirayu nafsu sendiri,



melainkan syariat memberi.






mawar



si kumbang perkasa tidak akan tertawan,



dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,



kerna dirimu telah rosak dibinasakan.






mawar



hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,



menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,



hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokkan,



dirimu ditinggalkan patah kelayuan.






nota:









1) perlu menilai dan renungkan maksud puisi ini dengan teliti





























JURUSAN OPTOMETRI DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Gambar sekitar Klinik Optometri UKM Kampus Cawangan Kuala Lumpur.



Ini pula kawan-kawan seperjuangan saya di UiTM.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

{Perbualan di bawah adalah berlaku pada awal tahun 2008}

Anis : alhamdulillah saya telah terpilih untuk mengambil ujian MEDSI iaitu salah satu ujian yang perlu diambil oleh bakal yang bergelar prasiswazah guru di Malaysia ni.

Mai : yelah saya pun dapat. ble ye ujian tu akan diadakan?

Anis : owh ahad ni. nanti kita g skali ya. tapi kat mane ye ujian tu??

Mai : di marix uia petaling jaya.

anis : seronok bercampur syukur ni.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah motif saya menulis buat kali pertama ini. sebenarnya saya merupakan salah seorang pelajar asasi sains uitm shah alam batch 2007/2008. pada tahun lepas saya memang merupakan pelajar universiti tersebut. apa yang ingin berkongsi disini adalah tentang pemilihan bidang yang tepat untuk pelajar-pelajar matrikulasi khususnya adik-adik yang bakal menjadi mahasiswa di universiti kelak.

saya amat tertarik untuk memilih jurusan guru pada mulanya. dalam 8 pilihan yang dimohon dalam upu, 2 tempat yang pertama memang dipenuhi dengan jurusan perguruan. nasib baik dapat isi dua je, agaknya kalo dapat isi semua memang saya akan isi semuanya dengan pilihan jurusan perguruan. apa yang menghairankan saya, saya memang begitu hampir menjadi guru. selepas mengambil ujian MEDSI di uia, saya juga dapat ke ujian saringan seterusnya iaitu temuduga di HUSM, Kubang Kerian pula. owh....huhu rintangan demi rintingan dilalui dengan jayanya. . Mesti aku dapat.....aku konfiden betul dengan temuduga tadi. tapi selepas keputusan upu itu keluar, saya dapat jurusan optometri.... punya le mula2 x tidak dapat terima kenyataan sampai saya tidak perasan pun bahawa optometri tu memang ada dalam pilihan saya tu. hehe sekarang barulah saya terasa begitu hebat bujian saya yang akan mendatang iaitu saya terpaksa belajar sesuatu untuk masa depan saya tentang jurusan yang sama sekali saya tidak minat.

Mungkin selepas saya menerima nasihat daripada ayah saya, saya tetap gagahkan diri untuk meneruskan pengajian dan mendaftar sebagai pelajar UKM ini. Memang hebat cabaran ini, tambahan lagi dengan pembelajaran yang lebih mencabar di kawasan baru. hehe nasiblah saya memang cepat dapat beradaptasi dan berasimilasi.

Saya memang mendapat tamparan hebat terutamanya apabila saya terpaksa berpindah universiti dari UiTM ke UKM. Nasib baik masih dalam Malaysia, saya bersyukur sangat. hehe tapi saya ada masalah besar. Kalau dahulu, memori saya cuma menghafal nama Ahmad, Hafizi, Nadiah dan seumpamanya.....kini saya terpaksa biasa memanggil nama seperti Soo Kiong, Sumithra dan sebagainya. Tengoklah ni......owh hebat Malaysia. hebat UKM semua ada.....





Pengajaran kisah saya ini adalah:

1) Mesti tahu akan pilihan yang dipilih

2) Mesti bersederhana, jangan overconfident

3) MESTI DENGAR NASIHAT ORANG YANG LEBIH BERPENGALAMAN

4) Mesti bersyukur dengan apa yang diberikan dan ditentukan oleh Allah untuk kamu......sesungguhnya Allah memang menentukan yang terbaik untuk kamu.

Akhir sekali....saya amat bersyukur (infiniti kali) kerana terpilih untuk mengukuti kursus ini. memang syok sangat.....
OPTO BEST..............



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...