Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, August 13, 2011

TuNtuTaN BeRiBaDaT KeTiKa UsiA MaSiH MuDa

Wah lama rasanya tidak mengarang di sini. Tidak lewat lagi jika anis ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa sempena bulan Ramadhan tahun ini. Entri kali ini pula didekasi khas sempena bulan yang mulia ini.

Moh le kita beribadat.

Anis pernah dengar tentang tuntutan beribadat ini daripada sebuah nasyid. 'Sesungguhnya Allah amat suka akan hamba-Nya yang beribadat, malah Allah lagi suka jika hamba-Nya yang usia muda beribadat'. Setiap yang disukai oleh-Nya pasti ada hikmahnya.

Antaranya semasa usia kita muda, kita masih kuat anggota badan untuk beribadat dengan kuat dan konsisten (istiqamah). Antaranya mata kita. Mata masih jelas untuk melihat tulisan Kalamullah yang indah. Bacaan yang diperdengarkan juga masih jelas dengan makhrajnya maklumlah gigi masih penuh dalam mulut. Kalau dah tua, gigi tinggal dua, bacaan pun sudah berbunyi pelat kerana sudah banyak angin yang keluar.

Kalau ingin beribadat, kenapa pada usia masih muda?? Ini kerana kaki dan tangan masih kental untuk memegang sendiri derma dan sedekah yang ingin disumbangkan. Kudrat masih kuat. Masih kuat untuk melangkah ke masjid dan tempat-tempat baik yang lain. Nah semua ini kurniaan Allah. Usia mudalah merupakan usia terbaik untuk melaksanakan amal ibadat. Muda hanya sekali, gunakanlah masa ini sebaiknya.

Bagi pemuda-pemudi yang tiada wang dan harta untuk diinfakkan pada usia muda ini, maka masa muda inilah masa yang terbaik untuk mendermakan tenaga kita ke jalan Allah. Muda bukan untuk 'enjoy' dan dipersia-siakan. Stamina dan endurens yang dikurniakan oleh Allah bolehlah digunakan ke jalan Allah seperti membersihkan kawasan masjid, gotong-royng kawasan perkuburan dan sebagainya. Maklumlah jika dipanjangkan usia, mungkin masa tua kita belum tentu boleh mendermakan tenaga lagi seperti masa muda kita seperti ini.

Sekadar berkongsi dan mengingati rakan semua termasukalah diri saya sendiri. Banyakkanlah amal kita di usia muda ini terutamanya sempena bulan baik, bulan Ramadhan ini. Jom isi table sempena bulan ramdahan ini.
Mutabaah Amal sempena bulan ramdahan ini.

Selamat beramal. Sekian, terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...