Post ini adalah berkaitan dnegan salah seorang pesakit anis yang telah mendapat masalah penglihatan terhad kerana ibu beliau telah dijangkiti penyakit rubella semasa mengandungkan beliau. Oleh sebab itu, nasihat saya, sebelum mengandung, anda perlu memriksa tahap imunisasi dalam diri anda. jika perlu, dapatkan vaksin rubella sebelum kehamilan.
Gambar hiasan.
Apakah kesan jika anda dijangkiti rubella ketika hamil??
Virus tersebut memang menyerang tidak lama, namun kesannya teruk menyerang kandungan anda. Antaranya boleh menyebabkan masalah pada otak, kebutaan (akibat katarak dan lain-lain), pekak dan banyak lagi komplikasi lain.
uam pada kulit pada pesakit yang dijangkiti dengan penyakit rubella.
Anak yang dilahirkan nanti juga akan mendapat sindrom bayi rubella iaitu mempunyai masalah mata seperti katarak dan juga masalah otak.
Beginilah keadaan mata pesakit jika dijangkiti rubella semasa di dalam kandungan ibu.
Antara komplikasi sindrome rubella pada bayi.
Oleh itu, pemeriksaan imunisasi dan suntikan vaksin amat penting sebelum anda hamil untuk mengelakkan jangkitan virus ini semasa mengandung kelak.
Harap maklum, selamat mencegah. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Sindrom Duane ini adalah penyakit sejak kelahiran berkaitan dengan pergerakan mata akibat daripada penyambungan saraf yang salah pada otot-otot pada mata.
Sindrom ini merupakan sindrom yang berkaitan dengan mata. Tidak seperti Sindrom Down, sindrom ini memang tidak popular di kalangan masyarakat kita. Sindrom ini cuma berkaitan dnegan mata. Sekali pandang, pesakit dengan sindrom ini adalah seperti normal sahaja. Namun begitu, jika diteliti dengan baik, pergerakan matanya memang banyak bezanya dengan keadaan yang normal.
Baru-baru ini, anis berpeluang untuk merawat pesakit dengan sindrom yang telah datang ke klinik kami. Sindrom ini kebanyakannya dikesan di kalangan kanak-kanak. Oleh sebab itu, keprihatinan ibu bapa dan guru amat penting dalam mengesan tanda-tanda penyakit ini.
Ini merupakan gambar yang sempat dirakam semasa sesi ujian mata pesakit dengan sindrom ini yang telah diedit.
Ujian pergerakan mata pada pesakit dengan sindrom Duane.
Antara tanda-tanda yang dapat diperhatikan pada pesakit dengan sindrom ini adalah:-
1. Mata susah bergerak ke arah telinga. (limitation on abduction)
2. Bukaan mata kan menjadi kecil jika cuba menggerakkan mata ke arah hidung. (narrowing palpebral fissure when attempt adduction)
3. Bukaan mata akan menjadi semakin besar dan terbonjol keluar semasa mencuba melihat ke arah telinga (protrusion and widening palpebral fissure on abduction)
4. Masalah kepala menjadi ketelengan (Marked abnormal head posture)
5. Masalah mata juling. (Strabismus)
6. Masalah mata malas (Amblyopia)
Masalah ini merupakan masalah sejak kelahiran dan ianya adalah kekal. Namun begitu, bagi masalah seperti rabun, juling dan mata malas, rawatan perlulah dimulakan seawal yang mungkin. Dengan rawatan ini sekurang-kurangnya kita dapat membantu sedikit sebanyak masalah penglihatan bagi pesakit dengan penyakit sindrom ini.
Adakah anda seorang yang sering ada gangguan sakit kepala yang teruk? Serangan sakit kepala yang teruk boleh juga diikuti dengan rasa gangguan pada penglihatan. antara bentuk gangguan penglihatan yang terjadi adalah seperti penglihatan anda tersa seperti ada kilatan atau cahaya terang, ada gangguan seperti tompok-tompok hitam dan banyak lagi???
Jika ya, anda mungkin ada penyakit mata yang dikenali sebagai retinal migraine iaitu migraine pada mata. Migraine ini memang agak ketara berlaku terutamanya di kalangan remaja. Antara bentuk gangguan adalah seperti berikut:-
1. Penglihatan seperti kaca pecah. (positive scotoma)
2. Penglihatan tengah menjadi kabur. (negative scotoma)
3. Penglihatan seperti merekah. (fortification)
4. Medan penglihatan menjadi separuh. (hemianopia)
**(Sila rujuk gambar)
Kesan penglihatan akibat daripada serangan migraine.
