Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Sunday, May 15, 2011

Tahukah Anda 8#?


OBOR-OBOR MEMPUNYAI MATA SEPERTI MANUSIA???


Obor-obor jenis kotak



Seekor obor-obor jenis kotak mempunyai 24 biji bola mata yang berfungsi seperti mata manusia. 


Mata manusia yang mempunyai kornea, kanta mata dan retina.



Dengan jumlah mata yang banyak ini, obor-obor kotak ini boleh melihat 360 darjah. Matanya terletak enam biji di setiap suku badannya. Segala maklumat yang diterima daripada sekililing tidak ubah seperti kamera. Oleh sebab itu,obor-obor sangat cepat bertindak apabila adanya musuh. Mata obor-obor ini juga mempunyai fungsi tidak ubah seperti manusia dengan adanya kornea, kanta mata dan retina.


inilah mata obor-obor...

Subhanallah...cantik sungguh ciptaan Allah.......

Saturday, May 14, 2011

OpToMeTRi JaLaN-JaLaN @ KLCC

Pemandangan jarak dekat KLCC....wow



sedar tak sedar, pejam celik pejam celik sekarang dah habis semester 6 pengajian optometri di UKM ini. Ada orang kata 'hah, baru semester 6!'. tapi ada juga orang kata 'owh dah semester 6'. lain orang lain persepsi dan nadanya. Namun begitu, sedikit masa diluangkan unutk geng optoimetri melayu perempuan keluar ke KLCC bersama-sama sejak sekian lama merancang. apa yang kami buat di sana???


pertama kali kami sampai di sana, kami pergi makan tengahari dahulu. apa yang kami makan?? kami memilih untuk makan Kyros Kebab. kat area mane tuh??? Suria KLCC Food Court, 2nd Floor. Wah enaknya.....


selepas itu, kami pergi menjenguk ke panggung wayang. Apa yang dirancang berjalan lancar. kami ingin menonton wayang Fast and Furious 5 yang ditunggu-tunggu selama ini. Tapi apa yang mengecewakan, kami perlu menunggu lama waktu tayangan. jam menunjukkan pukul 12.30 p.m. namun tiket wayang kami adalah 4.30 p.m. lamanya kena tunggu apa yang nak dibuat.???


Lama teringin lihat Vin Diesel beraksi....

kami telah bercadang untuk naik ke Skybridge ler. Cepat-cepat kami keluar daripada suria shopping center untuk membeli tiket. sekali lagi kami kecewa. 


Angan-angan tinggal angan-angan. kami datang lain kali lah.....

sedang kami telah lama menunggu, tiba-tiba ada seorang datang menyapa dan menyatakan barisan yang kami beratur adalah barisan untuk naik ke atas dan bukannya untuk beli tiket. wah sudah lama tunggu baru kami perasan kami telah tersalah barisan. patutlah panjang semacam. Setelah itu, kami ke kaunter sebelah utnuk bertanya mengenai tiket. alangkah kecewanya kami, tiket untuk hari ini dan keesokan harinya telah habis dijual.


tanpa membuang masa, kami terus ke bilik sebelah kaunter untuk melepaskan rasa kecewa kami. di sana, anis sempat menyapa pelancong dari Belanda yang duduk di ruangan itu juga gara-gara tidak dapat naik ke atas skybridge KLCC. Pendek kata memang kena tempah awal tiket di situ dan tidak boleh main terjah jer....everyday is full house.


Pada ruangan ini, disediakan pelbagai informasi mengenai pencakar langit ini.


apabila jam menunjukkan angka 4, kami bergegas untuk masuk ke panggung wayang untuk menonton Fast and Furious 5. Nasib baik ceritanya amat best dan tidak mengecewakan. memang mantap le. apa yang hendak buat lagi di KLCC ni??? kali ni anis mengajak kawan-kawan menikmati pemandangan air pancut di Taman KLCC. kami duduk di sana sehingga maghrib tiba.


pemandangan air pancut hampir senja di Taman KLCC

Pemandangan ketika malam hari sekitar Taman KLCC.


kami solat maghrib. kemudian kami bercadang untuk makan malam di sini. wah sekarang ini anis dan kawan-kawan makan di Food Court tingkat 4 pula. Food court yang terletak searas dengan petrosains tuh.


