Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers
Showing posts with label Kanta Sentuh. Show all posts
Showing posts with label Kanta Sentuh. Show all posts

Friday, April 27, 2012

PeSaNan UnTuK PemAkai KanTa SenTuh UntUk MaJLiS MakaN MaLam

Saban tahun, pelajar-pelajar tahun akhir ini akan dihidangkan dengan pelbagai stress dan lambakan kerja. Maka majlis makan malam diadakan untuk meraikan pelajar tahun akhir ini yang kuat dan gigih belajar demi segulung ijazah ini. Anis tertarik untuk komen mengenai pemakaian yang berkaitan dengan kanta sentuh semasa ke majlis makan malam. 

Kenangan makan malam.

Tidak dinafikan, mata perlulah tampil yakin pada malam tersebut.

Cadangan make-up pada mata.

1. Waktu pemakaian kanta sentuh. 

Rancang masa pemakaian kanta sentuh anda.

Jika ingin memakai kanta sentuh semasa makan malam ini, anda mestilah merancang jadual pemakaian berdasarkan kanta sentuh yang anda pakai. Contohnya, jika kanta sentuh anda jenis berwarna, anda tidak digalakkan untuk memakainya selama lebih 8 jam. Jadi, jika makan malam anda bermula jam 8 malam sehingga 12 tengahmalam, anda perlulah pakai kanta sentuh tersebut pada waktu petang dan bukannya daripada pagi. Ini penting untuk mengelakkan kejadian overwear kanta sentuh dan mata kurangnya oksigen.

2. Cara pemakaian kanta sentuh.

Anda dinasihatkan untuk memakai kanta sentuh sebelum memakai kanta sentuh. Ini utnuk mengelakkan sebarang bentuk mekap utnuk melekat apda kanta sentuh semasa dipakaikan ke mata. Tapi jika make-up anda daripada jenis alcohol atau mudah larut air, sila pakai sebelum memasukkan kanta sentuh ke mata. 
.: Jika make-up oil based (basuh tangan--> kanta sentuh--> make-up)
.: Jika make-up alcohol based (make-up--> basuh tangan --> kanta sentuh)

Kebanyakan make-up adalah creme atau oil based, jadi pakai selepas memakai kanta sentuh.

Pelbagai semburan adalah alcohol based, jadi pakai sebelum memakai kanta sentuh.

Untuk pelajar yang akan ke makan malam, ingat pesan di atas yer. Dan yang paling penting adalah BASUH TANGAN SETIAP KALI MENGENDALIKAN KANTA SENTUH. Selamat berseronok di makan malam semua.

Sekian.


Sunday, March 25, 2012

KanTa SeNtuH UntuK Si MAta BeRLaiNan KuaSa....

Di sini saya ingin berkongsikan kisah kejayaan seorang pesakit saya menggunakan kanta sentuh. Sebelum itu saya hendak tanya, adakah anda seorang yang mempunyai kuasa mata yang berlainan antara dua mata. Jika berbeza kurang daripada 200 ianya mungkin tiada masalah jika anda cuma memakai kaca mata. Tapi jika ianya lebih daripada 200, mungkin kanta sentuh adalah penyelesaian yang terbaik.

Kanta sentuh jenis separa keras.

Ini adalah kisah benar seorang pesakit kanta sentuh saya. Beliau sekarang sudah berumur 26 tahun dan merupakan lepasan IPTS dalam jurusan pengurusan perniagaan. Namun beliau telah datang ke klinik Optometri UKM kerana dirujuk oleh doktor pakar di HKL kerana mata kanannya adalah mempunyai kuasa mata yang amat tinggi berbanding mata kirinya. Penglihatannya juga amat berbeza antara kedua-dua belah mata. Mata kanan beliau cuma dapat melihat sehingga baris 6/24 sahaja dan mata kiri dapat melihat sehingga baris 6/6.

Tahap penglihatan sebelum memakai kanta sentuh.

Perbezaan ini amat merunsingkan doktor. Ini kerana beliau terlalu bergantung kepada mata kiri untuk melihat jelas. Jadi, doktor menasihatkan beliau supaya berjumpa dengan optometris untuk dipasangkan kanta sentuh bagi mengatasi masalah perbezaan pembesaran imej akibat penggunaan kaca mata.

Spectacles magnification atau spectacles mignification merupakan cabaran utama jika pesakit mempunyai masalah perbezaan kuasa yang ketara antara dua mata.

Selepas dipasangkan kanta sentuh jenis separa keras, beliau telah datang untuk pemeriksaan susulan selepas seminggu. Kini, mata beliau telah berjaya dipulihkan sedikit pada sebelah kanan. Kini, mata kanan sudah berjaya melihat huruf pada barisan 6/9.

Tahap penglihatan selepas memakai kanta sentuh.

Alhamdulillah berjaya juga pulihkan penglihatan beliau walaupun kini sudah melepasi julat umur pemulihan untuk mata malas ini. Pesakit kini dibiarkan memakai kanta sentuh ini selama sebulan sebelum pemeriksaan susulan seterusnya.

Good job and well done to my patient.

That's all, thank you.

Apa Lagi Nak Dikata Tentang Contact Lenses??