Ini kerana, semasa serangan retinal migraine ini, mata anda kurang menerima oksigen dan salur darah ke mata semuanya menjadi kecil dan mata seolah-olah 'lemas' buat seketika. Oleh sebab itu, tahap penglihatan akan terganggu buat semetara waktu.
Lihatlah gambar belakang mata semasa serangan (gambar tengah); semua salur darah menjadi kecil.
Jika anda tanya saya, adakah ianya bahaya? Ya, jika ianya ada kaitan dengan kesakitan. Ukuran tahap bahaya adalah berdasarkan kesakitan yang dialami. Jika anda rasa terganggu dengan kerapan serangan dan kesakitan yang dialami, ini perlu menjalani pemeriksaan pakar seperti membuat MRI atau CT scan. Mungkin ada kaitan dengan otak.
Bagaimana ingin mengelakkan serangan retinal ini?? Senang sahaja, anda boleh elakkan bahan yang membawa kepada migraine ini termasuklah makanan seperti kekacang, coklat, sesetengah bahan pengawet dan sebaginya dan ianya berbeza mengikut individu. Jika tidak berjaya, doktor akan memberi segala ubat berkaitan seperti analgesic dan sebagainya. Ada juga kaedah alterbative seperti akupuntur, meditasi, biofeedback dan lain-lain.
Pesanan anis adalah, jika migraine menyerang, anda mungkin perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan menyeluruh, ini kerana setiap tanda-tanda dan gejala itu adalah kerana ada sesuatu terjadi di belakangnya. Apa yang dirisaukan adalah ketumbuhan di dalam otak atau tekanan dalam salur yang boleh mengan cam nyawa. Jangan ambil mudah...
Sakit mata seperti mata umum ketahui, ianya mudah merebak. Ada jenis yang menyakitkan, ada yang tidak. Lelehan juga berbeza, ada yang bernanah, berair dan sebagainya. Dari segi kemerahan, ada yang sangat merah dan ada juga tidak begitu merah. Namun, sebarang keselesaan di atas, adalah merupakan masalah ketika jangkitan sakit mata ini. Namun, tahukah anda, selain daripada kesan semasa jangkitan sakit mata ini, kesannya juga turut dirasai selepas mendapat sakit mata.
Keresaan akibat serangan sakit mata.
Daripada hasil perkongsian dan pemerhatian bersama salah seorang penyelia klinik yang juga optometris di UKM ini, selain kuasa mata atau power rabun juga boleh berubah jika selepas serangan sakit mata ini. Ini amat ketara jika anda seorang yang memang ada rabun jauh atau dekat. Ada juga pesakit yang mengadu selama ini tidak perlu memakai kaca mata, namun selepas jangkitan sakit mata ini, beliau perlu memakai kaca mata.
Minimakan penggunaan ubat, sila ikuti nasihat doktor mata dan jangan lengahkan rawatan.
Sebab rabun ini belum dapat dipastikan. Mungkin daripada segi kesan pemakaian ubat semasa jangkitan ataupun perubahan kompenan di depan mata. Apabila adanya jangkitan sakit mata, mata akan menjadi sedikit kering dan kesan kuman (corneal epithelial defect) ini akan menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan memerlukan pesakit untuk memakai kaca mata.
Kesan penandaan pada kornea selepas jangkitan sakit mata.
Ini juga boleh disebabkan juga perubahan struktur yang terkena jangkitan tersebut iaitu kornea dan juga konjunctiva. Adalah baik, jika anda mendapat kepastian tentang kesihatan depan mata anda sebelum membuat kaca mata.
Komponen depan mata yang terkena jangkitan kuman sakit mata.
Jadi, pesanan saya, jika anda ada menempah kaca mata dan selepas itu anda terkena jangkitan sakit mata ini, anda dinasihatkan supaya menghubungi kedai optikal berkenaan untuk menagguhkan tempahan kanta tersebut sehingga jangkitan tersebut sembuh. Ini kerana mungkin kuasa mata anda berubah selepas sakit mata ini reda. Pesanan ini amat berguna jika anda seorang yang menempah kanta yang mahal atau 40-an dan ke atas, ini kerana sakit mata ini juga dapat menggangu kuasa mata jauh mahupun dekat juga.