Masa ini petrosains dah tutup.....


apa yang anis makan? kat sini ade stall Kelantan la. Jom usha-usha apa yang menarik. Jom ikut makan nasi kerabu....wah makan nasi kerabu di KLCC gitu....yang penting nasi kerabu ini ada budu. yummy....


Makan nasi kerabu di KLCC


Setelah selesai makan semua, kami pulang ke rumah masing-masing. jadi, pengajaran kali ini. jika hendak berjalan, rancanglah sebaiknya untuk mengelakkan kekecewaan sebab tidak berpeluang untuk membuat sesuatu perkara. Dan satu lagi, rajin-rajinlah bertanya takut-takut ada yang beratur di barisan yang salah. hahahaha...chill selalu.


LaWaTan SeBenTaR Ke KiLaNg MemBuAt ALat BaNtu PengLiHataN TeRHaD

Lawatan sambil belajar ke Kilang Telesensory.


3/5/11(Selasa)
4.30 p.m 
Kami bertolak daripada Kilang Kanta Sentuh dari Gelang Patah ke Senai. Ini bagi melawat ke Kilang membuat alat bantu pesakit penglihatan terhad. Kami merupakan kumpulan pertama yang membuat lawatan ke sana. antara alat bantuan penglihatan yang dibuat di sini termasuklah CCTV untuk pesakit penglihatan terhad, PICO dan sebagainya.


Antara alatan yang dikilangkan di sini.

5.30 p.m
Setelah berhempas pulas mencari lokasi kilang berbekalkan alamat yang diberikan, akhirnya kami sampai ke kilang ini. Ini memandangkan lokasi kilang yang sedikit tersorok di Kawasan perindustrian Senai Johor, akhirnya kami tiba di Kilang tersebut tepat pukul 5.30 petang. 


Lokasi kilang yang agak tersorok di Kawasan Perindustrian Senai, Johor.



Ketika kami sampai di sana, kilang ini sudah hampir tutup. Maklumlah sudah pukul 5.30petang. Semua pekerjanya sudah bersiap untuk balik. Namun kami disambut baik oleh pihak kilang yang telah membuat persiapan menunggu ketibaan kami. Memandangkan kilang ini agak kecil, kami mempunyai peluang juga utnuk melawat sekitar kilang tersebut.Wah ramah sungguh pemilik kilang ini sehinggakan sanggup membuat overtime demi menunjukkan sendiri kepada kami akan pembuatan dan proses membuat alat-alat bantu penglihatan terhad di sini.


6.15 p.m
Setelah selesai lawatan di sekitar kilang ini, kami dihidangkan dengan jamuan ringan. Kini kami dihidangkan dengan kek pisang dengan air kotak krisantimum. Wah rezeki lagi. Seronok betol jalan-jalan dalam Malaysia ini, asyik boleh makan sahaja. Walaupun sudah minum petang, namun minum jer sekali lagi. 


Makan kek pisang.

pekena pula air kotak teh yang sejuk.


Walaupun leka menikmati kek pisang dengan minuman masing-masing, pihak kilang sempat lagi memberikan maklumat. Daripada yang diberitahu, kilang ini walaupun kecil, namun ianya satu-satunya di Asia. Kilang ini membekalkan alatan low vision hampir seluruh asia termasukalah taiwan dan jepun. Jika ditanya mengenai persaingan kilang ini, pihak kilang cuma jawab pesaing mereka adalah syarikat daripada Amerika dan Eropah sahaja. Wah bangganya kami kerana kami berjaya menjejakkan kaki ke sebuah kilang yang membuat alatan bantu penglihatan yang ulung di Asia ini.


6.30 p.m
Kini tibalah saat untuk berpisah. Cuaca kini mendung dan hampir hujan. Awan kumulonimbus sudah mulai cemburu dengan kami. Awan yang semakin rendah sudah mula menyelaputi awan kilang terbabit. Namun kami sempat juga bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Maklumlah bukan senang untuk datang ke Kilang Telesensory ini. Sudahalah sesat tadi. Hahahahaha....


keadaan sudah hampir hujan di sini.