Semua orang mahu kelihatan cantik dan tampil menawan. Jadi, muncullah pelbagai alat kosmetik untuk keperluan kecantikan termasuklah contact lens atau kanta sentuh ini. Ini termasuklah kanta sentuh yang berwarna ataupun tidak (clear). Namun, ramai yang berkira untuk berbelanja untuk alat kosmetik ini. Jika dulu, cuma bedak dan lipstik tiruan boleh didapati dengan mudah di pasar malam, kini giliran kanta sentuh pula mendapat tempat di pasar malam, pasaran online dan pasar terbuka.

Sebuah kedai di pasaraya terkemuka di ibukota. Penjual dan pembeli sibuk berurusan...

Saya sebagai bakal pengamal optometri ingin menegaskan bahawa pemakaian kanta sentuh bukanlah satu kesalahan. Namun jika anda ingin mencuba kanta sentuh ini, cuba dapatkan nasihat dahulu daripada seseorang yang bertauliah sebelum memakainya. Ini kerana:-

1. Tidak semua mata sesuai untuk memakai kanta sentuh. Anda perlu mengetahui dahulu apakah status mata anda sebelum memakai kanta sentuh. Adakah mata anda ada mempunyai masalah mata kering, mata alergik dan sebagainya. Baru-baru ini anis ada menegur seorang perempuan yang baru keluar dari panggung wayang. Mata beliau sangat merah dan beliau memakai kanta sentuh. Beliau berasa amat tidak selesa namun membiarkan keadaan itu sahaja. Adakah berbaloi untuk dilihat cantik, mata anda kini sudah bertukar menjadi seperti biji saga. Fikirlah beberapa kali ya...pesanan juga buat kekasih sebelah ya. Jangan ambil enteng perkara mata merah ini jika pasangan anda bermata merah dan memakai kanta sentuh, ini mungkin simptom utama sebelum mata menjadi lebih teruk.

Mata merah mungkin juga berpunca daripada pemakaian kanta sentuh yang terlalu lama.

2. Jika mata anda sihat, anda juga perlu mendapatkan nasihat yang penuh mengenai pengendalian kanta sentuh ini. Antaranya adalah mengenai cara sebelum memakai kanta sentuh, waktu pemakaian kanta sentuh, penyimpanan kanta sentuh dan sebagainya.

Gadis ini baru sahaja mengalami jangkitan kuman pada kedua-dua belah matanya. Ini berpunca daripada penjagaan kanta sentuh yang tidak betul. Penjual kanta sentuh tersebut cuma memberitahu beliau supaya membasuh kanta sentuh tersebut dengan air panas sahaja. Kesiannya...semoga beliau berjaya sembuh daripada pemyakit ini...

Perkara inilah yang perlu dielakkan jika memakai kanta sentuh. Apa lagi nak dikatakan tentang kanta sentuh ini, jika terdapat arahan di pasar malam seperti ini....

Apakah yang anda faham daripada arahan sependek ini???

Arahan yang betul juga menjamin keberkesanan penjagaan kanta sentuh tersebut..


3. Anda juga perlu mendapatkan pemeriksaan susulah selepas pemakaian kanta sentuh. Ini bagi menjamin pemakaian kanta sentuh ini tidak membawa perubahan yang besar dan ketara kepada mata anda. Ini termasuklah untuk pengurusan pemakaian kanta sentuh mengikut kesesuaian mata anda.

Salah satu kesan pemakaian kanta sentuh yang tidak dicuci dengan betul...

Saya menulis di sini bukan untuk keuntungan mana-mana syarikat. Semua ini ditulis atas keikhlasan hati untuk menasihati kepada mereka atau pengguna yang menggemari pemakaian kanta sentuh.

Tips untuk kanta sentuh:-
1. Pemeriksaan sebelum pemakaian kanta sentuh termasuklah pemakaian, penjagaan dan lain-lain.
2. Patuh atau compliant terhadap waktu pemakaian dan penjagaan kanta sentuh.
3. Pemeriksaan susulan selepas pemakaian kanta sentuh.

Jika tips ini diamalkan, insha Allah mungkin kejadian atau kesan buta daripada pemakaian kanta sentuh ini dapat dielakkan.

Thursday, December 8, 2011

KanTa SeNtuH YaNg SeSuai UntuK Si MAta Kering....

Arghh rimas dengan mata kering terutamanya semasa memakai kanta sentuh.....

Mata kering merupakan salah satu punca masalah ketidakselesaan semasa memakai kanta sentuh. Mata kering yang dirasai ini mungkin disebabkan oleh kualiti dan kuantiti air mata mata di depan mata yang tidak stabil. Untuk pengetahuan semua, air mata adalah satu komponen yang selalu ada di depan mata yang terdiri daripada lapisan minyak, air dan juga lendir. Jadi, masalah mata kering ini mungkin berpunca daripada kekurangan kandungan air dalam lapisan air mata di depan mata. ia juga mungkin disebabkan juga oleh kekurangan kandungan minyak pada lapisan air mata. Pendek kata, air mata merupakan komponen yang penting kepada mata untuk memastikan lapisan depan mata selalu lembap dan juga membekalkan oksigen yang cukup kepada mata.

Lapisan air mata terdiri daripada oily layer(lapisan minyak), watery layer (lapisan air) dan mucous layer (lapisan lendir). Semua ini penting untuk melembap dan keselesaan pada mata terutamanya semasa memakai kanta sentuh.