Oleh itu, hindarilah daripada terkena jangkitan sakit mata ini. Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Sekian, terima kasih.
Retinitis pigmentosa adalah penyakit mata yang agak janggal disebut di dalam masyarakat kita berbanding penyakit seperti katarak atau glaukoma. Retinitis pigmentosa boleh menyerang satu dalam 4000 orang. Retinitis pigmentosa adalah satu penyakit keturunan yang menyebabkan kehilangan penglihatan berperingkat-peringkat akibat daripada kegagalan atau kemerosotan fungsi reseptor di belakang mata. Reseptor yang terlibat kebanyakannya adalah reseptor untuk penglihatan malam. Oleh sebab itu, pesakit dengan retinitis pigmentisa ini, penglihatan malam akan lebih terjejas berbanding pada waktu siang.
Medan penglihatan menjadi kecil dan penglihatan tengah terjejas.
Simptom boleh berbeza mengikut umur, perkembangan penyakit dan juga jenis-jenis penyakit ini. Jika ianya diwarisi daripada dominan, penyakit ini lambat kesannya dan sedikit sahja kesannya. Namun jika diwarisi daripada resesif atau perhubungan-X, maka kesannya dapat dilihat sejak kecil lagi. Antara simptom utama yang dialami adalah rabun malam yang teruk, medan penglihatan menjadi semakin kecil dan gangguan penglihatan tengah. Pada peringkat awal, penyakit ini mungkin muncul bersama penyakit mata lain seperti katarak dan bengkak di tengah belakang mata (makular).
Kerosakan reseptor yang berlaku di belakang mata.
Untuk merawat penyakit ini, setakat ini tiada lagi rawatan yang dibuktikan berjaya merawat penyakit ini, Namun di Cuba, satu rawatan penggantian gelemaca di dalam mata diperkenalkan dan ianya mungkin berjaya mencegah daripada proses perkembangan penyakit ini. Antara rawatan yang ada sekarang adalah jika ada katarak, pembedahan katarak boleh dilakukan. Jika bengkak kawasan tengah belakang mata, rawatan dengan acetazolamide ada juga dilakukan. Jika perlu alat bantuan penglihatan, ada alat bantuan penglihatan terhad ada juga.
Alat bantuan penglihatan terhad untuk pesakit retinitis pigmentosa.
Selamat tahun baru semua rakan optometri. Tidak terlambat lagi rasanya untuk ucapan itu. Anis kini sibuk sedikit dengan ujian akhir semester. Semasa ulangkaji, anis teringin berkongsi mengenai tajuk masalah nocturnal myopia atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai rabun jauh malam.
Kesukaran memandu pada waktu malam...itulah tanda awalnya
Apakah itu rabun jauh malam???
Rabun jauh malam adalah kabur penglihatan apabila melihat jauh yang berlaku pada waktu malam. Kuasa bagi rabun jauh ini tidak lebih daripada 50 hingga 100. Rabun jauh jenis ini memang tidak menjadi masalah jika keadaan siang hari, namun masalahnya cuma akan timbul jika anda memandu pada waktu malam.
Bagaimanakah rabun jauh ini berlaku???
Ada 2 pendapat tentang kejadian rabun ini. Antaranya ialah (1)Disebabkan oleh kekurangan cahaya pada waktu malam dan (2) adalah disebabkan oleh saiz anak mata ynag mengembang dalam keadaan gelap.
Sebenarnya kebanyakan mata manusia memang akan menjadi semakin rabun jauh jika di dalam keadaan kekurangan cahaya. Ini kerana, di dalam keadaan yang gelap, mata kita akan kekurangan ransangan untuk sistem fokus di dalam mata kita. ini kerana untuk sistem fokus ini berkerja sepenuhnya, seseorang itu perlu melihat sesuatu objek yang cerah dan jelas. Jika sesuatu objek tidak jelas, sistem fokus ini seolah-olah 'tergantung' fungsinya. Inilah menyebabkan mata kita seolah-olah seperti rabun jauh.
ada juga kajian lain mengatakan bahawa rabun jauh pada waktu malam ini juga dikaitkan dengan saiz anak mata. Jika di dalam keadaan gelap, anak mata kita akan menjadi besar. Inilah yang menyebabkan peningkatan aberasi sferikal atau erti kata lain peningkatan kuasa rabun jauh mata kita.
Dapatkan kaca mata untuk memandu malam.