Kesimpulannya banyak pengalaman yang kami dapat insya Allah segala ilmu tersebut akan kami gunakan nanti. Terima kasih kepada pihak Kilang Telesensory yang sangat sporting. Sayonara~~~~~

LaWaTan Ke Kilang Kanta Sentuh di GeLang PaTah, JoHor

Perkarangan kilang Kanta sentuh di Gelang Patang, Johor.


3/5/2011 (Selasa)
11.00 a.m
Kami bertolak dari Kilang Kanta Sentuh di Singapura ke Kilang Sentuh Ciba Vision di Johor pula. Apa yang membuat anis terkenang sehingga sekarang ialah perbezaan antara pemeriksaan imegresen untuk masuk ke Singapura dengan pemeriksaan imegresen untuk masuk ke Malaysia. ianya suatu yang amat berbeza. Pemeriksaan imegresen untuk ke Singapura amatlah ketat sehinggakan telefon bimbit juga tidak terlepas daripada pengimbasnya. Namun jika dibandingkan dengan pemeriksaan imegresen Malaysia, pengawasannya kurang ketat berbanding Singapura.


Beg galas inilah yang tidak terlepas daripada pengawasan imegresen.



Namun, kami bersyukur kerana semua ahli lawatan terlepas daripada apa-apa sekatan. oleh itu, kami teruskan perjalanan kami pulang ke Malaysia dengan gembira.


Bertolak balik dengan melalui tambak johor. tata kota singa....



12.15 p.m
Kami tiba di R&R Tanjung Pelepas sekali lagi untuk makan tengahari dan bersolat zohor di sini. Kami makan bersama sebelum bertolak ke Kilang Kanta Sentuh CIBA Vision yang terletak di Gelang Patah, Johor. Kami berkumpul semula untuk meneruskan lawatan pada pukul 2.00 p.m.


2.30 p.m 
Kami tiba di Perkarangan Kilang Kanta sentuh CIBA Vision Malaysia di Gelang Patah disambut dengan lambaian daun pinang yang menghiasi kawasan kilang. 


Dihadapan kilang kanta sentuh CIBA Vision Malaysia.



     Kami amat terpesona dengan keluasan kawasan kilang kanta sentuh ini berbanding kilang kanta sentuh di Singapura. Setibanya kami di sana, kami dibawa ke bilik taklimat dahulu. Kami dimaklumkan bahawa di sini terdapat pelbagai kepakaran yang diperlukan yang menawarkan banyak peluang pekerjaan. antara disiplin yang ditawarkan di sini termasuklah kejuruteraan, sumber manusia dan sebaginya.


Taklimat yang diberikan oleh Jabatan Kerja dan sumber manusia kilang ini.



Kemudian kami dipecahkan kepada dua kumpulan untuk dibawa melawat sekitar makmal membuat kanta sentuh. Kali ini kami cuma berpeluang untuk melihat daripada luar makmal sahaja. Pihak kilang memaklumkan kepada kami bahawa di sini antara kilang yang membuat kanta sentuh seperti kanta sentuh silikon hidrogel seperti air optix, air optix untuk astigmatisma, air optix focus night and day dan air optix multifocal. Antara kanta sentuh lain termasuklah kanta sentuh warna seperti freshlook. 
Antara kanta sentuh yang dikilangkan di sini.

Ada juga kanta sentuh bewarna yang dihasilkan di sini.

Disini banyak tenaga kerja manusia digunakan untuk pembuatan kanta sentuh tidak seperti di Kilang kanta sentuh di Singapura. Namun begitu, tenaga manusia yang digunakan cumalah untuk membantu memperkemaskan kulaiti kanta sentuh. bukannya 100% tenaga mesin seperti di Singapura.


3.45 p.m
Kami dihidangkan minum petang di kafe Kilang kanta sentuh tersebut. kami dihidangkan dengan mihun goreng, kuih muih dan pelbagai juadah lain yang enak. inilah perbezaan antara negara kita dengan negara lain. Di tanah tempat tumpah darahku ini sahaja adanya istilah jalan-jalan cari makan. Maklumlah makanan mudah dan murah diperolehi. Jika di negara orang, sebotol air mineral sudah bernilai 1 dolar bersamaan 2 ringgit lebih. Betullah kata orang, bila mengembara kita mulai hargai dan syukuri apa yang kita ada sekarang. Saya bangga jadi anak Malaysia.