Masalah mata kering dengan pemakaian kanta sentuh ini dapat dikurangkan dengan penggunaan rewetting agent untuk soft contact lenses. Tapi ada kurang selasa dan berasa leceh untuk menitiskan rewetting agent ini setiap kali mata berasa kering. Jika anda salah seorang yang mempunyai masalah mata kering seperti ini, dan anda adalah pengguna tegar kanta sentuh berwarna atau hydrogel contact lenses, sekarang mungkin masa yang sesuai untuk anda bertukar ke generasi baru kanta sentuh iaitu silicone hydrogel.

Generasi lama kanta sentuh atau dikenali juga hydrogel contact lens ini adalah berdasarkan konsep kanta yang dilengkapi dengan kandungan air untuk membekalkan kandungan oksigen yang cukup kepada mata. Umum mengetahui, kandungan air pada kanta sentuh adalah menentukan tempoh pemakaian kanta sentuh tersebut pada mata. Jika ianya 38%, maka tempoh pemakain adalah tidak melebihi 5 hingga 8 jam. Jadi, semakin tinggi kandungan air, semakin lama kanta sentuh itu boleh dipakai. Namun, tahukah anda kandungan air yang banyak pada kanta sentuh ini adalah tidak baik untuk si mata kering. Kandungan air pada kanta sentuh ini akan mudah menyejat apabila dipakaikan pada si mata kering. Apabila kanta sentuh mulai kering, kanta ini akan cenderung untuk meyerap air daripada lapisan air mata pada mata. Keadaan inilah yang mneyababkan anda bersa tida selesa dengan kanta sentuh tersebut.

Berbeza dengan generasi baru kanta sentuh atau dikenali juga sebagai silicone hydrogel ini. Dengan penambahan silicone pada kanta sentuh ini, kanta sentuh tidak lagi berharap pada kandungan air utnuk meyerap oksigen kepada mata. Bahan silicone itu sendiri mempunyai kebolehan untuk meyerap oksigen lebih banyak kepada mata berbanding air. Jadi, kandungan air pada kanta sentuh tidak diperlukan dengan banyak lagi untuk menentukan masa pemakaian kanta sentuh tersebut. Jadi, ini juga merupakan satu berita baik utnuk si pemakai kanta sentuh dengan mata kering. Jika kurang kandungan air, mata kanta sentuh kurang meyerap lapisan air pada air mata, dan mata akan berasa lebih selesa sepanjang pemakaian kanta sentuh ini. Pada sesetengah pengguna kanta sentuh, dengan penggunaan kanta sentuh silikon hidrogel ini mereka tidak lagi perlu menggunakan eye drop atau rewtting agent untuk melembapkan mata seperti penggunaan kanta sentuh hydrogel dulu.

Terdapat pelbagai jenama ataupun brand silicone hydrogel di pasaran sekarang. Antaranya daripada pengeluar yang sudah terkenal seperti:-
Pengeluar kanta sentuh silicone hydrogel.

Dengan pembaharuan di dalam kandungan kanta sentuh dan teknologi terbaru ini, harga juga mungkin sedikit berbeza. Antara jenis silicone hydrogel yang anda boleh cuba ialah:-
Silicone hydrogel daripada pengeluar cooper vision.

Silicone hydrogel daripada pengeluar johnson&johnson.

Silicone hydrogel daripada pengeluar Baush & Lomb

Silicone hydrogel daripada pengeluar CIBA Vision.

Mata kering juga ada juga kaitan dengan keadaan seperti berhawa dingin dan juga cuaca panas. Selain itu, ia juga mungkin berkaitan dengan solution yang digunakan. Namun begitu, mata kering boleh dikurangkan dengan penggunaan kanta sentuh silikon hidrogel ini. Jika anda berminat untuk mencuba kanta sentuh generasi baru ini, anda bolehlah berjumpa dengan optometris berdekatan anda untuk fitting dan mencuba kanta sentuh ini. Selamat maju jaya untuk si mata kering dengan kanta sentuh baru ini. 

Sekian=)). 

*untuk bacaan lanjut, sila rujuk SINI

Saturday, October 29, 2011

KanTa SeNtuH....KePeRLuaN Atau KeHenDaK???

Anis ingin membebel mengenai kanta sentuh lagi. Kali ini tentang persepsi masyarakat tentang kanta sentuh. Daripada pemerhatian setakat ini, anis dapat lihat corak atau paten orang kita berfikir. Semuanya terdapat 2 golongan bagi setiap kategori. Kategori-kategorinya ialah:-

Kategori 1: Keberanian.
Ada satu golongan yang anggap kanta sentuh ini bahaya dan menyakitkan dan menakutkan dan sebagainya. golongan ini tergolong daripada golongan agak kurang berani. Ada satu golongan lagi, terlampau berani atau daring iaitu golongan yang berani mencuba apa sahaja sehinggakan semuanya ingin dicuba termasuklah berani mencuba kanta sentuh yang dijual di pasar malam.  Dipendekkan cerita, memang terdapat dua pemikiran yang berlainan yang 'ekstrimis'lah dalam penggunaan kanta sentuh ini.

Kategori 2: Kesihatan dan keselamatan.
Saya tidak berani mencuba kanta sentuh, banyak kes kecedraan mata, jangkitan kuman, sebab pernah pakai dan sakit dan bla,bla,bla,bla....Bagi golongan ini, kaca mata adalah terbaik. Tapi ada satu golongan lagi, asal sebut sahaja kanta sentuh semuanya selamat dan baik janji nampak cantik. Golongan ini memang jika diberi pilihan, kaca mata adalah pilihan terakhir.

