Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Wednesday, July 20, 2011

PeNgaLaMaN PeRTaMa Di DaLaM BiLiK PeMBeDaHaN Mata

6.15 a.m
Bertolak daripada rumah di Tanah Merah ke Kota Bharu. Bertolak awal untuk persiapan ke bilik bedah. Apalah agaknya pengalaman kali pertama ini. Kami membawa pakaian bersih bersama-sama untuk dipakai di dalam bilik bedah nanti.

7.15 a.m
Tiba di hospital. Membuat persiapan ke bilik bedah. Kami menukar pakaian seperti dalam bilik pembedahan. Semuanya untuk kebersihan yang optimum. Wah berbaju biru dan berseluar biru. Namun para pakar bedah lengkap berpakaian hijau untuk memulakan pembedahan.

Pakar bedah mata ataupun oftalmologis sedang membuat pembedahan...segak mengenakan baju hijau...

8.00 a.m
Pembedahan bermula dengan saat persiapan untuk ubat bius. Pesakit perlu dibius terlebih dahulu sebelum dibedah matanya. Bukannya dipukau ya.....nauzubillah. Ubat bius pula terbahagi kepada dua jenis mengikut kesesuaian iaitu setempat (local) ataupun am (general). Untuk pesakit pertama ini, beliau akan menjalani          pembedahan katarak iaitu pembedahan untuk membuang selaput yang berlaku pada kanta di dalam mata. Teknik pembedahan yang bakal digunakan adalah phacoemulsification. Tapi pesakit ini diberikan ubat bius setempat sahaja. Pembedahan ini mengambil masa lebih kurang sejam. Sungguh pakar dalam pembedahan pembuangan selaput ini.

Doktor bertungkus-lumus untuk membuang selaput di dalam mata....

9.15 a.m
Pembedahan kedua ini pula melibatkan penyakit katarak ataupun selaput juga. Namun pembedahan kali ini menggunakan teknik yang berlainan yang lebih rumit iaitu dipanggil sebagai extracapsular cataract extraction. Kaedah ini dipilh biasanya disebabkan oleh selaput di belakang mata yang sudah matang dan mulai mengeras. Jadi ambillah pengajaran bahawa jangan biarkan lama-lama selaput yang tumbuh di dalam mata. Ianya perlulah dibedah pada keadaan sebelum matang.

Gambar atas: immature cataract/ selaput tidak matang
Gambar bawah: mature cataract/ selaput matang

10.45 a.m
Satu lagi pembedahan bermula. Kali ini melibatkan pesakit kencing manis yang mempunyai kegagalan buah pinggang, ada tekanan bola mata yang tinggi dan juga mempunyai pendarahn di dalam mata. Pembedahan yang bakal dijalankan adalah trans pars plana vitrectomy (TPPV). 

Inilah salah satu pembedahan mikro yang dijalankan semasa pembedahan TPPV ini.

Mula-mula kami melihat bagaimana pakar menyambungkan alat penyedut melalui bebola mata. Kemuadian, darah berserta gelemaca disedut ke luar bebola mata. Nah, nampaklah bagaimana keadaan belakang mata pesakit. Namun penglihatan menerusi kamera tidaklah begitu baik kerana pesakit juga mempunyai masalah selaput di depan mata. Pembedahan vitrectomy ditangguhkan buat sementara waktu untuk membuat pembedahan katarak dahulu. Pembedahan katarak menggunakan kaedah phacoemulsifikasi. Setelah selesai pembedahan, pesakit perlulah dilaser bekang matanya untuk mematikan salur darah baru yang tumbuh di belakang mata akibat kencing manis ini. Pembedahan ini amat rumit. Bebola mata akhirnya diisi dengan gas utnuk menggantikan gelemaca yang telah dibuang. Sebelum itu, keadaan belakang mata difreeze dahulu untuk memberhentikan pendarahan.

Bebola mata diisi gas bagi menggantikan gelemaca yang telah dibuang.

2.00 p.m
Kami menyaksikan sekali lagi pembedahan phacoemulsifikasi utnuk membuang selaput di dalam mata. pembedahan ini agak ringkas kerana pesakit dibius setempat sahaja. Lagipun selaput pada mata belum matang lagi. 

3.00 p.m
Kami keluar daripada bilik bedah Intan di HRPZII ini dnegan perasan yang teruja dan seronok. Memang terdapat banyak pembedahan yang banyak boleh dilihat menerusi video di youtube dan sebagainya. Ianya tidak sama dengan pengalaman hari ini. Kami menyaksikan video di skrin, namun kali ini kami mendengar sendiri guntingan dan hirisan yang telah dibuat oleh pakar terhadap pesakit. Suatu pengalaman yang julung kali dapat diperolehi. Apa yang paling tidak dapat dilupakan adalah kenangan perlu berdiri di bilik bedah daripada 8.00 pagi sehingga 3.00 petang.






6 comments:

  1. assalamualaikum,,
    sye nk tanya..apakah ahli optometri juga terlibat dalam pembedahan mata?

    ReplyDelete

  2. TQ kerana berkongsi pengalaman. Katarak boleh disebabkan oleh faktor usia dan faktor sekunder iaitu penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Untuk mencegah katarak, mata perlu dijaga dari awal kerana proses pembentukan selaput pada kanta mata adalah satu proses yang perlahan dan berterusan. Bagi mencegah penyakit ini, seseorang yang berisiko tinggi digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang kaya dengan Vitamin C, beta-carotene dan Vitamin E. Selain itu, bagi mereka yang menghidap penyakit-penyakit kronik, kawalan penyakit itu sangat penting. Merokok dan pengambilan minuman keras juga tidak digalakkan kerana ia boleh mengurangkan kandungan air di dalam kanta dan menyebabkan kanta menjadi kering dan tidak kenyal.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    Ank sy 8 thn akan menjalani pmbedahan tukar kanta, ada tak risiko utk budak2, sbb doktor ckp kejayaan utk pmbdhn ini 50/50

    ReplyDelete
  5. Assalam...boleh saya kongsi pengalaman saudari dalam novel saya-Tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...