4.15 p.m
Habis sesi kudapan petang, kami bergambar untuk diabadikan sebagai kenangan. 


Sesi fotografi sebagai tanda kenangan dengan kunjungan kami ini.



Tidak lupa juga adanya cenderahati daripada pihak kilang kepada kami. 


Kecil saiznya, tapi besar manfaatnya lawatan ini kepada kami.



Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kami bersiap-siap untuk bertolak ke lawatan ke kilang seterusnya. Terima kasih kepada pihak Ciba Vision kerana atas sambutan lawatan yang amat meriah dan cukup mesra. 


Kesimpulannya, lawatan dapat mengajar kita 1001 pengalaman yang dapat dijadikan pedoman dalam hidup ini. Melancong, mengembara dan sebagainya adalah guru terbaik untuk kita belajar bersyukur dan menimba pengalaman baru di tempat orang.

Friday, May 13, 2011

2nd BRidge In My LiFe

12.5.2011 tanggal yang penuh bermakna bagi sejarah hidup anis. apa yang istimewa??? pada tarikh inilah anis dapat bridge kedua dalam hidup selepas kegagalan brigde pertama yang dahulu. Semoga anis dapat beradaptasi dengan baik terhadap bridge kali ini.

Bridge kedua

tanggal 1.4.2010 dahulu pernah dapat bridge pertama dahulu, tetapi disebabkan tersalah design, bridge tersebut perlulah diganti. Diharapkan semoga bridge kedua ini semuanya betul, insya Allah.

Bridge pertama dalam kenangan.

Jika anda hebat, dapatkah anda kenal pasti apakah perbezaan antara kedua-dua rekabentuk bridge ini???

agaknya apakah perbezaan antara bridge ini yer??

Selamat mencuba........\(^___^)/



Thursday, May 5, 2011

PerPisaHaN DeMi PerPisaHaN

Perpisahan adalah adat setiap pertemuan. Untuk perpisahan dengan kawan baik anis ni, anis mengambil keputusan utnuk makan bersama di Restoran Intai-intai yang terletak di bersebelahan MRR2. wah sungguh menarik dan tertarik dengan tempat ini. ini kerana kawasan ini adanya tasik dan pemandangan lereng bukit di kota raya. sangat menarik.


apa lagi yang menarik?? mestilah makanan yang dihidangkan di sini. rasanya pula amat memuaskan. apa yang istimewa??

ini yang kawan-kawan anis makan.....

Apa pula yang anis makan????

anis pula tempah yang biasa sahaja...mihun tom yam sahaja.....dengan jus nenas...

Namun begitu, kami amat sedih kerana ini merupakan peluang utnuk makan bersama buat kali terakhir sebelum perpisahan ini....

Ekinsshi ni akan menghabiskan pengajiannya pada semester ini....dan bermulalah alam pekerjaannya

Bunga liesa pula akan bercuti dan akan bercuti lama sehingga 4 bulan ini.....

HH pula akan sambung belajar ijazah.....tahniah buat beliau...selamat sibukkan diri nanti

Dan anis pula akan sibukkan diri dengan latihan industri dan tesis selepas ini.....

Mugkin saat yang dilalui ini tidak mungkin berulang lagi. Semoga kawan-kawan semua berjaya dalam hidup masing-masing. Jadi, ingat-ingatlah saat yang pernah yang dilalui bersama apabila menatap gambar ini.

Anis, Ekinsshi dan Bunga Liesa....saat perpisahan....

Tagline perpisahan: 
We do not remember days, we remember moments.......

Wednesday, May 4, 2011

LaWaTan Ke Kilang Kanta Sentuh di SiNgaPuRa

Kilang Kanta Sentuh CIBA VISION di Singapura


3/5/2011(Selasa)
12.00 a.m
Kami bertolak dari Kolej Kediaman kami di Titiwangsa untuk ke Kilang kanta sentuh di Singapura. wah betapa terujanya kami untuk melihat dengan mata kami sendiri bagaimana pembuatan kanta sentuh setelah sekian lama mempraktikkan pemakaian kanta sentuh ini.


4.40 a.m 
Kami telah tiba di R&R Tanjung Pelepas. Kerana terlalu awal daripada jadual perjalanan, kami mengambil keputusan untuk sambung tidur di atas bas.