Selaku bakal graduan optometris, inilah cabaran terbesar utnuk menghadapi golongan-golongan yang disebutkan di atas. Jika ditanya kepada anis, apakah pendapat anda. Jawapan saya mudah sahaja. Tepuk dada tanyalah diri anda. Adakah anda rasa kanta sentuh ini adalah keperluan atau ianya cuma kemahuan?

Cewah....... ayat macam pakar motivasi pula. Ya....sebab bagi pendapat saya KEPERLUAN dan KEMAHUAN ini sendiri bukan sahaja membawa maksud yang berlainan malah juga membawa kesan motivasi yang berlainan. Apa yang anis cuba cakapkan sekarang???

KEPERLUAN

Jika kanta sentuh dipakai sebagai keperluan, motivasi si pemakainya semestinya bagus. Kanta sentuh dipakai dengan masa yang ditetapkan, kanta sentuh dijaga dan dicuci dengan bersih dan disimpan dengan elok. Siapakah yang memerlukan kanta sentuh ini? Golongan yang cacat penglihatan seperti gambar di bawah ini. Dengan kanta sentuh, beliau berasa yakin dan kanta sentuh di sini adalah keperluan.

Ada orang pakai kanta sentuh daripada tidak elok menjadi elok. Kanta sentuh menjadi keperluan.


KEMAHUAN

Jika kanta sentuh dipakai sebagai kemahuan, percayalah semuanya sambil lewa sahaja. Jika saya  hendak cantik, saya pakailah, Jika malas, saya lupa kanta sentuh saya. Motivasinya kurang. Siapa golongan yang memakai kanta sentuh sebagai kemahuan ini, anda mungkin terdedah kepada risiko pemakaian kanta sentuh seperti yang selalu diuar-uarkan itu.

Ada orang pakai kanta sentuh daripada mata elok menjadi tidak elok. Kurang motivasi dalam pemakaian kanta sentuh. Ini kerana kanta sentuh menjadi kemahuan semata-mata.

Jika ditanya kepada saya, antara kanta sentuh dan kaca mata, yang mana satu lebih bahaya? Jawapannya adalah subjektif. Jika pemakaian kaca mata, jika patah atau pecah ianya juga bahaya. Begitu juga dengan kanta sentuh, jika tidak dipakai dengan arahan dan teknik yang betul, ianya juga bahaya. Jadi, bagaiamana?? Semuanya bahaya. Bukan begitu maksud saya, jika dipakai mengikut keperluan dan bukannya kemahuan semata-mata..insya Allah semuanya akan selamat.

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersederhana. Selamat beramal.~~~~

Saturday, October 15, 2011

AnTaRa FaKta DaN PenDaPat Di SeBaLik CeRiTa KanTa SenTuH 'TeRBaKaR'

Sejak kebelakangan ini, tersebar hebat di laman sosial tentang kisah kanta sentuh terbakar. Ramai yang bertanya kepada anis tentang kesahihannya. Anis tidak tahu di mana kisahnya bermula, ianya satu realiti atau sebaliknya...wallahualam. tetapi apa suka anis katakan di sini, post ini tiada kaitan tentang individu tersebut, ini cuma sebagai perkongsian mengenai fakta dan pendapat peribadi anis sahaja. Berikut adalah antara persoalan yang diajukan dan jawapan yang tulus daripada anis......

Gambar daripada laman sosial.

Soalan 1: Kanta sentuh diperbuat daripada plastik???

Jawapan: Sejarah menunjukkan penemuan kanta sentuh ini sudah bermula sejak zaman Tamadun Islam lagi. Pada zaman itu, terdapat saintis ulama seperti Al-Razi (864-930 masehi), Al Hazen (965-1040 masehi) dan juga ibnu sina (981-1037 masehi) telah banyak mengkaji tentang mata dan pembuatan kanta sentuh ini. Kajian diteruskan oleh Leonardo Da Vinci, Rene Decartes, John Herschel, William White Cooper, Xavier Galezowski. Namun, pada zaman adolf Fick, mereka cuba rekaan kanta sentuh daripada kaca. Namun dicuba pada haiwan sahaja dan eksperimen tidak berjaya. Kemudian De Sulzer pula mencipta 'scleral shell' yang berisi air pula. Kemudian Hendry Dor dan Thomas pula mencipta 'hidroradiuskop' untuk mata iaitu kanta dengan saline di dalamnya. Kemudian barulah muncul Polymethylmethacrylate (PMMA a.k.a P doubleM A) material yang dicipta oleh ICI pada 1934 untuk dijadikan kanta sentuh. Kemudian satu muncul pula material poly hydroxylethylmethacrylate (PHEMA) yang mengandungi 38.5% air pada 1954. Selepas itu, ada pula material kanta sentuh daripada hydroxylethylmethacrylate (HEMA) dicipta pada 1961 dan kemudiannya dibeli oleh Baush and Lomb untuk dijadikan kanta sentuh jenis Soflens pada 1971. oleh sebab material HEMA kurang meyerap oksigen, jadi diganti dengan material lain iaitu silikon hidrojel dan merupakan material yang terbaik setakat ini. Pada 1995, Jepun mencipta material kanta sentuh daripada kopolimer siloxanylstyrene dan fluoro-methacrylate dan kini dijual dengan nama Menicon Z. Jadi, dominasi pasaran sekarang dan yang terbaik adalah kanta sentuh daripada silikon hidrojel dan juga Menicon Z.