Jika anda mempunyai masalah memandu pada waktu malam, anda mungkin ada rabun jenis ini. Nasihat saya, sila berjumpa dengan optometris berhampiran anda untuk mendapatkan sepasang kaca mata untuk digunakan pada waktu malam. Insha Allah masalah dapat diselesaikan. Namun, jika selepas memakai kaca mata, anda masih ada masalah semasa memandu malam, anda mungkin ada masalah mata lain seperti katarak, keratokonus, retinitis pigmentosa dan sebagainya.
Harap maklum.=))
Salah satu penyakit lain yang juga menyumbang kepada kesukaran memandu pada waktu malam....
Ini cerita anis nak kongsikan dengan semua. Tentang dilemma masalah mata yang dialami oleh salah seorang pesakit di klinik optometri UKM ni. Beliau mengadu penglihatan menjadi kabur sejak kebelakangan ini. Beliau tidak pernah memakai kaca mata dan ahli keluarganya pula tiada sejarah rabun jauh. Beliau sangat risau dengan masalah yang beliau hadapi.
Anis cuba menjalankan ujian penglihatan untuk mendapatkan kuasa kaca mata. Tapi selepas menjalankan pemeriksaan mata, anis dapati kuasa mata beliau bukanlah untuk rabun jauh. Beliau mempunyai rabun dekat sebenarnya. Kabur penglihatan jauh, tapi sebenarnya ada rabun dekat. Bagaimana ianya boleh berlaku???
Apabila anis cuba tanyakan tentang aktiviti harian, rupa-rupanya pesakit ini merupakan seorang yang banyak menggunakan VDU. Laptop merupakan peneman setia kerja beliau. Beliau bekerja menggunakan laptop lebih kurang 8.00 pagi sehingga 7.00 petang. Beliau bertanya apakah kesannya??? Penggunaan laptop di kira sebagai salah satu aktiviti kerja dekat. Jika mata anda digunakan secara keras dan berterusan untuk melihat laptop ini, mata kan menjadi terlebih keupayaan utnuk fokus yang menyebabkan otot di dalam mata tidak mendapat rehat yang cukup. Keadaan ketidakbolehan otot di dalam mata ini untuk rehat menyebabkan ada masalah kabur penglihatan jauh. Sebenarnya kabur penglihatan jauh disebabkan mata tidak dapat rehat akibat daripada terlampau lama membuat kerja. Inilah dikatakan rabun jauh palsu a.k.a pseudomyopia.
Keadaan otot mata di dalam mata. Otot ini pun sama juga dnegan semua otot lain pada badan kita. jika dekerja keras, ianya juga akan kejang.
Bagaimana mengatasinya???
Anda guna rumus 30-10. iaitu jika membuat kerja sdekat selama 2 jam, pastikan mata anda dapat rehat sekurang-kurangnya 10 minit. Ingat tau. Anis cuba berpesan kepada pesakit dan juga semua pembaca di sini.
Nota kaki:-
Jika rehat, apa yang anis maksudkan adalah jalan-jalan, lihat benda hijau. Rehat bukan bermaksud rehatkan badan dan mula mencari handphone, mula mencari ipad masing-masing atau sebagainya. Rehatlah dengan betul. Jika anda rehat dengan menggunakan telefon dan ipad anda, anda tidak dikira rehatkan mata.
Rehatkan mata anda.
Ingat pesan yer. Cara terbaik adalah bermula daripada anda.
Anak-anak adalah sumber inspirasi. Anak-anak juga adalah amanah daripada Illahi untuk ibu bapa. Ramai yang berkata anak-anak pada peringkat kanak-kanak ini adalah jujur dan tidak pandai menipu. Namun begitu, walaupun mereka jujur, tidak semua perkara mereka akan luahkan secara lisan. Begitu juga dengan masalah mata, kebanyakan masalah mata yang menyerang kanak-kanak adalah berlaku sejak kecil dan tanpa disedari oleh ibu bapa. Ini kerana tidak semua kanak-kanak tahu mengadu tentang masalah mata. Mereka tidak mengerti lagi mengenai apa itu penglihatan yang jelas ataupun tidak. Mereka mungkin nampak kabur, namun mungkin mereka menganggap semua rakan-rakan melihat seperti mereka.
Jadi, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memerhatikan perkembangan anak-anak mereka terutamanya masalah mengenai mata. Jika mempunyai masalah mata, ada lebih kurang sepuluh gejala-gejala yang dapat dilihat dan diperhatikan. Antaranya adalah:-
Mengecilkan mata untuk melihat jauh.