6.00 a.m
Kami bangun untuk menyiapkan diri dan bersedia untuk bersolat subuh. Kami membuat persipan ini di R&R Tanjung Pelepas. Setelah selesai semua, kami terus bersarapan disini. Wah alangkah terkejutnya kami, betapa ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Mereka berulang saja dengan menaiki kereta dan motosikal untuk ke pulau tersebut. Mereka menjadikan R&R ini sebagai platform bersarapan sebelum masuk ke pulau. Satu panorama yang menarik. Bayangkan beribu-ribu kenderaan berpusu-pusu menuju ke pulau tersebut. Apakah yg istimewanya???? Tidak sabar untuk ke sana. Maklumlah kali pertama.......


7.00 a.m
Kami mula bergerak untuk memasuki pulau tersebut. kami dimaklumkan oleh pemandu bas bahawa kami tidak dibenarkan untuk membawa masuk bebrapa barang terlarang termasuklah chewing gum dan makanan. Wah betapa tegasnya mereka. Kami dengan penuh rasa bangga melangkah turun daripada bas untuk menjalani pemeriksaan imegresen. Wah imegresen Singapura amat teliti. Mereka memeriksa sebarang barang yang dibawa sehinggakan tiada barang yang terlepas daripada pemeriksaan sehinggakan jam tangan dan juga telefon bimbit. 


8.00 a.m 
Kami telah berjaya menjalani proses pemeriksaan. Masa yang di ambil agak panjang. Ada antara ahli rombongan yang 'sangkut' sebentar dek kerana telefon bimbit yang diletakkan dalam kocek. Telefon bimbit cuma boleh dilepasi melalui pengimbas sahaja. Kemudian, kami masuk ke bas dan bas muali bergerak menuju ke Kota Singa. Kami agak hairan dengan persekitaran di sini. Semua kenderaan bergerak perlahan sahaja. Tidak tergesa-gesa seperti di negara kita. Owh rupanya, di sini had laju amat dititik beratkan. Jika salah semuanya tidak terlepas daripada saman. Wah susah jugak jika begini. Lampu isyarat juga bersaiz agak kecil berbanding di negara kita. Tapi tiada sesiapa pun yang berani langgar. itulah cerita berkenaan trafiknya.


9.00 a.m 
Kami tiba di Kilang Kanta Sentuh CIBA VISION di Tuas Avenue 3. 


Suasana di Perkarangan Kilang Kanta sentuh



Wah alangkah gembiranya hati. Dapat merasai sendiri pengalaman di Singapura sendiri setelah selama ini cuma mendengar cerita sahaja. Apa yang menarik di sini. Kami mulakan dengan taklimat oleh pegawai yang bertugas di sini. Bilik taklimat tidak ubah seperti di Malaysia. 


Bilik taklimat di Kilang kanta sentuh


Sepanjang taklimat ini, kami di maklumkan bahawa, kilang ini cuma menghasilkan kanta sentuh pakai buang harian. Semua proses pembuatan 100% menggunakan tenaga mesin dan tiada kontaminasi daripada manusia.


10.00 a.m 
Kami di bawa melawat ke sektor pemprosesan. Wah kami disteril dahulu sebelum masuk ke kawasan ini. Kami diberi penerangan melalu alat kawalan suara yang canggih. Wah terasa seperti berada di dalam sebuah kilang yang begitu canggih. Semua peralatan di sini menepati piawaian keselamatan pekerja. Terdapat pelbagai disiplin yang harus di patuhi seperti berpakaian khas, bertopi, memakai tutup kasut dan sebagainya. Kami dibawa melawat semua tempat daripada langkah pertama hingga langkah terakhir utnuk menghasilkan kanta sentuh jenis FOCUS DAILIES ini. 


Focus Dailies yang dihasilkan di sini.



11.00 a.m
sesi lawatan kami berakhir dengan sesi fotografi. Kami seronok dengan lawatan ini. 


Sesi fotografi di Kilang Kanta sentuh di Singapura.


Kami berjanji untuk datang ke sini lagi pada satu masa akan datang. 


Kami ingin meneruskan perjalanan ke sebuah lokasi berlaiana. yuk......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...