Cewah panjang cerita...bukan apa, anis cuma hendak terangkan bagaimana sejarah kanta sentuh itu sendiri. Setakat ini, semua jenis material yang anis 'bold'kan di atas ini, tiada kaitan dengan plastik. Saintis sudah mengkaji penggunaan bahan tertentu yang sesuai untuk mata sebelum membuat kanta sentuh tersebut. Setakat ini, semua material kanta sentuh ada perkataan 'hydro' iaitu berkaitan dengan kandungan air dalam bahan. Pada pendapat saya, setakat ini tiada lagi plastik yang dapat menyerap air. Secara logiknya, kanta sentuh mestilah bukan daripada plastik kerana kanta sentuh ada kandungan air. Jadi, pengajaran, pilihlah kanta sentuh yang berkualiti dan dijamin kualitinya.

Soalan 2: Adakah kanta sentuh mudah terbakar???

Jawapan: Kanta sentuh adalah dipakai dihadapan permukaan mata (kornea). Kanta sentuh ini dilindungi oleh kelopak mata dan juga air mata. Tuhan sudah ciptakan refleks berkelip mata yang cukup hebat pada mata sejak lahir lagi (rujuk development motor on babies). Jika anda tidak percaya, cuba tepuk tangan sebelah mata, anda pasti berkelip bukan?? Jadi, moral of the story, bertepuk tangan pun sudah berkelip (refleks tutup mata), inikan pula api (sesuatu yang panas) dan sebagainya, semestinya mata akan tertutup rapat. Air mata pula berfungsi untuk agen penyejuk untuk mata jika terdedah dengan haba. Secara logiknya, jika kanta sentuh terbakar, bermaksud keseluruhan muka atau mata juga akan terbakar. Bagaimana boleh berlaku kebakaran 'setempat' atau local iaitu dihadapan mata sahaja. Mungkin dalam cerita ini, pesakit meraung kesakitan akibat banyak kawasan lain juga yang melecur jika difikir secara logiknya. Wallahualam...

Soalan 3: Apakah pendapat anis tentang penggunaan kanta sentuh semasa barbecue???

Jawapan: Seperti anis katakan tadi, kanta sentuh diperbuat daripada material yang mempunyai air. Air sifatnya boleh menyejat. Bukan sahaja di party barbeceu, dimana-mana sahaja yang panas dan kering kanta sentuh akan mudah menyejat dan kering. apabila kering, mata cuba berkelip dengan cepat supaya boleh meratakan air mata ke seluruh permukaan depan mata. Di dalam keadaan yang kering inilah, kanta sentuh ini boleh 'melompat' atau 'terpelanting' keluar daripada mata. Jadi secara logiknya, semasa kejadian ini kebakaran ini berlaku, mungkin kanta sentuh ini sudah lama 'terpelanting' keluar. Yang tinggal hanyalah 'naked eyes' sahaja pada masa itu. Kebakaran itu berpunca daripada mata yang terbakar dan bukannya 100% daripada kanta sentuh.

Soalan 4: Saya ngeri melihat gambar yang dipaparkan tentang kebakaran kanta sentuh itu, teruk sangat. Bagaimana ianya terjadi???

Jawapan: Jika anda google sahaja tajuk komplikasi kanta sentuh, nescaya akan keluar gambar mata yang mengerikan seperti ini. Namun percayalah satu pun tiada satu pun kesan kebakaran. Kebanyakan kes komplikasi kanta sentuh itu akibat jangkitan kuman dan bukannya kebakaran. jika ada pun, ianya adalah kes terpencil.

Kebanyakan komplikasi adalah daripada jangkitan kuman.

Soalan 5: Apakah komen anis tentang cerita ini dari sudut optometri???

Jawapan: Sebelum anis jelaskan dengan lanjut, suka anis terangkan di sini cerita ini juga kurang jelas juga. Dalam cerita ini ada mengatakan bahawa selang beberapa ketika, mangsa meraung kesakitan. Jika difikirkan logik, di hadapan mata jika dapat dilihat dengan mata kasar, ianya seperti satu permukaan yang banyak diselaputi saraf. Jika terdapat sebarang kecederaan, pastinya mangsa akan terus meraung secara 'schizophrenically' akibat kecederaan pada kawasan depan mata tersebut. ianya amat sakit. Cerita ini amat samar-samar dan sukar dinyatakan sebabnya. Apa yang saya harapkan jika ianya betul-betul berlaku, rawatan kecemasan yang sepatutnya perlulah diberikan iaitu menyejukkan kawasan terbakar berkenaan dengan air yang banyak. rujuk pakar dengan segera.

Beginilah struktur sebenar depan mata (kornea)

Jika dapat dilihat, beginilah keadaan sebenar saraf di hadapan mata....terlampau banyak.....

Komen optometri: Ramai berpendapat 'kanta sentuh' itu bahaya. Jika ditanya kepada saya, jawapan saya senang sahaja; 'Bukan semua orang sesuai memakai kanta sentuh, dan bukan semua kanta sentuh sesuai dengan semua orang'. Jadi, untuk mengelakkan anda daripada 'terjerat' dalam situasi kanta sentuh tidak sesuai ini, anda perlulah berjumpa dengan pakar untuk penggunaan kanta sentuh dengan selamat. Insha Allah selamat.

Sharing is caring=))

Sunday, September 18, 2011

ApaKaH PeRaNan OpToMetRiS DaLaM PeMaKaiAn KanTa SenTuH???