Mungkin disebabkan rabun jauh.
Kerap menggosok mata.
Mungkin disebabkan alergik konjunktivitis.
Kerap berkelip mata.
Mungkin disebabkan lemah akomodasi yang dialami. Masalah susah untuk fokuskan imej yang dilihat.
Mata selalu berair walaupun tidak menangis.
Mungkin disebabkan saluran air mata tersumbat.
Mata merah.
Mungkin disebabkan jangkitan kuman pada mata.
Duduk dekat untuk menonton TV dan membaca terlampau dekat.
Ramai ibu bapa tersalah anggap. Ibu bapa sering kali marah jika anak-anak duduk dekat dengan kaca TV, tapi tahukah anda, itu adalah petanda terbaik anda ada masalah mata. Kanak-kanak yang rabun jauh, tidak nampak utnuk melihat jauh, sebab itu mereka perlu duduk dekat. Begitu juga semasa membaca buku.
Terlampau sensitif terhadap cahaya ataupun lampu.
Mungkin mengalami masalah rabun silau yang terlampau tinggi pada mata (astigmatism).
Sakit pada mata.
Ambil berat jika anak-anak merengek dan mungkin menunjukkan seolah-olah mata mereka sakit, anak anda mungkin ada masalah lain seperti glaucoma dan sebagainya.
Selalu membutangkan mata.
Membutangkan mata adalah salah satu tanda berkaitan dengan rabun jauh juga.
Pergerakan mata yang ganjil (termasuklah juling atau bergetar)
Kebanyakan juling adalah boleh dibetulkan jika pada peringkat kanak-kanak. Jadi, kesannya pada peringkat awal adalah yang terbaik.
Itulah antara tanda-tanda anak anda mengalami masalah pada mata. Jika gejala ini dikesan pada anak anda, sila berjumpa dengan pakar mata yang berhampiran. Jangan terlambat. Mengesan, memeriksa, dan merawat di peringkat awal adalah lebih baik daripada dibiarkan atau dirawat pada peringkat terlewat. .....=))
Berikut adalah gambar pesakit dengan Bell's palsy.
Pesakit Bell's palsy ini biasanya dengan keadaan mulut seolah-olah menunjukkan gigi, kening terangkat dan terkedip-kedip mata.
Tanda-tanda Bell's palsy.
Jumlah sebenar pesakit yang ada penyakit ini di Malaysia tidak diketahui. Namun, anda boleh bayangkan risikonya jika anis katakan setakat sesi klinikal selama 4 bulan ini anis sudah ada dua pesakit dengan masalah ini. Salah satunya pelajar sekolah 15 tahun dan seorang lagi adalah kakitangan kerajaan, 53 tahun. Boleh dikatakan penyakit boleh menyerang tanpa tanda lain dan tanpa mengira umur. Yang paling menakutkan, penyakit ini biasanya menyerang semasa tidur. Apabila terjaga di waktu pagi, biasanya pesakit sudah mulai rasa lumpuh sebelah muka dan ianya terasa seperti berat.
Asal-usul penyakit ini adalah disebabkan saraf muka yang lumpuh yang mungkin diakibatkan oleh pertumbuhan tumor, jangkitan pada otak (meningitis), strok, kencing manis, kecederaan kepala dan juga jangkitan kuman lain-lain. Namun, pada kedua-dua pesakit anis yang ada Bell's palsy ini, ianya berpunca daripada darah tinggi yang tidak dikawal dan tidak diperiksa. Saraf daripada otak ke muka ini adalah berkait juga dengan salur darah. Maka, sebarang keabnormalan pada salur darah iaitu kolesterol tinggi, darah tinggi dan kencing manis ini akan juga menyebabkan kecederaan pada saraf-saraf ini.
Lumpuh pada saraf daripada otak ke muka a.k.a lumpuh saraf pada muka.
Nasihat optometri adalah untuk mengelakkan keadaan ini adalah dengan berjumpa doktor utnuk pemeriksaan kadaan kesihatan secara tetap atau regular. Jika anda didiagnos mempunyai masalah-masalah kesihatan, patuhi nasihat doktor. Jika anda mempunyai masalah Bell's palsy ini, sila berpunca dengan pakar dengan segera kerana ianya juga boleh juga berkaitan dengan pertumbuhan tumor yang membahayakan.
