Assalamualaikum.......
apakah yang anda faham tentang pemeriksaan mata ini?? adakah sekadar pemeriksaan untuk mendapat preskripsi kaca mata???? ataupun pemeriksaan mata semasa ingin mandapatkan ujian lesen memandu sahaja jer???.....selaku prasiswazah Optometri di UKM ini, saya ingin berkongsi sedikit maklumat kepada saudara/i pembaca sekalian........
macam skema sangat la plak blog ni....dan macam mane harus aku ringkaskan yer.....ok kisahnya begini.....klinik untuk pemeriksaan mata ini ada pelbagai jenis jika dipecahkan mengikut pengkhususan termasuklah pemeriksaan mata rutin, pemeriksaan mata binokular, klinik kanta sentuh, klinik pediatrik(kanak2), klinik penglihatan terhad dan macam2 lagi.....tapi untuk kali ini, saya akan menerangkan secara ringkas mengenai pemeriksaan mata rutin.......sebelum itu, saya ingin bertanya, pernahkah anda menghadiri pemeriksaan mata rutin sepanjang hidup anda ini??
Optometrilah yang bertanggungjawab dan dilatih untuk semua pemeriksaan ini.......
Apakah itu pemeriksaan mata rutin??????????????????????????? pemeriksaan mata rutin adalah pemeriksaan yang biasa dilakukan untuk melihat tahap kesihatan mata sebelum dirujuk ke bahagian pemeriksaan lanjutan seterusnya jika terdapat sebarang masalah berkaitan penglihatan ini. pemeriksaan ini sebenarnya tidak hanya berfokus kepada para pesakit mata sahaja, malah kepada saudara/i yang sihat juga boleh membuat pemeriksaan ini, bukan apa ini memang untuk menilai tahap kesihatan mata sahaja.
kita bolehlah memastikan bahawa mata kita berada dalam keadaan yang sihat ataupun sebaliknya......ini penting supaya jika terdapat sebarang keabnormalan dikesan, ianya dapat dirawat pada peringkat seawal mungkin. saudara/i jangan risau kerana kami dilatih untuk mengesan penyakit berdasarkan prinsip 'no symptoms, no treatmant'....maksudnya, jika saudara/i tidak mempunyai tanda2 masalh penglihatan, kami tidak akan memberikan sebarang rawatan.....ini tidak bermakna saudara/i dengan penglihatan baik dan normal tidak perlu membuat pemeriksaan mata. ini kerana, kebanyakan penyakit dan masalah mata ini adalah datang tanda sebarang tanda yang ketara sehinggalah keadaan yang begitu teruk, barulah symptom itu akan muncul dan mula disedari tap kebiasaannya pada tahap ini, rawatan adalah cuma untuk redakan kesakitan sahaja dan bukannya untuk mengembalikan penglihatan.
contohnya penyakit seperti glaucoma. penyakit ini adalah membawa kesan kebutaan kepada para pesakit, namun pada saat awal penyakit ini, segala gejala yang timbul adalah diingatkan normal oleh pesakit sehinggalah pada tahap merosakkan saraf, barulah pesakit perasan bahawa penglihatan sekarang telah kabur kerana glaucoma boleh megakibatkan kebutaan kepada pesakit. oleh itu, jalanilah pemeriksaan mata secara berkala untuk memastikan tiada sebarang keabnormalan berlaku pada mata anda. dan jika ianya ada, maka langkah pencegahan daqpat dilakukan dengan cepat. antara pemeriksaan2 yang akan dijalankan semasa pemeriksaan mata rutin termasuklah:
- ujian kemasukan penglihatan- untuk melihat sejauh mana mata anda dapat melihat benda iaitu diuji dengan Carta Huruf yang biasa digunakan.
- refraksi -ujian untuk mendapatkan Power/kuasa mata anda jika anda seorang yang rabun
- ujian fungsi mata- iaitu ujian untuk melihat fungsi kedua-dua belah mata sama ada normal atau tidak, disinilah ujian untuk kejulingan dijalankan
- ujian kesihatan mata- ini termasuklah kesihatan dari luar mata sehinggalah ke belakang mata. dari kelopak mata sehingga ke fungsi saraf dalam mata yang berkaitan dengan otak jika terdapat sebarang lesi/keabnormalan.
daripada ujian2 di atas inilah menentukan segala maklumat yang dapat akan dirujuk kepada bahagian pengkhususan jika terdapat keabnormalan. contohnya:
- jika anda tidak dapat membaca semasa kemasukan penglihatan-anda dirujuk ke klinik penglihatan terhad
- jika anda dikesan mempunyai juling dan gejal2nya-anda dirujuk ke klinik penglihatan binokular
- jika anda mempunya masalah yang perlu rawatan lanjut-anda akan dirujuk ke Jabatan Oftalmologi di hospital2
Sebagai kesimpulan, saya ingin menegaskan bahawa pemeriksaan mata itu adalah penting. jika anda dapat meluangkan mase untuk bercuti selama berhari, jika anda mempunyai masa untuk menonton wayang.........apa salahnya anda dapat meluangkan masa untuk membuat pemeriksaan mata yang hanya memerlukan masa kurang daripada 2 jam ini..........???!!!!
MATA ADALAH ANUGERAH ILLAHI YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA,
HARGAILAH DAN PELIHARALAH IA SEBAIKNYA..............
puiyoo.....updet belog seyh..best2..sgt berinfrmasi.hihik...keep it up nis! :)
ReplyDeletetq2 ats sokongan padu kak ekin....semoga diharapkan ada cadangan dan komentar ag membina dalam merencana blog ni....tq skali ag...
ReplyDelete