Kanta sentuh merupakan salah satu cabang ilmu dalam bidang optometri ini. Antara peranan optometris yang penting dalam proses pemakaian kanta sentuh adalah:-

1. Optometris bertanggungjawab untuk memberikan khidmat nasihat sebelum mengpreskripsikan kanta sentuh kepada pesakit.

2. Optometris bertanggungjawab untuk memantau tahap kesihatan mata pesakit dalam setiap pemeriksaan susulan bagi memastikan pemakaian kanta sentuh tidak menjejaskan tahap kesihatan mata pesakit tersebut.

Kesihatan mata perlulah berada pada tahap optimum walaupun dengan pemakaian kanta sentuh.

3. Optometris bertanggungjawab untuk membantu dalam memastikan pemakaian kanta sentuh tidak menjejaskan tahap kesihatan mata anda.

4. Optometris bertanggungjawab untuk memastikan pesakit mempunyai cermin mata dengan kuasa yang terkini walaupun pesakit adalah pengguna tetap kanta sentuh.

Ini adalah salah satu mata pesakit yang sudah berumur 70 tahun dan pesakit ini telah memakai kanta sentuh sejak sekian lama. Mata beliau masih dalam keadaan yang sihat dan baik.

Jika anda seorang pemakai kanta sentuh, jadikan optometris adalah kawan anda supaya anda pada landasan yang betul untuk memastikan kanta sentuh anda digunakan secara selamat dan betul. Sekian....

Saturday, September 17, 2011

ApaKaH YaNg PeRLu DieLakKaN JiKa MeMaKai KanTa SenTuH???

Jika anda seorang yang suka memakai kanta sentuh, anda haruslah lebih berhati-hati dan prihatin terhadap risiko yang bakal dihadapi semasa memakai kantas entuh. antaranya termasuklah:-

1. Jangan sesekali menggantikan air paip sebagai larutan diinfeksi untuk penyimpanan, pembersihan atau pembilasan kanta sentuh anda. Ini kerana air paip mengandungi bakteria yang akan menyebabkan jangkitan pada mata.

Jangan tiru aksi ini. 

2. Jauhkan daripada terkena tempias air secara terus ke dalam mata, kanta sentuh dan bekas kanta sentuh anda.

3. Pastikan anda tidak terdedah kepada sebarang pencemaran daripada kolam renang atau spa. Sekiranya anda ingin  berenang, anda dikehendaki memakai swimming googles.

4. Keluarkan kanta sentuh anda terlebih dahulu sebelum mandi atau pejam mata dengan kuat semasa membasuh muka dengan pemakaian kanta sentuh.

5. Sekiranya anda memakai kanta sentuh semasa berenang, sebaik-baiknya kanta sentuh tersebut tidak diguankan lagi. Tetapi, sekiranya masih ingin menggunakannya, pastikan ia dibersihkan terlebih dahulu dan dibilas dengan baik sebelum diguankannya semula.

6. Elakkan menyimpan kanta sentuh, bekas kanta sentuh, larutan pencuci kanta sentuh anda ditempat yang berkelembapan yang tinggi seperti di dalam tandas kerana tempat ini terdapat banyak bakteria ataupun kulat yang boleh mencemarkan kanta sentuh melalui udara di persekitaran.

Walau sebersih mana pun tandas itu, elakkan meletakkan kanta sentuh di situ.

7. Pastikan larutan pencuci atau MPS ditukar selepas 3 bualn selepas dibuka botolnya. Manakala larutan saline pula perlu ditukar selepas tempoh satu bulan selepas dibuka.

8. Pastikan anda tidak membiarkan larutan saline atau MPS tidak terdedah kepada udara tanpa penutup untuk satu tempoh yang lama.

9.Jangan mengisi semula larutan saline atau MPS pada bekas larutan yang kecil.

Jangan mengisi semula larutan saline atau MPS ke botol-botol yang lebih kecil.

10. Pastikan anda memakai kanta sentuh terlebih dahulu sebelum memakai sebarang alat solekan. Sebelum membersihakan sebarang solekan, kanta sentuh haruslah dikeluarkan terlebih dahulu.

11. Sekiranya simptom masih ada, segera rujuk kepada optometris atau pengamal penjagaan mata yang lain.

PeMeRiKsAaN mAtA SuSuLaN SeLePas MeMaKai KanTa SenTuH

Ramai yang berminat untuk memakai kanta sentuh. Namun tahukah anda apa yang terjadi kepada mata anda selepas memakai kanta sentuh. jika anda seseorang yang amat menyayangi mata anda, hadirilah pemeriksaan mata susulan selepas pemakaian kanta sentuh. Pemeriksaan ini haruslah dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan kesihatan mata anda masih di tahap yang optimum selepas pemakaian kanta sentuh.

Rasa ingin tahu akan status kesihatan mata selepas memakai kanta sentuh???

Tahukah anda, pemeriksaan susulan mata selepas memakai kanta sentuh adalah mandatori dan WAJIB dihadiri. Jadual dibawah menerangkan masa yang sesuai untuk menemui optometris untuk melakukan pemeriksaan mata berdasarkan jenis kanta sentuh yang dipakai.

Jadual pemeriksaan susulan seperti yang disyorkan berdasarkan jenis kanta sentuh yang dipakai

Antara tujuan pemeriksaan mata adalah untuk memastikan mata sihat dan kanta sentuh juga masih baik utnuk penglihatan dan selamat untuk dipakai. Perlu diingatkan bahawa menghadiri pemeriksaan susulan walaupun tiada sebarang masalah dihadapi semasa pemakaian kanta sentuh.