Pesakit dengan masalah ini biasanya mempunyai masalah mata seperti masalah mata kering. Ini kerana kelopak mata susah untuk ditutup. Ini akan menyebabkan masalah mata kering dan jika tidak dirawat dengan betul, mata akan mudah terluka dan menyebabkan kebutaan.
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Sekian, terima kasih.
Musim tengkujuh sudah melanda di negeri-negeri di Pantai Timur. Banyak tempat sudah ditenggelami banjir. Diharapkan mangsa-mangsa banjir dapat bersabar dengan ujian yang menimpa ini. Semoga dipermudahkan urusan segalanya.
Banjir sekitar pekan Rantau Panjang.
Banjir atau air bah ini amat sinonim sebagai agen pembawa penyakit berjangkit seperti taun, cirit-birit, sakit mata (konjunktivitis) dan sebagainya. Kuman pembawa penyakit ini terdapat dalam air mentah yang bercampur dengan pelbagai kekotoran yang terdapat didalam air. Segala penyakit mula datang merebak jika banjir sudah melanda lebih daripada seminggu dan mula reda atau surut mulai airnya. Ini kerana segala kekotoran dan bangkai mula mereput pada masa ini. Kuman daripada air ini salah satunya akan menyebabkan sakit mata dan sebagainya. nauzubillah....
Sakit mata adalah penyakit mudah berjangkit dan sering dikaitkan dengan penyakit bawaan air banjir
Apa yang memburukkan keadaan adalah jika kuman ini menjangkiti anda semasa anda di pusat pemulihan banjir. Penyakit ini mudah berjangkit daripada seseorang ke seseorang yang lain melalui sentuhan, pakaian dan tempat tidur. Jadi pencegahan adalah terbaik daripada rawatan. mulakan langkah daripada anda dahulu.
Salah satu simptom sakit mata adalah mata akan menjadi merah...
Bagaimanakah caranya??
1. Amalkan meminum makanan dan minuman daripada sumber yang bersih.
2. Amalkan kebersihan yang optimum. Amalkan amalan membasuh tangan sehingga bersih sebelum dan selepas melakukan aktiviti seperti makan, keluar daripada tandas dan sebagainya.
3. Jangan menggunakan pakaian seperti tuala dan selimut secara bergilir-gilir.
4. Jaga kebersihan kemudahan asas seperti tandas dan sebagainya.
5. Sila berjumpa dengan pakar jika terdapat sebarang gejala ketidakselesaan.
Diharapkan langkah berjaga-jaga lain juga perlu diambil berat juga. Buat mangsa banjir yang menjadikan banjir ini seperti pesta, fikirlah dua kali sebelum anda lakukannya. Penyakit seperti sakit mata ini memang kelihatan remeh sahaja, namun jika tidak dirawat dengan betul dan jika jangkitannya begitu lama, kesan sakit mata ini boleh mendatangkan kesan jangka masa yang panjang seperti penglihatan menjadi kabur, mata berparut dan sebagainya.
Kepada ibu bapa, awasi anak-anak anda. Semoga kalian semua dirahmati-Nya. Sekian.
Kesan sakit mata adalah disebabkan penglihatan menjadi kabur setelah sembuh.
Kesan menggaru mata seperti pendarahan pada tisu mata.
Banyak kes pendarahan pada mata akibat dariapda perbuatan menggaru mata. Sekarang mungkin musim sakit mata akibat allergik pada sesuatu bahan atau dikenali juga sebagai allergic conjunctivitis. Penyakit mata gatal ini amat sinonim dengan masyarakat kita akibat daripada alahan kepada makanan laut, belacan dan sebgaainya terutamanya pesakit resdung atau sinusitis ini. Jika tidak dirawat, mata gatal merupakan salah satu kesannya.
kelopak mata atas jika diterbalikkan, akan nampak benjolan yang amat mengatalkan. Anda mungkin ada sakit mata allergik.
Jika anda mempunyai masalah sakit mata akibat allergik ini, mata anda akan berasa gatal. Namun tahukah anda, menggosok sekadar menghilangkan rasa gatal secara psikologinya adalah tiada masalah. Caranya cuma senang sahaja. Anda perlu tutup mata dengan rapat kemudian cuba gosok dengan perlahan-lahan. Ianya mungkin mendatangkan kelegaan buat sementara sebelum anda berjumpa dengan pakar mata untuk mendapatkan rawatan. Namun, apa yang ditegah adalah menggosok seolah-olah menggaru mata anda sehingga mendatangkan kesan kerosakan pada tisu di mata.