Sayangilah mata anda. Hadirilah pemeriksaan susulan mata selepas pemakaian kanta sentuh.

PenJaGaaN KanTa SenTuH YaNg BeTuL

Umum mengetahui, kanta sentuh merupakan alat bantu penglihatan dan juga fungsinya utnuk nilai kosmetik. Tapi tahukah anda cara yang betul dalam menjaganya. Kanta sentuh menjadi selamat dan sihat utnuk dipakai jika anda sanggup mengamalkan amalan seperti yang disarankan dibawah.

Penjagaan kanta sentuh ini meliputi prosedur utnuk harian dan juga mingguan. Penjagaan ini pula bergantung kepada jenis kanta sentuh yang diguanakan. Prosedur ini dapat diringkaskan seperti di dalam gambar di bawah.

Setiap kategori di dalam ini akan diterangkan di bawah mengikut kategori.

Prosedur harian (untuk kanta sentuh lembut jenis pakai buang)
1. Cuci kanta sentuh dengan mengguankan cecair MPS (multipurpose solution) seperti yang disarankan oleh optometris anda. Gosok kedua-dua permukaan kanta sentuh dnegan jari telunjuk.
2. Bilas kanta sentuh dnegan MPS yang sama ataupun dengan larutan saline.
3. Rendam kanta sentuh di dalam MPS semalaman ataupun 4 jam sebelum dipakai semula. Pastikan aras MPS mencukupi di dalam bekas rendaman untuk merendam kanta sentuh.
4. Sekiranya anda tidak memakai kanta sentuh untuk beberapa hari, MPS di dalam bekas rendaman perlu ditukar setiap malam.

Prosedur harian (untuk kanta sentuh lembut dan separa keras jenis tetap) 
1. Cuci kanta sentuh dengan menggunakan larutan pencuci (cleaner) yang disarankan oleh optometris anda. Gosok kedua-dua permukaan kanta sentuh dengan jari telunjuk agar kanta sentuh bersih.
2. Bilas kanta sentuh dnegan MPS ataupun larutan saline.
3. Rendam kanta sentuh di dalam MPS ataupun conditioning solution semalaman ataupun 4 jam sekurang-kurangnya sebelum dipakai semula. Pastikan aras MPS atau conditioning solution mencukupi di dlam bekas rendaman.
4. Sekiranya anda tidak memakai kanta sentuh untuk beberapa hari, MPS di dalam bekas rendaman perlu ditukar setiap malam.

Prosedur mingguan (untuk menanggalkan protein untuk kanta sentuh lembut atau separa keras jenis tetap)
1. Cuci kanta sentuh dengan menggunakan larutan pencuci (cleaner) yang disarankan oleh optometris anda. Gosok kedua-dua permukaan kanta sentuh dengan jari telunjuk agar kanta sentuh bersih.
2. Bilas kanta sentuh dnegan MPS ataupun larutan saline.
3. Rendamkan kanta sentuh jenis lembut dengan protein removal tablet dalam larutan MPS selama beberapa jam. Manakala bagi kanta sentuh separa keras, kanta direndam di dalam protein removal tablet di dalam larutan saline untuk beberapa jam.
(p/s: sila rujuk label setiap produk yang diguankan; ini kerana setiap produk mempunyai cara yang berbeza.)
4. Selepas langkah (2) di atas, bersihkan kanta sentuh dengan cleaner sekali lagi dan rendamkan kanta sentuh lembut di dalam larutan MPS atupun bagi kanta sentuh separa keras di dalam larutan cinditioning solution sekurang-kurangnya selama 2 jam sebelum digunakan.

Prosedur mingguan (bagi bekas penyimpanan kanta sentuh dan aksesori kanta sentuh yang lain)

Antara aksesori kanta sentuh termasuklah berus, penyepit, bekas rendaman dan sebagainya.

1. Bersihkan bekas kanta sentuh, penyepit dan aksesori penjagaan yang lain dengan berus yang khas.

Bersihkan bekas kanta sentuh dengan berus khas.

2. Rendamkan semua aksesori tersebut di dalam air panas selama 10 minit.

Air didih diguanakn utnuk merendamkan semua latan aksesori kanta sentuh.

3. Keringkan semua aksesori yang telah direndam dengan tisu dan didedahkan kepada udara.

Semua aksesori yang telah direndam kemuadiannya dikeringkan dengan udara.

Selamat mencuba =))

CaRa MeNanGgaLkaN KaNta SenTuH DeNGaN BeTuL

Cara memakai kanta sentuh yang betul telah diajar pada entri yang lepas. Kini cara menanggalkan kanta snetuh dengan betul pula.

1. Basuh tangan sebelum mengendalikan kanta sentuh.

2. Mula dengan membuka kanta sentuh pada mata kanan dahulu. Ini bagi membolehkan anda menyesuaikan teknik ini jika dilakukan setiap hari. Tarik kelopak mata atas dengan jari tengah pada tangan yang tidak memegang kanta sentuh.

3. Tarik kelopak mata bawah dnegan jari tengah pada tangan yang akan mengendalikan kanta sentuh.

4. Pandang ke atas dan tarik kanta sentuh ke bawah.

Pandang atas dan tarik kanta sentuh ke bawah pada bahagian putih mata.

5. Cubit sedikit kanta sentuh tersebut. Kanta sentuh dikeluarkan daripada bahagian bawah kanta sentuh.

Cuba cubit sedikit kanta sentuh semasa  mengeluarkan kanta sentuh tersebut.

Selamat mencuba....

Tuesday, July 26, 2011

CaRa MeMaKai KanTa SenTuH

Macam mana nak pakai ni???

Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia yang sudah mencuba kanta sentuh. Malangnya tidak semua cara mengendalikan kanta sentuh yang betul. Di sini anis ada berikan cara-cara untuk memakai kanta sentuh. Antaranya:-

1) Basuh tangan setiap kali sebelum mengendalikan kanta sentuh.

2) Cuci kanta sentuh terlebih dahulu menggunakan larutan pencuci dan bilas menggunakan larutan saline. Mulakan pemakaian dengan mata kanan.

3) Letakkan kanta sentuh di hujung jari telunjuk untuk memastikan orientasi kanta sentuh adalah betul dan tidak terbalik.

Cara masukkan kanta sentuh dengan betul

4) Tarik kelopak mata atas dengan jari tengah tangan yang tidak memegang kanta sentuh dan tarik kelopak mata bawah dengan jari tengah tangan yang memegang kanta sentuh.


5) Pandang ke cermin dan masukkan kanta sentuh ke dalam mata.

Pandang ke dalam cermin dan bukannya kanta sentuh

6) Lihat ke bawah dan lepaskan kelopak mata anda secara perlahan-lahan.

Nota kaki: Penggunaan kanta sentuh pada kali pertama adalah cuma selama 4 jam sahaja. Hari kedua adalah 6 jam sahaja. Hari ketiga dan seterusnya adalah 8 jam. Jangan pakai kanta sentuh melebihi 10 jam.

Selamat beramal.

PeMeRiKsAaN mAtA SeBeLuM MeMaKai KanTa SenTuH

Gambar hiasan.

Berdasarkan entri yang lepas, anis ada mengatakan bahawa setiap pemakaian sentuh perlu melalui ahli penjagaan mata professional. Ini ini mereka sangat penting untuk menjalankan beberapa siri pemeriksaan mata sebelum memakai kanta sentuh yang ingin dipakai oleh anda. Antara pemeriksaan mata yang perlu dijalankan adalah seperti:-

1) Khidmat nasihat daripada ahli penjagaan mata untuk menentukan jenis kanta sentuh yang bersesuaian dengan anda. Mereka perlulah mencadangkan jenis kanta sentuh ini berdasarkan pelbagai aspek seperti bidang kerja, cara hidup anda dan sebagainya.

2) Pengukuran kelengkungan bahagian depan mata (kornea) untuk mendapatkan bentuk atau kelengkungan kanta sentuh yang sesuai dengan mata anda. Ini kerana lain individu lain bentuk di depan mata; ada yang bentuknya curam dan ada bentuknya mendatar.

Dalam beberapa keadaan tertentu, pesakit mungkin mempunyai kelengkungan depan mata yang abnormal seperti pesakit dengan keratokonus.

3) Pemeriksaan mata dengan lampu slit (alat dengan kanta pembesar untuk memeriksa struktur luaran mata). Alat ini sangat berguna terutamanya untuk memeriksa pergerakan kanta sentuh setelah dipakai pada mata. Terlalu banyak bergerak menandakan kanta sentuh itu longgar. Kurang pergerakan menandakan kanta sentuh yang melekat pada mata itu adalah ketat. Dan biasanya ahli penjagaan mata ini perlu mendapat pemasangan yang optimu iaitu tidak terlalu ketat ataupun terlalu longgar.

Ini adalah contoh lampu slit yang diguankan oleh ahli penjagaan mata professional.

4) Pemeriksaan kuasa mata iaitu ujian refraksi turut dilakukan. Ini penting untuk mendapatkan penglihatan yang terbaik semasa menggunkan kanta sentuh. Ini kerana kuasa kanta sentuh ini agak berbeza berbanding kasa mata dengan pemakaian kaca mata sahaja.

Pesakit juga mempunyai kuasa mata jenis silau yang tinggi. Ini juga akan menyebabkan penglihatan tidak jelas juga.

5) Seterusnya, pengukuran diameter permukaan depan mata atau kornea dan anak mata. Ini penting kerana, selain daripada bentuk permukaan depan mata, keluasan kawasan depan mata juga akan mempengaruhi pemakaian kanta sentuh sama ada ianya akan menjadi ketat, optimum ataupun longgar.

6) Sesi kaunseling juga kan diadakan antara ahli penjagaan mata ini dengan pesakit. tujuannya utnuk menyelesaikan kekeliruan ynag biasa dialami oleh para pesakit ini semasa menggunakan kanta sentuh ini.

7) Ahli penjagaan mata juga perlu mengajar pesakit dengan kanta sentuh ini tentang kaedah pemakaian dan penanggalan kanta sentuh ini dengan betul. ini termasuklah daripada cara membersihkan kanta sehinggalah proses penyimpanan kanta.

8) Selepas pemakaian kanta sentuh untuk satu tempoh proses penyesuaian, pesakit perlu datang untuk pemeriksaan mata susulan. Ini penting unutk menjamin kesihatan mata anda juga ditahap yang optimum setelah pemakaian kanta sentuh.

Sekian, terima kasih. Selamat beramal!!!!.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...