Garu mata sampai puas hati, selepas itu mata akan ada pendarahan seperti ini.
Nasihat saya adalah supaya semua dapat menjaga mata masing-masing. Jika mata anda berasa gatal, jangan gosok mata anda secara berlebihan. Sila rujuk pakar untuk menggunakan ubat. Jangan menggunakan sebarang ubat pada mata tanpa nasihat pakar. Sekian, terima kasih.
Hahahaha tergelak kecil bila mengenangkan kata-kata nenek saya,' Ketumbit akan muncul apabila kamu mengintai'. Sejauh mana kebenarannya??? Ketumbit adalah salah satu penyakit mata yang selalu kita dapati terutamanya pada kelopak mata. Adakalanya sakit dan ada juga jenis ketumbit yang tidak sakit. Bagaimana ianya boleh berlaku???
Mengintai siapa ini???
Ketumbit sebenarnya suatu nama am sahaja. Namun, jika diamati, ketumbit ini terdapat dua jenis. Iaitu kecil dan sakit atau nama saintifiknya stye ataupun besar dan tidak sakit tau nama saintifiknya chalazion.
1) Stye
- Ianya terjadi apabila terdapat jangkitan kuman pada liang peluh ataupun akar bulu mata seperti terjadinya jerawat.
- Bentuknya bulat kecil yang tegang permukaannya dan selalunya di bahagian kelopak mata luar dan menyebabkan kesan kesakitan.
- Biasanya bulat kecil akan ada nanah ataupun air
- Ianya berlaku dalam masa yang singkat.
- Boleh hilang dalam masa beberapa hari hingga beberapa minggu.
- Kebarangkalian akan berlaku semula yang tinggi. (recurrent)
Kekotoran pada mata juga dapat menggalakkan pembiakan kuman dan menyebabkan stye ini berlaku
2) Chalazion
- ianya terjadi apabila terdapat radang pada liang minyak dan ianya bukanlah suatu jangkitan kuman dan ianya bukan seperti jerawat.
- Bentuknya lebih besar berbanding stye dan ianya berlaku seolah-olah seperti di dalam kulit dan tidak menyebabkan kesakitan.
- Bulat besar biasanya tiada kelihatan nanah atupun air, cuma ada kelihatan kemerahan sahaja
- Ianya berlaku dalam masa yang agak lama perkembangannya, mungkin minggu ataupun bulan.
- Ianya juga lambat pulih.
- Tidak berjangkit dan kebarangkalian akan berlaku adalah tidak begitu tinggi berbanding stye.
Ini pula chalazion yang disebabkan oleh radang pada kelenjar minyak pada kelopak mata yang menyebabkan liang ini tersumbat dan membesar seperti ini....
Setakat ini, anda sudah tahu kan?? bagaimana ketumbit-ketumbit ini boleh terjadi kan??? Jadi, berhentilah momokan anak anda bahawa mengintai itu boleh menyebabkan kejadian ketumbit ini. Kalau ianya benar-benar berlaku, ini semata-mata adalah kebetulan sahaja.
Dan jika ianya memang betul, pada hemat saya, mungkin disebabkan oleh dua keadaan:-
Oleh kerana anda berada di tempat yang kotor semasa mengintai itu, anda mungkin dapat jangkitan kuman pada mata yang boleh membawa ketumbit jenis stye ini berlaku. hahahahaha ataupun....
Ketumbit jenis chalazion pula boleh berlaku disebabkan anda sibuk sangat nak mengintai sehinggakan lupa ingin menjaga kesihatan kulit dan akhirnya minyak berkumpul, radang berlaku, dan pembengkakkan akan berlaku pada kelopak mata.
Nah, alasan yang munasabah atau tidak, ianya terpulang kepada anda. Tepuk dada, tanya ilmu ya. Saya cuma ingin memperbetulkan pantang larang daripada generasi ke generasi sahaja. dan pesan saya, jika anda mempunyai ketumbit, cubalah kaedah ini:-
1) tuam dengan tuala suam ataupun warm compression.
Inilah salah satu cara melakukan tuaman pada mata anda.
2) Anda juga boleh mengamalkan penjagaan kelopak mata ataupun lid care. Caranya dengan menggunakan tisu khas untuk lid scrub yang boleh didapati di farmasi ataupun dengan kaedah shampu bayi dicampurkan dengan air suam. Celupkan putik kapas di dalam campuran tersebut, dan usapkan putik kapas tersebut secara lembut pada kelopak mata untuk hilangkan kekotoran pada bulu mata tersebut.
Inilah salah satu cara penjagaan kelopak mata untuk mengelakkan kejadian ketumbit
3) Jika berterusan, sila berjumpa dengan doktor anda.
Selamat mencuba dan beramal. Sekian, terima kasih.
Kali ini anis menulis dengan semangat RED WARRIOR yang berkobar-kobar. Ia merupakan salah satu pengalaman sebenar anis semasa latihan industri baru-baru ini di Hospital Raja Perempuan Zainab (II), Kota Bharu. Apa kaitannya dengan optometri ini??
Inilah salah satu cerita benar mengenai salah satu penyokong kuat skuad kelate ini yang sudah hilang penglihatan sebelah mata sekarang. Ini semua akibat letupan bunga api ketika menyaksikan perlawanan bola. Kisah ini boleh dijadikan iktibar buat kita semua. Adakah anda sedar bahaya ada di sekeliling. Bahaya ada juga ketika menyaksikan perlawanan bola sepak akibat bunga api ini.
Apa yang terjadi pada mata pesakit ini??? Mata pesakit ini sudah terkoyak di belakang mata beliau. Lapisan saraf belakang mata telahpun terkoyak dan tertanggal seperti gambar di bawah. Beliau juga mengalami pendarahan di dalam bebola mata. Ish3x dasyatnya. Adakah anda rasa berbaloi jika penglihatan ditukar dengan menonton perlawanan bola.
Inilah gambar belakang mata yang tertanggal itu.
Jadi nasihat saya, saksikanlah perlawanan bola ini secara BERSIH dan SELAMAT. Pentingkan keselamatan ya.
Selamat bersemangat semua.....insha Allah selamat...(promote abg sendiri)...
Apakah bahan-bahan yang telah membina badan anda???
Wah...macam terbalik saja bunyinyer. ye memang sebaliknya. Tiada perkataan paling sesuai untuk menggambarkan dilemma seseorang yang berbadan saiz XXXXXXXL ni. Maklumlah, kesihatan adalah segalanya. Apa gunanya wang berkepuk jika kesihatan semuanya lingkup. Tidak melampau jika anis katakan bahawa jika anda berdepan dengan masalah obese ini anda ibarat 'muflis' dari segi kesihatan ini. Anda 'muflis' kerana melalui obesiti inilah yang akan membuka satu jalan ke arah semua jenis penyakit yang melibatkan organ-organ dalam badan kita termasuklah mata. Bagaimanakah obesiti dapat me'muflis'kan kesihatan mata anda??
Mata anda juga boleh mengalami kebuluran?????........
1. Seperti perut yang akan berasa lapar, begitu juga dengan mata, mata juga akan mengalami kebuluran jika anda menghadapi masalah obesiti ini. Oleh sebab badan mendapat ketidakseimbangan zat akibat obesiti ini, seperti organ yang lain, mata juga akan mengalami kekurangan nutrisi tertentu. keadaan ini akan mengakibatkan mata mengalami masalah denegerasi makular. Makular adalah salah satu struktur yang berada di belakang mata.
Keadaan lapisan belakang mata yang normal (atas) dan yang mengalami makular degenerasi(bawah).
2. Jika anda mempunyai masalah obesiti, mata anda juga mungkin berisiko untuk mendapat katarak berkaitan umur.
Komplikasi kegemukan terhadap mata adalah katarak.
Penyakit dengan kanta dalam mata yang mempunyai katarak.
Bagaimanakahsemua ini berlaku??? Menurut kajian yang dijalankan oleh pakar, lemak yang berkumpul ini akan bertindak untuk menyerap nutrisi yang penting kepada mata termasuklah lutein dan zeaxanthin. Kedua-dua nutrisi ini penting kepada mata sebagai nutrisi utnuk melindungi mata kerana ianya bersifat antioksidan. Jika badan banyak lemak, lutein dan zeaxanthin berkurang, kesihatan mata juga menurun. Timbullah beberapa gejala pada mata seperti ini.
Anda mungkin akan mengalami masalah penglihatan sebegini kesan akibat daripada mata yang tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya.
Jadi, sama-salah kita menjaga berat badan kita supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang obesiti dan yang 'muflis' kesihatannya. Penduduk Malaysia bijak, kawal berat badan untuk prestasi penglihatan mata anda. Yeah!!!!!. (^___^)p